Menghukum dengan cara merotan tindakan terakhir bagi memberi pengajaran
Sepanjang tahun lalu banyak juga laporan akhbar menyentuh mengenai pendekatan keras segelintir guru terhadap anak didik mereka sama ada di sekolah rendah, menengah, agama, termasuklah pondok tahfiz.
Antaranya, murid tahun dua didakwa ditampar sehingga pekak, murid tahun satu ditendang guru matematik, pelajar sekolah agama ditendang guru, dibaling kunci oleh guru. Sebabnya, tidak menyiapkan kerja rumah, tidak menghafal sifir, datang lambat ke sekolah, berbuat bising dalam kelas, tidak menghafal ayat al-Quran, tidak fokus kepada penerangan guru dan bergaduh.
Dari satu segi, pendekatan keras kepada murid bertujuan menjadi pengajaran, menyedarkan murid mengenai kesilapan mereka dan membuatkan mereka berubah sikap kepada lebih baik.
Apabila ditampar atau dihukum berdiri atas kerusi diharapkan mereka akan menjadi rajin menyiapkan kerja rumah. Dengan ditarik telinga kerana bising, diharapkan murid akan diam dan berubah sikap menjadi taat serta memberi tumpuan dalam kelas.
Namun, dari sudut lain, pendekatan sebegini menimbulkan banyak persoalan lain dan kesan sebaliknya. Apakah kesalahan tidak membuat kerja rumah, datang lambat, tertinggal buku wajar dihukum sebegitu? Apatah lagi yang melakukannya adalah budak kecil darjah satu atau tiga?
Pendekatan keras
Apakah dengan pendekatan kasar dapat mengubah sikap kanak-kanak menjadi prihatin, berminat mencari ilmu, membuat kerja rumah kerana cintakan ilmu dan tidak akan cuai menyelesaikan latihan diberikan. Atau sebenarnya membina rasa tidak yakin diri, takutkan dan tidak suka belajar.
Mungkin pendekatan keras berguna dalam keadaan tertentu, tetapi tidak dalam semua perkara. Apatah lagi kepada kanak-kanak kecil di sekolah rendah. Ia tidak selari dengan pendekatan pendidikan umum yang Nabi SAW tunjukkan.
Pendekatan Rasulullah SAW adalah indah, cantik, lembut, bertimbang rasa, memuji, mengajar dengan perlahan, sedikit demi sedikit, tidak mendesak sehingga memaksa seseorang memahami sesuatu sebelum masanya, menanam rasa cintakan ilmu, kurang mengherdik dan banyak memuji.
Pendekatan keras hanya datang sebagai alternatif terakhir kepada kesalahan berat yang melayakkan hukuman sebegitu iaitu apabila keadaan sangat memerlukan.
Sabda Rasulullah SAW: “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun.” (Riwayat Abu Daud)
Sebelum sampai umur tujuh tahun lagi ibu bapa sebenarnya sudah diminta menunjuk ajar, memujuk, mengajak anak mengerjakan solat bersama dan memuji apabila mereka melakukannya dengan baik.
Anak dididik dengan lembut, ajakan membina, diberi galakan dan pujian dari kecil sehingga berumur tujuh tahun, mereka akan berada dalam situasi mengerjakan solat adalah sebahagian daripada cara hidup.
Apabila sudah sebati dalam diri rasa cinta melakukan solat kerana faham kepentingan solat, maka pendekatan keras seperti menengking dan memukul tidak perlu digunakan. Jika selepas berumur 10 tahun, mereka meninggalkan solat dengan sengaja selepas dididik, maka barulah rotan hadir sebagai alat terakhir dalam mendidik. Itupun bukan untuk mencederakan, tetapi memberi pengajaran.
Ia juga menunjukkan menghukum kanak-kanak dengan rotan atau pukulan untuk kesalahan yang dianggap ‘berat’ tidak dilakukan sebelum umur 10 tahun. Bahkan pukulan tidak boleh dibuat di tempat sensitif seperti muka. Justeru, guru menampar anak murid bercanggah dengan sunnah.
Apabila cucu Rasulullah SAW memakan buah kurma yang diserahkan Baginda sebagai hasil zakat, Baginda tidak menggunakan kekerasan, sebaliknya mengambil balik kurma daripada dalam mulut cucunya dan berkata dengan lembut, “Tidakkah kamu tahu bahawa kita tidak boleh memakan barang zakat? (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pendekatan kasih sayang tegur kesilapan
Rasulullah SAW turut menjelaskan kenapa ia dilarang secara ringkas kepada cucunya yang masih kecil itu. Baginda tidak memukul cucunya atas kesalahan, tetapi menunjukkan ‘kasih sayang’ adalah asas untuk membetulkan kesilapan.
