An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Saturday, December 31, 2011

Persoalan Agama: Solat beza antara Muslim, kafir


Bersama Ustaz Zahazan

Isteri berperanan jaga keharmonian, ketertiban rumah tangga

BAGAIMANAKAH pandangan Islam mengenai seorang isteri yang suka memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan suami di hadapan keluarganya. Bukan itu saja, isteri saya memberi layanan yang buruk kepada saya dan membuka tudung di hadapan orang lain. Soalan kedua, apakah pandangan Islam tentang isteri yang suka meninggalkan sembahyang walaupun sudah berkali-kali disuruh? Harap dapat penjelasan.

MAN.

PERLU diketahui bahawa seorang isteri tidak boleh menceritakan aib suaminya meskipun kepada keluarganya kerana sepatutnya ia menjaga keharmonian dan keamanan serta ketertiban rumah tangga seperti yang digambarkan dalam firman-Nya dalam surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: “..maka perempuan-perempuan yang solehah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada..”
Seorang isteri yang baik sepatutnya memelihara rumah dan segala isinya seperti yang digambarkan Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Seorang perempuan menjadi pemimpin kepada rumah suaminya dan dia bertanggungjawab atas ketertibannya.”

Seorang isteri sekali-kali tidak boleh memburuk-burukkan suaminya di hadapan keluarga, lebih-lebih lagi kepada orang lain. Begitu juga seorang isteri tidak boleh melayan suaminya dengan layanan yang tidak baik atau akhlak yang buruk serta merendah-rendahkan suaminya. Bagi seorang isteri suami ialah pintu syurga kerana reda Allah terletak pada reda suaminya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seandainya aku mempunyai kekuasaan untuk memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada seseorang, nescaya akan aku perintahkan wanita bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak dan tanggungjawab yang dibebankan Allah kepadanya.” Hadis ini riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a.

Bagi seorang isteri, suami boleh menjadi syurga dan boleh juga menjadi neraka. Jika seorang wanita yang menjaga perintah Allah dan perintah suaminya (yang baik), maka dia akan masuk syurga seperti hadis riwayat at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Jika sebaliknya dia (si isteri) menentang suaminya, maka dia akan dimasukkan dalam neraka.”
Rasulullah SAW bersabda lagi dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari yang bermaksud: “Jika seorang wanita menolak ajakan suami, maka malaikat akan melaknatinya sehingga suami reda.”

Bagi seorang wanita yang sudah baligh (dewasa), hendaklah menjaga auratnya dan tidak boleh membuka aurat di hadapan orang lain. Hal ini seperti yang digambarkan oleh Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Untuk soalan kedua, bagi seorang Muslim atau Muslimat yang sejati, dia tidak akan meninggalkan solat walau bagaimana keadaan sekalipun. Demikian juga bagi seorang isteri kerana kewajipan solat sudah ditekankan Allah dalam firman-Nya. Allah juga melarang hamba-Nya untuk meninggalkannya kerana solat ialah tiang agama serta menjadi Rukun Islam yang kedua sesudah mengucap dua kalimah syahadah. Solat juga amal atau perkara pertama akan dihitung pada hari kiamat serta ia juga pembeza antara seorang Muslim dengan orang kafir. Dalam hal ini Allah SWt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat”.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam surah Maryam ayat 59 yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.”

Dalam surah al-Muddassir ayat 42 dan 43 yang bermaksud: “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: Kami dulu tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam at-Tirmizi, daripada Abdullah bin Buraidah, daripada ayahnya dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Perjanjian antara kami dan mereka ialah solat. Sesiapa yang meninggalkannya (tidak mengerjakannya), maka sesungguhnya ia telah kafir.”

Solat adalah perintah yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu yang mukallaf. Kewajipan ini diperintahkan tanpa melalui perantaraan Jibril dan ia berbeza dengan ibadah lain yang diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kewajipan ini tidak akan gugur selama seorang Muslim itu berakal kecuali jika akalnya hilang disebabkan gila, pengsan, tua bangka dan sebagainya. Demikianlah, wallahualam.

Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...

No comments:

Post a Comment