An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Friday, July 29, 2011

Thursday, July 28, 2011

Langsaikan hutang puasa anda sebelum Ramadan!


Wajar ganti sebelum Ramadan elak fidyah

CUAI dan leka selain tidak merasakan amalan wajib itu sebagai suruhan agama dikatakan menjadi punca wanita memandang ringan mengganti serta membayar fidyah apabila meninggalkan puasa Ramadan.

Pakar motivasi, Dr Rubiah Kulup Hamzah, berkata kecuaian berkenaan cenderung disebabkan wanita itu sendiri yang tidak ada usaha, daya dan tekad selain melihat tiada kepentingan di sebalik amalan itu.
“Jika melakukan sesuatu mengikut kebiasaan, jadi pelaksanaan itu tidak terasa dekat dalam diri, pada Allah dan suruhan-Nya kerana puasa itu sebenarnya bermula daripada keyakinan (syahadah) lantas menjadikan individu itu kuat dan lebih baik.

“Sudah berikrar kepada Allah untuk menjadi hamba-Nya tapi tiada pertalian sebab itu terasa seperti banyak halangan untuk mengganti sedangkan ia adalah tugas individu,” katanya ketika mengulas mengenai pengabaian umat Islam membayar ibadat puasa Ramadan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184 bermaksud, “Puasa yang diwajibkan ialah beberapa hari tertentu, maka sesiapa di antara kamu sakit atau musafir boleh berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa (qada) sebanyak hari yang dibuka itu pada hari-hari lain,”.

Bagi yang tidak berdaya qada kerana tua atau alasan lain tertentu yang munasabah, caranya adalah membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Bagaimanapun, berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah.

Tambahnya lagi, isu cetek pengetahuan atau kurang didikan agama bukan penyebab tertunggak puasa ganti serta bayaran fidyah kerana agama adalah amalan dan jika tidak diamalkan, maka daya dorongan juga menjadi kurang.
“Kebiasaannya, orang yang begini juga solat pun tidak cukup. Apa yang boleh membantu adalah dengan ilmu selain mereka sendiri perlu tahu, tinggal puasa dikira berhutang dan berdosa jika hutang itu tidak dibayar,” katanya.

Jadi, penyelesaiannya, Dr Rubiah berkata, masalah itu boleh ditangani melalui kaedah memilih kawan faham agama kerana mereka mempunyai kuasa dorongan yang kuat.

“Selain itu, cuba cari buku berkaitan agama untuk mendapatkan ilmu mengenai puasa. Selami apa matlamat di sebalik amalan itu berbanding syariat yang sering dikejar kebanyakan orang,” katanya.

BAGI Juru Ukur Bahan, Liza Shareeza Mohd Zaid, 29, berkata gagal melunaskan puasa yang ditinggalkan berlaku kerana sikap suka tertangguh.

“Kalau disebut pasal agama cetek atau tidak tahu kewajipan, ia mungkin kedengaran seperti hipokrit kerana di negara ini, setiap orang yang beragama Islam mempelajari pendidikan Islam sejak di bangku sekolah rendah.

“Mereka tahu tapi tidak mengambil berat. Seperti yang sering saya perhatikan, jika soal solat tidak dititikberatkan, bagaimana mungkin mereka akan berasa wajib untuk berpuasa, seterusnya menggantinya,” katanya.

Seperti diamalkannya, Liza Shareeza membayar fidyah atau bersedekah mengikut nilai secupak beras jika tidak berkesempatan atau berkemampuan mengganti puasa pada tahun berikutnya.

“Tapi selalunya, jika perlu mengganti puasa, saya amalkan dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Lunaskan hutang puasa wajib kemudian boleh diteruskan dengan yang sunat,” kata ibu tiga cahaya mata itu.

KAKITANGAN kerajaan, yang hanya dikenali sebagai Diana pula mengakui tidak pernah menggantikan puasa sejak lapan tahun lalu.