Jika sesuatu larangan dikenakan kepada mereka, ia juga perlu diberi rasionalnya supaya larangan bukan semberono tanpa alasan. Rasional larangan wajar diberitahu mengikut tahap kemampuan berfikir.
Jika dengan ahli keluarga kita diminta bercakap dengan lembut, mendekati dan membetulkan mereka dengan pendekatan berhikmah, positif dan kasih sayang, maka begitulah juga dengan orang lain, termasuklah murid yang berada di bawah tanggungjawab kita untuk mendidik mereka.
Ilmu ingin diajar kepada murid-murid seumpama barang berharga yang ditawarkan kepada mereka. Bagaimana mungkin pengguna suka menerima sesuatu jika ditawarkan dengan kasar, penuh kemarahan dan tiada kasih sayang.
Kita perlu menerima hakikat cabaran dilalui kanak-kanak hari ini dengan konsep dunia terbuka, media sosial dan cara hidup berbeza memerlukan guru mencari pendekatan pendidikan yang jauh lebih baik daripada sebelum ini.
Kata-kata Umar al-Khattab, “Ajarilah anak-anak kamu dengan urusan di zaman mereka, kerana mereka akan hidup di suatu zaman yang bukan lagi zaman kamu.”
Oleh Dr Nurhidayah Hashim (BH : Agama,; 9-1-2014)
Tempat meluahkan rasa hati aku... Hanya Allah-lah penganugerah taufiq dan Dia-lah pembimbing kepada jalan yang benar. Ya Allah, terimalah dari kami amalan kami ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.
An-Nisa - Ayat 59
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
Topik hangat!
Sharing is caring...
(76)
anak
(30)
umrah
(22)
isteri
(10)
Mari mengaji
(9)
Tanya ustaz
(9)
Ramadan
(8)
solat
(8)
Kembara masjid
(7)
Doa
(6)
Hadith
(6)
al-Quran
(6)
breakfast
(6)
Abdul Rahman Assudais
(5)
Kuching
(5)
Makkah
(5)
Masjid
(5)
haji
(5)
syukur
(5)
Ibadat
(4)
Madinah
(4)
Maher Zain
(4)
Tahfiz
(4)
Ustaz Don
(4)
al-Fatihah
(4)
dugaan
(4)
Allah
(3)
Blackberry
(3)
Facebook
(3)
KLCC
(3)
Lee Chong Wei
(3)
Lin Dan
(3)
Masjid Nabawi
(3)
Sejarah Al-Quran
(3)
Solat Hajat
(3)
Solat Subuh
(3)
bongsu
(3)
ilmu
(3)
kesihatan
(3)
wife
(3)
All England
(2)
Anniversary
(2)
Cuti-cuti
(2)
Imam
(2)
Islam
(2)
Manchester United
(2)
Oldtown White Coffee
(2)
Rasulullah SAW
(2)
Raudhah
(2)
Solat Jumaat
(2)
Tragedi
(2)
YouTube
(2)
al-Baqarah
(2)
arwah
(2)
badminton
(2)
hajat
(2)
home work
(2)
insurans
(2)
kuliah
(2)
poklong
(2)
radiasi
(2)
rindu
(2)
roadtax
(2)
rumah sewa
(2)
sakit
(2)
supper
(2)
ziarah
(2)
2010
(1)
Asb
(1)
Bacalah...
(1)
Berita Harian
(1)
Biodata
(1)
Bulan
(1)
Canterbury
(1)
Durian
(1)
FOS
(1)
Gigi
(1)
Hari Istiwa
(1)
Hari Pekerja
(1)
Holiday Villa a.k.a Grand Margarita
(1)
Hotel
(1)
Ikan Terubuk Masin Satok
(1)
Impiana KLCC
(1)
Innalillah
(1)
InsyaAllah
(1)
KL Twin Towers
(1)
Khairat
(1)
Lailatul qadar
(1)
Lelah
(1)
Livina
(1)
Malaysia
(1)
Male or female?
