An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

Apa itu Hadis dan sifat-sifat Nabi?

Hadis Al-Bukhari: Al-Jami' Al-Sahih

Hadis merujuk kepada kata-kata, tindakan, persetujuan dan sifat-sifat fizikal dan akhlak Nabi Muhammad SAW.

Hadis mempunyai kedudukan yang penting disisi al-Quran.

Ini kerana Allah swt didalam beberapa ayat, telah memerintahkan orang-orang beriman untuk mengikut kedua-duanya sekaligus.

Al-Quran biasanya menyampaikan ajaran Islam secara umum, manakala Hadis akan menerangkan dan menterjemahkannya kepada tindakan.

Dengan demikian ia dianggap sumber undang-undang yang utama didlam juriprudens Islam disamping Al Quran.

Org Islam diperintahkan utk memerhatikan akhlak dan tingkah laku Nabi serta mencontohinya didalam kehidupan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, February 9, 2012

Kasih ibu & ayah - Ustaz Kazim Elias

Assalamualaikum,

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, Murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa" - Hadith Riwayat al-Hakim


Jom layan video Ustaz Mohd Kazim Elias dan jangan lupa 'LIKE' page beliau di Facebook


Tuesday, October 11, 2011

Hak muslim kepada muslim yang lain...

"Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila berjumpa berikan salam kepadanya (2) Apabila ia menjemput engkau memperkenankan undangannya (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasihatinya (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah (berdoa untuknya) (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau ziarahinya (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya ke kubur."(HR.Muslim dan Tirmizi.

Terima kasih pada Ustaz Mohamad Zawawi Yusoh.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, August 23, 2011

Tiga sumber pastikan sahih hadis

Pengkaji wajib teliti sanad kecuali daripada Bukhari, Muslim

KITA sering mendengar dan membaca teks hadis Rasulullah SAW sama ada di surau, masjid serta media massa. Penyampaian itu sama ada secara teks asal atau terjemahan sangat baik dan digalakkan.

Namun, suatu perkara yang selalu diambil ringan dalam proses penyampaian sesuatu hadis adalah berkaitan sumber dan kesahihannya daripada Nabi SAW. Oleh itu, sewajarnya penceramah, penulis atau pengkhutbah Islam berhati-hati dalam memilih dan menyebarkan hadis Rasulullah SAW.

Usaha menjadikan hadis sebagai sumber sandaran hujah amat dialu-alukan tetapi ada beberapa disiplin ilmu hadis diabaikan oleh mereka yang menggunakan hadis. Antaranya memastikan hukum hadis itu sahih atau tidak.

Ini boleh dilakukan dengan mengutip hukum klasifikasi hadis oleh pengarang, pengtahqiq (pengulas) atau melalui kajian sanad oleh pengguna hadis sendiri. Namun, ada beberapa perkara penting dalam membuat penilaian hukum hadis dalam sesuatu karya.

Mereka yang mengutip hadis dalam karya sahih al-Bukhari dan sahih Muslim tidak perlu membuat kajian sanad hadis itu kerana hukum semua hadis kedua-duanya adalah sahih. Al-Bukhari dan Muslim hanya meriwayatkan hadis sahih dengan sanad yang baik.

Kewujudan hadis dalam salah satu karya sahih itu sudah memadai untuk menghukum hadis sahih dan tidak perlu membuat kajian sanad lagi kerana matlamat kajian sanad adalah untuk mengetahui sahih atau tidak sesuatu hadis.

Al-Nawawi menjelaskan, perbezaan antara karya sahih (al-Bukhari dan Muslim) dengan karya lain adalah kedua-duanya tidak perlu diteliti lagi, bahkan wajib beramal dengan hadisnya. Karya lain perlu diteliti dan didapati memenuhi syarat sahih. Pendapat ini adalah mazhab ahli hadis, bahkan Ibn al-Salah menyatakan hadis dalam kedua-dua karya tersebut adalah sahih secara qat’i (muktamad).

Pengkaji hadis perlu menyatakan hukum hadis dalam karya selain sahih al-Bukhari dan sahih Muslim kerana hadis dalam karya lain ada yang sahih dan ada yang tidak.

Pernyataan hukum boleh dimasukkan daripada tiga sumber iaitu menyatakan hukum hadis yang dinyatakan oleh pengarangnya; menyatakan hukum hadis yang dinilai oleh pengtahqiq atau penilaian kendiri oleh pengguna hadis melalui pengkajian sanad.

Penyataan hukum hadis terutama dalam penulisan perlu kerana tidak semua karya hadis selain karya sahih al-Bukhari dan sahih Muslim mengandungi hadis sahih.

Adalah tidak memadai sesuatu hadis itu dikatakan sahih hanya semata-mata kewujudannya dalam kitab seperti Sunan Abi Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan al-Nasa’i kerana pengarang karya ini tidak meriwayatkan hadis sahih saja.

Justeru, menjadi kewajipan pengkaji hadis membuat penelitian sanad dan menghukum hadis dalam karya itu. Selain itu, hukum sesuatu hadis sama ada sahih atau daif (lemah) mempunyai pertalian yang rapat dengan perawi sanad.

Perlu diingatkan sesuatu hadis yang sanadnya dinilai sebagai daif tidak bermakna matan (teks) hadis itu juga daif. Kita jangan terlalu pantas menghukum sesuatu hadis itu sahih kerana semua perawi sanadnya sahih.

Daif sanad tidak bererti matannya juga daif. Hadis yang sanadnya daif boleh menjadi sahih dengan kewujudan sanad lain bagi matan itu. Begitu juga sanad sahih tidak bermakna hadis juga sahih kerana mungkin terdapat syadh (keganjilan) atau ‘illat dalam matan.

Satu aspek yang sering diperhatikan dalam kalangan pelajar dan pencinta hadis yang memberi hukum hadis berdasarkan pandangan seorang penulis karya biodata rawi.

Contohnya, oleh kerana perawi disebut daif dalam satu karya perawi, maka ia dianggap daif dan hadisnya ditolak. Kita perlu berhati-hati dan jangan lekas menghukum.

Al-Laknawi menjelaskan: “Wajib ke atas kamu untuk tidak tergesa-gesa menghukum jarh terhadap seorang perawi hanya semata-mata kerana penilaian sebahagian pengkritik sanad, melainkan engkau mesti meneliti kebenaran hal itu. Masalah ini amat penting dan banyak justifikasinya.

“Kamu tidak berhak menerima penilaian seluruh orang yang mengkritik terhadap perawi yang mana pun. Kerap kali terdapat suatu hal yang menghalang diterima suatu kritikan, antaranya pengkritik itu sendiri kadang-kadang seorang yang dikritik. Oleh yang demikian, penilaian pengkritik sanad tidak boleh diterima begitu saja sehingga terdapat penilaian yang sama daripada orang lain.”

Oleh kerana kelainan persepsi pengkritik sanad membicarakan seseorang perawi, pengkaji perawi hadis dianjur cermat dan tidak melulu menghukum seseorang perawi sebagai daif dengan hanya berpandukan kepada penilaian sesetengah ahli pengkritik sanad.

Artikel diambil dari ruangan Agama dalam Berita Harian 24 Ogos 2011

Sunday, August 7, 2011

Ramadan bulan kita kumpul pahala, mohon keampunan dosa...

Daripada Abu Hurairah, Rasullullah Sallallahu'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan, namun bulan ini berlalu sementara dosa-dosanya masih belum diampuni." (Riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)
 Secebis ilmu untuk mengukuhkan iman aku... Moga pembaca juga dapat manfaatnya...
Disalin dari Ustaz Mohd Kazim Elias Facebbok Wall... Terima kasih ustaz..

Wednesday, June 1, 2011

Hadis Riwayat Al-lmam Al-Bukhari dan Muslim

Terjemahan
Daripada lbnu 'Abbas r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:

Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya.

Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.

Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadis ini).

Lafaz 'Indah yang bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah).

Lafaz Kamilah yang bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk menegaskan dan menunjukkan kuatnya inayah Allah dengannya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah).

Pengajaran hadis:
(1) Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang amat adil lagi amat pemurah. Dia membalas satu perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah tetap mengurniakannya satu pahala, sedangkan kalau seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia benar-benar melaksanakan lintasan dan niat hatinya itu. Lebih dari itu, sekiranya seseorang berniat mahu melakukan maksiat, lalu dibatalkan niatnya itu, dia dikurniakan satu pahala. Alangkah agungnya kurniaan Allah.

(2) Kemurahan Allah tiada batasannya. Sepuluh pahala yang dikurniakan bagi suatu amalan baik berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan daripada Allah sampai 700 kali ganda dan boleh digandakan lebih banyak daripada itu. Hadis ini secara tidak langsung menggesa umat lslam agar merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini selagi dia mampu berbuat demikian sebelum maut datang menjemput.

(3) Saham yang ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham pelaburan akhirat yang pasti tidak akan rugi,malah keuntungannya dijamin dan berlipatganda sampai beratus dan beribu kali ganda, namun ramai manusia yang tidak menyedarinya dan mengutamakan pelaburan dunia.