“Entah, mungkin sekarang ini saya sering mengabaikan solat menyebabkan hati seperti liat hendak menuruti segala suruhan agama termasuk mengganti puasa.

“Berbanding di bangku sekolah dan universiti, mengganti puasa bersama rakan begitu menyeronokkan malah kami berlumba-lumba menghabiskan puasa ganti sejurus Aidiladha,” katanya.

Diana berasakan tidak mengganti puasa seperti bukan kesalahan besar kerana ramai rakannya termasuk yang bertudung juga mengabaikannya.

“Saban hari, saya sibuk dengan urusan kerja selain sering keluar bersama rakan mencuba makanan di restoran berbeza. Jadi, ia sedikit sebanyak membuatkan saya leka.

“Bagaimanapun, saya berazam untuk mula mengganti puasa dan membayar fidyah satu hari nanti,” katanya.

INFO
  • Di laman web Pusat Zakat Wilayah Persekutuan ada disediakan kalkular fidyah khas untuk wanita yang keliru mengenai kadar fidyah perlu dilunaskan jika meninggalkan puasa disebabkan haid, sengaja, ibu mengandung atau menyusu juga warga tua atau uzur.
  • Kadar fidyah bagi tahun 1431H ialah RM 1.80 sehari. Pengiraan Fidyah (beras), 1 gantang baqdad = 2.7kg, 1 cupak beras = 675 g atau bersamaan dengan RM 1.80 bagi sehari yang ditinggalkan.

FAKTA: Golongan yang dikenakan fidyah
  • Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah (darah sakit), musafir dan sakit yang ada harapan sembuh. Wajib qada sebelum datangnya Ramadan akan datang, jika masih belum qada maka dikenakan fidyah.
  • Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa. Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu qada puasanya.
  • Ibu hamil atau menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang:
    • i. Kandungannya terjejas
    • ii. Air susunya kering. Justeru, fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah qada sebelum melangkah Ramadan akan datang. Sekiranya tidak qada puasa sehingga masuknya Ramadan, maka dikenakan fidyah berganda.
    • iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya. Wajib qada sebelum Ramadan akan datang dan sekiranya masih belum mengqada, maka barulah dikenakan fidyah.
Artikel ini diambil dari laman web Berita Harian Online, Ratu, Jumaat 29 Julai 2011- Hutang puasa

SELAMAT BERPUASA!

Tahniah buat pemain dan penyokong Malaysia!

Safee Sali memohon maaf kepada penyokong sambil Apek sugul memerhati.
Kalah atau menang hak Allah.... Kena percaya pada takdir.. Yang pasti... Terima kasih atas usaha semua pemain dan penyokong yang beri 110% sokongan pada Malaysia... Syabas... (harap pemain dan penyokong tak lalai tunai Maghrib dan Isyak semalam).. Moga, next time pemain ambil perhatian mengenai aurat.. Malaysia tanah tumpah darahku!

Monday, July 25, 2011

Jom like Facebook Page golongan ustaz, pendakwah, cendikiawan...

Kadang-kala kita ada bermacam-macam persoalan agama, tapi tak tahu pada siapa untuk kita bertanya?

Dengan adanya Facebook, membantu kita mendekatkan diri buka saja dengan ustaz, pakar motivasi, pendakwah, rakan lama, artis, golongan cendikiawan, malahan sesiapa saja.. Tapi seperti yang kita ketahui, kebaikan dan keburukan internet terletak pada diri kita sendiri... Jika niat kita bertujuan baik, makan baiklah hasilnya... jika sebaliknya... moga Allah memberi petunjuk pada kita...

Caranya mudah, anda perlu memiliki akaun Facebook dan anda perlu LIKE atau menjadi rakan pada golongan yang saya nyatakan di atas. Selepas itu, apa saja komen atau pandangan daripada golongan berkenaan secara automatik akan dikemaskini pada Wall akaun Facebook anda...