(1)
Menara Berkembar Petronas
(1)
Modal insan
(1)
Nasyid
(1)
Negaraku
(1)
Osama Bin Laden
(1)
PappaRich
(1)
Pusat Sains Negara
(1)
Qiamullail
(1)
Renew
(1)
Restoran Mahbub
(1)
Siapa aku
(1)
Solat Tahajjud
(1)
Streamyx
(1)
Sujud Sahwi
(1)
Swatch
(1)
TM
(1)
Tahlil
(1)
Tartil
(1)
Tawaf Wida
(1)
Twin Towers
(1)
Ulang Tahun
(1)
Waterfront
(1)
Yee Mee Claypot
(1)
adab
(1)
air auam
(1)
alpha
(1)
atok
(1)
atuk
(1)
belanja
(1)
bonus
(1)
botak
(1)
cekodok
(1)
cucu
(1)
cukai
(1)
dance
(1)
delicious
(1)
demam
(1)
dhuha
(1)
didik
(1)
discaj
(1)
fitness
(1)
gunting
(1)
guru
(1)
hijjaz
(1)
hutang
(1)
iblis
(1)
ibu
(1)
iftar
(1)
income tax
(1)
internet
(1)
joging
(1)
kabus
(1)
kerja
(1)
khemah
(1)
khutbah
(1)
kipas
(1)
lapar
(1)
lega
(1)
lembaga hasil
(1)
lesen
(1)
modem
(1)
muntah
(1)
muslim
(1)
naik kapal
(1)
nenek
(1)
penawar penyakit
(1)
petunjuk
(1)
pindah
(1)
piramid makanan
(1)
polis
(1)
rambut
(1)
renggang
(1)
setan
(1)
suami
(1)
syaitan
(1)
tahajud
(1)
teh o suam
(1)
tudung
(1)
upin ipin
(1)
uri
(1)
vaccin
(1)
vaksin
(1)
warded
(1)
wuduk
(1)
zakat fitrah
(1)
zikir
(1)
Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™
-
Saya selalu berulang-alik dari Perak ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Biasanya saya menaiki bas di Pudu Raya ketika hampir Maghrib. Say...
Showing posts with label Sharing is caring.... Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring.... Show all posts
Wednesday, January 8, 2014
Pendekatan sesuai didik kanak-kanak
Labels:
Sharing is caring...
Saturday, January 4, 2014
Syarat solat jenazah 4 takbir
Bagaimana caranya melaksanakan solat jenazah dengan betul. Jika ustaz tidak keberatan, mohon ditulis bacaan dalam solat jenazah. Saya lihat solat jenazah hanya mengangkat takbir. Solat jenazah berjemaah tetapi jika masuk lambat dan terlepas beberapa takbir bersama imam adakah perlu digantikan.
Ghazali,
Ampang, Selangor.
Solat jenazah TIDAK ADA rukuk, sujud, azan dan iqamat.
Cara mengerjakannya hendaklah berdiri, mengangkat takbiratul ihram (dengan mengucapkan Allahuakbar) berserta niat mengerjakan solat jenazah sambil meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas perut.

Kemudian hendaklah membaca surah al-Fatihah, kemudian takbir dan membaca selawat sekurang-kurangnya “Allahumma solli ‘ala Muhammad.”
Sebaik-baiknya hendaklah membaca, “Allahuamma solli ‘ala Muhammad wa’ala aali Muhammad, kama sollaita ‘ala Ibrahim wa’ala aali Ibrahim, wabaarik ‘ala Muhammad wa’ala aali Muhammad kama baarakta ‘ala Ibrahiim wa’ala aali Ibrahiim fil ‘alamiina innakahamidum majid.”
Syarat solat
Kemudian terus takbir lagi dan membaca doa “Allahummaghfir lahu warhamhu wa’afihi wa’fu ‘anhu.” Sebaik-baiknya membaca: “Allahuammaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu ‘anhu wa akrim nuzulahu wawassi’ madkhalahu waghsilhu bil maa’i wassalji walbaradi wanaqqihi minal khataya kama yunaqqas saubal abyadu minaddanasi waabdilhu daaran khairan min daarihi wa ahlan khairan min ahlihi wa zaujan khairan min zaujihi waqihi fitnatal qabri wa ‘azabin naar.”
Kemudian terus takbir lagi dan membaca sekurang-kurangnya “Allahumma la tahrimna ajrahu wala taftinna ba’dahu waghfir lana walahu.”
Lebih baik lagi jika membaca “Allahumma la tahrimna ajrahu wa taftinna ba’dahu waghfir lana walahu wali ikhwaninal lazina sabaquna bil imani wala taj ‘al fi qulubina ghillan lillazaina aamanu rabbana innaka ra ufun rahiim.” Kemudian memberi salam, maka selesailah solat jenazah.
Menghadap kiblat
Sebelum itu perlu diingat syarat-syarat solat jenazah seperti solat yang lain, perlu menutup aurat, suci dari hadas besar dan kecil, suci badan, pakaian dan tempatnya serta menghadap kiblat.
Kedua, mayat sudah dimandikan dan dikafankan.
Ketiga, letakkan jenazah menghadap kiblat kecuali solat dilakukan di atas kubur atau solat ghaib.
Jika seseorang lambat masuk solat jenazah yang dilakukan berjemaah dan terlepas beberapa takbir, maka dia hendaklah mengikut imam sekadar yang dia sempat. Selepas imam memberi salam, dia hendaklah menyempurnakan takbir yang tertinggal.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Bersolatlah kamu semua (mengikut imam) sekadar yang kamu sempat dan sempurnakanlah apa yang kamu tertinggal.” (Riwayat Abu Dawud)
* Oleh Ustaz Zahazan Mohamed (BH-5-1-2014)

Thursday, October 24, 2013
Kejadian tembakan di Ambank dan tikaman di LRT insafkan diri...
Syukur pada Allah SWT... lelah bekerja hingga lewat malam terubat apabila pulang ke rumah... lihat anak2, isteri dan keluarga dalam keadaan selamat dan enak dibuai mimpi... simpati dan takziah pada pihak yg kehilangan ahli keluarga secara mengejut...
Kejadian tembak dan tikam yang dilaporkan pada dada akhbar amat beri kesan pada diri ini... Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan untuk elak kejadian dan ujian ini...Walaupun perit, kita sebagai hamba pada yang Esa perlu harunginya demi memperjuangkan Rukun Iman kelima.. Percaya pada Qada dan Qadar Allah... walaupun tidak semudah ungkapannya...
Takziah pada keluarga terbabit...
Disebalik kita berjaga-jaga... jangan lupa berdoa memohon perlindungan dari Allah..kerana doa adalah senjata umat Islam..Marilah kita sama2 sematkan dalam ingatan doa ini dan amalkannya dgn yakin setiap kali melangkah keluar rumah...
Labels:
Sharing is caring...
Wednesday, October 17, 2012
Boleh jamak solat di rumah
Saya selalu berulang-alik dari Perak ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Biasanya saya menaiki bas di Pudu Raya ketika hampir Maghrib. Saya berniat untuk melakukan jamak ta’khir (menunaikan solat Maghrib dalam waktu Isyak) semasa bas berhenti di mana-mana hentian rehat dan rawat (R&R). Masalahnya, ada kala bas tidak berhenti sehingga sampai depan rumah. Jadi bagaimana status solat jamak kerana saya bukan lagi seorang musafir.
Ahmad,
Ipoh.
Apa yang penting untuk diketahui adalah perbezaan sebab yang membolehkan jamak dan qasar. Jamak dan Qasar walaupun kedua-duanya adalah rukhsah (kemudahan) dalam solat, tetapi sebab yang mengharuskan qasar dan jamak adalah berbeza.
Faktor membolehkan seseorang qasar adalah berada dalam keadaan musafir sedangkan faktor membolehkan jamak adalah kerana kesulitan yang dalam istilah fekah disebut sebagai ‘masyaqqah’.
Jika berlaku kesulitan seperti yang dibenarkan syarak, maka seseorang boleh jamak solat walaupun tidak berada dalam keadaan musafir. Demikian juga sebaliknya, seseorang boleh qasar solat walaupun tidak mengalami apa-apa kesulitan asalkan dia berada dalam keadaan musafir.
Oleh itu, ada sebahagian ulama menfatwakan bahawa apabila seseorang telah sampai ke sesuatu destinasi contohnya sampai di Kuala Lumpur untuk berkursus, maka sebaik saja sampai, hilanglah rukhsah jamak bagi dirinya kerana dia lagi tidak berada dalam kesulitan.
Mungkin dia tinggal di hotel yang entah berapa bintang dan tempat kursus pun mungkin di hotel yang sama, serba-serbi mudah, tekan butang lif saja sudah sampai di pintu bilik. Walaupun begitu, rukhsah qasar tetap berlaku kerana dia dikira masih dalam musafir.
Mazhab Syafie
Tetapi Mazhab Syafie mengira selama seseorang berada dalam musafir dia tetap berada dalam kesulitan berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Musafir itu secebis dari azab (berada dalam kesukaran).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, apabila seseorang sudah sampai ke destinasinya dan berada di situ tidak melebihi dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan hari berangkat pulang) dan dalam tempoh itu beliau tidak berniat untuk bermukim, maka beliau masih dikira berada dalam keadaan musafir.
Dan selama mana berada dalam keadaan musafir, beliau dianggap masih mempunyai kesukaran tertentu seperti dinyatakan dalam hadis.
Imam Ibnu Hajar al Asqalani mentafsirkan azab dalam musafir itu sebagai rasa tidak selesa yang mungkin berlaku akibat daripada perjalanan seperti lenguh-lenguh, sakit badan dan sebagainya.
Pada hari ini, ada juga orang yang tidak tahan dengan penghawa dingin dalam bas mengakibatkan selesema, batuk-batuk tidak dapat tidur dan pelbagai lagi, terutama kepada golongan berumur.
Oleh itu, kesukaran yang mendapat pertimbangan syarak dan kerana itu walaupun sudah sampai ke destinasi, rukhsah untuk jamak masih ada kerana kesukarannya masih belum hilang sepenuhnya.
Dibolehkan jamak
Bagi menjawab soalan tuan, tiada masalah untuk jamak solat kerana jamak memang disyariatkan dan urusan bas adalah di luar kawalan kita. Ada pemandu bas yang memang tidak ambil berat soal ini walaupun sudah diingatkan.
Jika anda tidak sempat jamak solat semasa dalam perjalanan dan sampai ke destinasi seperti rumah sendiri, kolej penginapan bagi pelajar atau seseorang berniat untuk mukim di tempat itu empat hari atau lebih, maka dibolehkan jamak secara tertib, solat Maghrib dulu kemudian Isyak secara berturut-turut.
Jamak, qasar berturut-turut
Jika destinasi itu bukan tempat bermukim atau tiada niat untuk tingga lebih dari empat hari, maka dia dianggap dalam musafir, dibolehkan jamak dan qasar secara berturut-turut.
Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian muka 33 (18 Oktober 2012) oleh Azhar Abdul Wahab. Terima kasih...
Labels:
Sharing is caring...
Wednesday, October 3, 2012
Pesanan Ustaz Azhar Idrus untuk suami/isteri
"Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka." - Hadis dari Abu Sa'id
Labels:
Sharing is caring...
Friday, September 28, 2012
Bajet 2013: Mempermudah Ibadah Haji
Alhamdulillah...
Antara inti pati pembentangan Bajet 2013:
143. Sekali lagi kita memasuki musim panggilan Haji menuju Baitullah. Dalam Bajet 2012, saya telah mengumumkan pencarum KWSP boleh membuat pendaftaran awal menunaikan rukun ke 5 ini melalui penghadangan Akaun 2 sebanyak 1,300 ringgit. Alhamdulillah, setakat ini, seramai 51,528 pencarum telah menggunakan inisiatif ini. Sebagai langkah tambahan untuk membantu bakal-bakal haji, saya ingin mengumumkan bahawa bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga 3 ribu ringgit.
Lihat Teks Ucapan Bajet 2013

Monday, September 24, 2012
Bagaimana cara perbetul solat jika tertinggal rukun solat selagi belum beri salam...
Rukun Solat: Tertib (Bahagian 2)
Tertib - Ikut susunan
Jika ada kesilapan, kekurangan atau kelompangan dalam solat bagaimana cara kita memperbetulkannya?
Sebenarnya, jika tertinggal rukun solat dan kita tak bagi salam lagi, solat tak batal kecuali terkentut..
Ketahui cara membetulkan solat jika berlaku kejadian tertinggal rukun solat dan kita masih belum beri salam... Jom tonton video di bawah..
Terima kasih Ustaz Don!

Sharing is caring...,
solat
Sunday, September 23, 2012
Nabi sedih umat cuai solat
Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib
adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap
mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan
solat sunat yang lainnya.
Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah SWT meninggikan darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang. Ibadah solat adalah cara ibadah seluruh penghuni langit dan bumi.
Cuai kerana urusan dunia
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri (solat) kepada Allah Azzawajalla." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).

Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang yang beriman."(An-Nisa : 103).
Abu Hurairah RA meriwayatkan: "Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap: “Ah...andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah...aku sungguh menyesali umatku."
Rasulullah menangis
“Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “Siapa?" tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.”
“Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?”
“Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah.” “Apa yang harus kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam : 59).
“Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?”
“Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).
Abu Darda' berkata: “Hamba Allah yang terbaik adalah yang memperhatikan matahari, bulan dan awan untuk berzikir kepada Allah, yakni untuk mengerjakan solat.” Diriwatkan pula bahawa amal yang pertama kali diperhatikan oleh Allah ialah solat. Jika solat seseorang cacat, maka semua amalnya akan ditolak.
Perintah ahli keluarga bersolat
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”
“Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir." (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda'). Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).
Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online oleh Ibrahim Abdullah. Terima kasih...

Thursday, September 20, 2012
Berbakti kepada ibu
Imam Daud meriwayatkan dari Kulaib bin Manfaah dari datuknya bahawa dia pernah menghadap Rasulullah seraya berkata: "Ya Rasulullah, kepada siapa aku harus berbakti?"
Baginda menjawab: "Ibumu,ayahmu,saudara perempuanmu,saudara lelakimu dan pemimpinmu. Itu merupakan hak yang wajib engkau tunaikan."
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Labels:
Sharing is caring...
Wednesday, September 19, 2012
Dengan siapa kamu duduk?
Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:
1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara) akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan (bukan mahram) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat pada Allah.
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya
Wallahua'lam.

Monday, September 17, 2012
Maksud hadis riwayat Abu Dawud & AnNasa'ie
Sabda Rasulullah s.a.w.: Hai Mu'adz, demi Allah, sesungguhnya aku amat sayang kepadamu, oleh itu janganlah engkau lupa membaca pada penghujung setiap solat(mu):
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Labels:
Sharing is caring...
Thursday, September 13, 2012
Isi khutbah Jumaat 14 Sept 2012
Antaranya,
Hadis riwayat Tirmizi:
Kata Rasullullah, org yang paling baik adalah orang yang panjang umurnya dan baik pula akhlaknya.. Begitu juga sebaliknya..
Siapa org paling muflis: Orang yang membawa bekalan solat, puasa dan zakat tapi banyak menganiaya orang ketika di dunia..
Marilah menjadi hamba yang berakhlak mulia, bergaullah dengan rakan yang baik-baik..dan kasihilah sesama manusia.. Moga Allah dan malaikat mengasihi kita... Amin!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Hadis riwayat Tirmizi:
Kata Rasullullah, org yang paling baik adalah orang yang panjang umurnya dan baik pula akhlaknya.. Begitu juga sebaliknya..
Siapa org paling muflis: Orang yang membawa bekalan solat, puasa dan zakat tapi banyak menganiaya orang ketika di dunia..
Marilah menjadi hamba yang berakhlak mulia, bergaullah dengan rakan yang baik-baik..dan kasihilah sesama manusia.. Moga Allah dan malaikat mengasihi kita... Amin!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Labels:
Sharing is caring...
Saturday, September 8, 2012
Mari menderma...
Alhamdulillah tahun ni dapat menderma darah... Tahun lepas tidak dibenarkan menderma sebab tidur kurang dari 5 jam...
Sebenarnya banyak kriteria untuk kita jadi penderma darah ni... Antaranya:
Jom jadi penderma...Moga amalan kita diterima Allah dan diberi ganjaran pahala bagi bekalan kita di sana nanti...
Makluman:
Bermula 2012, Pusat Darah Negara akan di BUKA pada setiap Sabtu dan Ahad.
Masa pendermaan darah:
Sebarang pertanyaan hubungi: 03-26955557/5599/5590
Maklumat lanjut layari: www.pdn.gov.my
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sebenarnya banyak kriteria untuk kita jadi penderma darah ni... Antaranya:
1) Sihat pada hari pendermaan
2) Umur 18-60 tahun
3) Berat > 45kg
4) Tidur > 5 jam
5) Tidak ambil ubatan dalam tempoh 4eminggu sebelum hari pendermaan
6) Sudah makan sebelum menderma Jom jadi penderma...Moga amalan kita diterima Allah dan diberi ganjaran pahala bagi bekalan kita di sana nanti...
Makluman:
Bermula 2012, Pusat Darah Negara akan di BUKA pada setiap Sabtu dan Ahad.
Masa pendermaan darah:
Sabtu: 8 pagi hingga 4 petang
Ahad: 8 pagi hingga 4 petang
Hari Cuti Kelepasan Am: 8 pagi hingga 4 petang
Sebarang pertanyaan hubungi: 03-26955557/5599/5590
Maklumat lanjut layari: www.pdn.gov.my
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Labels:
Sharing is caring...
Friday, September 7, 2012
Silverlit: Kereta kawalan jauh comel, hadiah buat anak
Aku dan isteri bercadang untuk memberi hadiah kepada anak-anak.. Selepas berbincang, kami buat keputusan untuk menghadiahkan mereka Playstation 2 atau PS3...
Keputusan ini dibuat sebab lihat anak sepupu seronok meluangkan masa bermain video game itu ketika kami hadir ke rumah mereka...
Walaubagaimanapun, selepas berfikir panjang, banyak kesan buruk jangka panjang akan timbul dan mungkin mempengaruhi akhlak anak..
So, kami membuat keputusan meraikan mereka dengan sebuah kereta kawalan jauh..
Alhamdulillah memang anak-anak seronok!

Wednesday, September 5, 2012
Wanita solehah permata suami
Bijak tangani masalah, sedar tanggungjawab didik keluarga
Allah SWT mengurniakan keupayaan intelektual dan kognitif untuk berfikir kepada makhluk-Nya bergelar manusia. Dengan kemampuan itu, manusia diberikan kebebasan membuat pilihan, mahu taat dan patuh secara sukarela, atau mengingkari seruan mentauhidkan Allah serta tahu akibatnya.
Kapasiti menggunakan akal dianugerahkan Allah yang akan membezakan manusia dengan makhluk lain. Malaikat dikurniakan akal tanpa nafsu, menjadikan mereka makhluk paling taat serta tidak langsung membantah segala ketetapan dan perintah Allah.
Sementara haiwan melata diberikan nafsu tanpa keupayaan akal sofistikated, sehingga mereka hanya mampu bertindak menuruti keperluan nafsu syahwat semata-mata.
Individu yang memilih jalan ketakwaan, ketaatan dan keimanan akan mendapat kemenangan serta kejayaan besar. Sementara mereka yang memilih dengan penuh sedar jalan kefasikan, kemungkaran dan kemunafikan, akan menempa azab sengsara yang berkekalan.
Firman Allah SWT: “Demi jiwa (manusia) dan penyempurnaan (kejadiannya). Maka (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawa kepada ketakwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya; dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya.” (Surah Asy-Syams, ayat 7-10)
Peluang manusia buat pilihan
Dengan penuh kasih sayang Allah SWT, diberikan petunjuk kepada manusia melalui perutusan para Rasul dan Nabi yang membawa kitab petunjuk, panduan menerangi jalan kehidupan. Maha adil Allah yang memberikan peluang terbuka seluas-luasnya untuk manusia membuat pilihan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa memaksa kita menyembah zat-Nya yang Maha Tinggi dan Mulia, namun Dia lebih suka hamba-Nya menyerahkan diri mereka serta kembali kepada-Nya dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.
Suntikan capai status soleh, solehah
Tiada bezanya jalan ketaatan seorang wanita dan seorang lelaki yang mahu mencapai status soleh dan solehah di sisi Allah SWT. Mereka mestilah memastikan dua suntikan ini mampu dilaksanakan terlebih dulu.
Pertama, menyuntik akal dengan ilmu pengetahuan yang sahih dan benar, manakala yang kedua, menyuntik hati dengan iman serta takwa kepada Allah SWT.
Seorang wanita mestilah mencapai tahap kecerdasan dan kecerdikan yang tinggi untuk meraih gelaran solehah. Dia akan mencari-cari dan mengutip semua permata ilmu berharga di mana saja dia menemuinya.
Motivasi tinggi mendorong wanita solehah menggunakan potensi akal yang luar biasa dalam menentukan keputusan kritikal. Wanita solehah bukan seorang yang sekadar menurut membabi buta, perempuan biasa yang tiada minat kepada ilmu pengetahuan dan penambahbaikan diri.
Dia tidak boleh menumpang tuah suami atau bapanya yang tersohor dengan perilaku dan amalan soleh selama ini. Belum tentu dia boleh diterima secara automatik masuk ke Jannah Allah kerana sudah puluhan tahun menjadi isteri mithali kepada suami yang terkenal soleh dan warak.
Wanita harus mampu menggerakkan akalnya dengan berfikiran kritis dan sentiasa menagih penjelasan bagi setiap yang kabur dan belum difahaminya. Akalnya tajam, pemerhatiannya mendalam dan kesimpulannya mengagumkan.
Tak dipengaruhi emosi dangkal
Penuh keyakinan diri, wanita cerdik yang solehah mampu menganalisa situasi dengan objektif dan tidak semata-mata dipengaruhi emosi yang dangkal.
Dia menyedari tugas dan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini memerlukannya keluar dari zon selesa, menjalankan fungsinya dengan efektif di samping memberi manfaat sebanyak mungkin kepada orang lain.
Kepintaran wanita solehah menguruskan kehidupannya dan keluarga memberi nilai tambah yang tiada bandingannya kepada suami, anak serta keluarganya. Dia bijak membahagikan masa, ruang dan peluang 24 jam sehari semalam yang dikurniakan Allah untuk kebajikan manusia yang lain.
Ayuh, tingkatkan keazaman di hati untuk menjadi wanita cerdik yang solehah, yang akan menjadi obor penerang kemajuan wanita Muslim, di mana juga mereka berada.
Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online oleh Harlina Halijah Siraj. Terima kasih...
*Moga saya menjadi suami soleh agar menjadi permata pada isteri, anak-anak dan keluarga...

Sunday, September 2, 2012
Tanda-tanda takabur...
Labels:
Sharing is caring...
Thursday, August 23, 2012
Amalan ziarah.. (Isi khutbah Jumaat)
Tetamu:
1) Minta izin tuan rumah..
2) Tidak dianjurkan untuk ziarah pada waktu pagi, tengahari dan tengah malam kerana pada waktu itu kebiasaanya tuan rumah sedang beristirehat.
3) Memberi salam dan berjabat tangan.
4) Jaga adab dan hormati tuan rumah.
Tuan rumah:
1) Menghormati dan memuliakan tetamu.
2) Jamu mengikut kemampuan bukan hendak menunjuk-nunjuk.
Selain itu, jangan lupa untuk menunaikan puasa sunat 6 hari pada Syawal... Sesiapa yang melaksanakannya seumpama mereka berpuasa sepanjang tahun...
Selamat Hari Raya!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
1) Minta izin tuan rumah..
2) Tidak dianjurkan untuk ziarah pada waktu pagi, tengahari dan tengah malam kerana pada waktu itu kebiasaanya tuan rumah sedang beristirehat.
3) Memberi salam dan berjabat tangan.
4) Jaga adab dan hormati tuan rumah.
Tuan rumah:
1) Menghormati dan memuliakan tetamu.
2) Jamu mengikut kemampuan bukan hendak menunjuk-nunjuk.
Selain itu, jangan lupa untuk menunaikan puasa sunat 6 hari pada Syawal... Sesiapa yang melaksanakannya seumpama mereka berpuasa sepanjang tahun...
Selamat Hari Raya!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Labels:
Sharing is caring...
Wednesday, August 8, 2012
Tips menghafaz Al-Quran
Salam, jom kita mulakan dari hari ini...
Oleh : Syaikh Wahid Abdussalam Bali
Labels:
Sharing is caring...
Saturday, August 4, 2012
3 waktu makbul doa..
1) Lailatulqadar
2) Antara dua khutbah Jumaat
3) Sejam sebelum berbuka puasa
Wallahualam...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
2) Antara dua khutbah Jumaat
3) Sejam sebelum berbuka puasa
Wallahualam...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Labels:
Sharing is caring...
Monday, June 25, 2012
Tatatertib perlu diamal dalam masjid

Jemaah dilarang ganggu jemaah solat dengan kelakuan tidak sopan
IMAM masjid perlu menegur atau memberi pengajaran kepada jemaah yang berkelakuan tidak sopan di masjid seperti berbisik, mengganggu orang solat, melintas orang yang sedang solat, saf tidak lurus, berzikir dengan suara keras hingga mengganggu orang sedang solat serta belajar.
Daripada Abu Qatadah, katanya: “Tatkala kami sedang solat bersama Nabi SAW, tibatiba Baginda mendengar suara berbisik orang (yang datang). Maka ketika Nabi sudah selesai solat,ia bertanya: Ada apa urusan kamu tadi (berbisik)? Mereka menjawab: Kami terburuburu untuk turut (jemaah). Nabi SAW berkata: Janganlah kamu berbuat begitu. Apabila kamu mendatangi solat, hendaklah kamu berlaku tenang. Apa yang kamu dapatkan (dari solatnya imam), maka solatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Bukhari)
Diriwayatkan Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu mendengar iqamat, maka pergilah kamu ke tempat solat itu, dan kamu haruslah berlaku tenang dan bersikap sopan dan terhormat, dan janganlah kamu tergesagesa, apa yang kamu dapatkan (dari solatnya imam), maka solatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan sempurnakanlah.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
Hadis ini mengandungi beberapa hukum iaitu kita diperintah berlaku tenang dan bersikap sopan apabila mendatangi tempat solat atau masjid. Kita dilarang tergesagesa apabila mendatangi tempat solat seperti berlarilari, meskipun iqamat telah dikumandangkan.
Kita dilarang berbisik apabila sampai di tempat solat, sedang solat jemaah sedang didirikan. Ini akan mengganggu orang yang sedang solat berjemaah.
Bagi mereka yang lambat berjemaah setelah imam selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, barulah disempurnakan apaapa yang ketinggalan.
Hikmah diperintahkan tenang dan sopan serta tidak boleh tergesagesa, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya salah seorang di antara kamu, apabila menuju solat, maka bererti dia sudah dianggap dalam solat.” (Hadis riwayat Muslim)
Kita digalakkan membaca doa seperti dibacakan Nabi SAW yang bermaksud: “Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dan dalam ucapanku cahaya, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, dan jadikanlah pada penglihatanku cahaya, dan jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya, dan jadikanlah dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya, ya Allah berikanlah kepadaku cahaya.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Dawud)
Diriwayatkan dari jalan Ibnu Abbas yang menerangkan solat Nabi SAW di waktu malam. Hadis ini menyatakan: “Kita akan disukai apabila mengucapkan doa di atas di waktu pergi ke Masjid.”
Daripada Abi Humaid atau Abi Usaid, ia berkata: “Bersabda Rasulullah SAW: Apabila salah seorang kamu masuk masjid, maka ucapkanlah: Ya Allah, bukakanlah bagiku pintupintu rahmatMu). Dan apabila keluar (dari masjid), maka ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepadaMu dari kurniaMu.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Nasa’i)
Abdullah bin Amr bin Ash, Nabi SAW, apabila masuk masjid beliau mengucapkan: “Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan dengan wajahNya yang mulia serta kekuasaanNya yang tidak mendahuluinya, dari (gangguan) syaitan yang terkutuk. Nabi SAW berkata: Apabila ia mengucapkan demikian (doa di atas), syaitan pun berkata: Dipeliharalah ia daripadaku sisa harinya.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Hadis ini menyatakan kita disunatkan membaca doa mohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan apabila memasuki masjid.
Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online oleh Hizbur Rahman. Terima kasih...
Labels:
Sharing is caring...
Subscribe to:
Posts (Atom)