Di sini saya ingin berkongsi pada anda antara laman Facebook yang popular di Malaysia...
Semoga usaha saya yang sangat sedikit ini membantu anda mendapat ilmu yang bermanfaat..
Sekian, Assalamualaikum...

* Terima kasih pada isteri yang sudi berkongsi ilmu yang bermanfaat...

Sunday, July 24, 2011

Doa yang boleh memberikan ketenangan jika ditimpa ujian dan musibah

Apabila Nabi ditimpa musibah/ujian, apa Nabi buat?

1. Sabar
2. Solat
3. Doa

Di antara doa yang Nabi baca...

Wahai Tuhanku,
Yang tiada siapa pun dapat menghalang akan segala sesuatu yang Engkau berikan
Dan tiada sesuatu pun yang dapat memberikan segala yang Engkau halangi
Tidak berguna kegigihan orang yang berusaha jika tiada keizinan dan taufiq daripadaMu


Waktu mustajab berdoa pada Allah

1/3 dan 2/3 malam.. berdoalah pada Allah.. Allah dengar
Sebab ketika itu rahmat Allah SWT turun ke langit dunia...

Pada ketika rahmat Allah turun ke langit dunia...

Siapa yang nak doa, pohonlah padaNya, Allah ingin makbulkan doanya..
Siapa yang ada hajat, silakan Allah nak penuhi hajatnya...
Siapa yang minta ampun, silakan Allah nak ampunkan dosanya...

Ustaz Kazim Elias - Jangan Mengeluh. Berdoalah

Semata-mata kerana Mu ya Allah...

Segala puji-pujian untukMu ya Allah.
Selawat dan Salam buat junjungan besar Rasullullah SAW.

Sesungguhnya aku sangat bersyukur hari ni. Moga-moga ibadah aku dan isteri mendapat keredhaan Allah... Pertama sekali, aktiviti gotong-royong membersihkan surau menjelang Ramadan minggu depan.. 2nd, menemani isteri tercinta berzakat dan bersedekah... Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, July 23, 2011

Kuliah Subuh..

Kena cari Kitab Al-Hikam... baru belajar namanya... kalu tak masuk telinga kanan keluar telinga kiri...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Prof Kamil dan isteri, Puan Roza..

Terima kasih prof. Semoga prof dan isteri dilindungi Allah...

Btw, siapa Prof Kamil?
Beliau penulis terkenal Travelog Haji - Mengubah sempadan iman. Layari blog beliau di http://muhdkamil.com
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, July 22, 2011

Misi memperkukuh iman @Surau al Furqan, Puncak Alam...

Bermula jam 4pg...
Meredah hening pagi hanya keranaMu ya Allah...
Moga kau redhai perjalanan kami ini.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, July 17, 2011

Saturday, July 16, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah

Fardhu Kifayah...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Salam Nisfu Syaaban

Alhamdulillah Allah beri peluang menikmati keberkatan Syaaban...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, July 15, 2011

Hari ni ada games, semalam baru beli..

Hehehe... Dari Fung Keong, Diadora, Adidas, Lotto dan kini Adidona... Adidas+Maradona.. Yang penting ada...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, July 13, 2011

Garis putih di langit jam 7.55pm

Subhanallah...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, July 12, 2011

Bawa anak ke Ampang Puteri

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, July 5, 2011

Monday, July 4, 2011

Mari mengaji: Al-Baqarah...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, July 1, 2011

Mutiara Ilmu Islam@tv9

"Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara: Percakapan, Diam, Pandangan dan Gerak.

Tiap-tiap Percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah SIA-SIA.

Tiap-tiap Diam yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah LEKA.

Tiap-tiap Pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah LALAI.

Tiap-tiap Gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah KOSONG."

Saiyidina Ali bin Abi Talib (Khalifah Islam Ke-4)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone