An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Saturday, December 31, 2011

Persoalan Agama: Solat beza antara Muslim, kafir


Bersama Ustaz Zahazan

Isteri berperanan jaga keharmonian, ketertiban rumah tangga

BAGAIMANAKAH pandangan Islam mengenai seorang isteri yang suka memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan suami di hadapan keluarganya. Bukan itu saja, isteri saya memberi layanan yang buruk kepada saya dan membuka tudung di hadapan orang lain. Soalan kedua, apakah pandangan Islam tentang isteri yang suka meninggalkan sembahyang walaupun sudah berkali-kali disuruh? Harap dapat penjelasan.

MAN.

PERLU diketahui bahawa seorang isteri tidak boleh menceritakan aib suaminya meskipun kepada keluarganya kerana sepatutnya ia menjaga keharmonian dan keamanan serta ketertiban rumah tangga seperti yang digambarkan dalam firman-Nya dalam surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: “..maka perempuan-perempuan yang solehah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada..”
Seorang isteri yang baik sepatutnya memelihara rumah dan segala isinya seperti yang digambarkan Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Seorang perempuan menjadi pemimpin kepada rumah suaminya dan dia bertanggungjawab atas ketertibannya.”

Seorang isteri sekali-kali tidak boleh memburuk-burukkan suaminya di hadapan keluarga, lebih-lebih lagi kepada orang lain. Begitu juga seorang isteri tidak boleh melayan suaminya dengan layanan yang tidak baik atau akhlak yang buruk serta merendah-rendahkan suaminya. Bagi seorang isteri suami ialah pintu syurga kerana reda Allah terletak pada reda suaminya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seandainya aku mempunyai kekuasaan untuk memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada seseorang, nescaya akan aku perintahkan wanita bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak dan tanggungjawab yang dibebankan Allah kepadanya.” Hadis ini riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a.

Bagi seorang isteri, suami boleh menjadi syurga dan boleh juga menjadi neraka. Jika seorang wanita yang menjaga perintah Allah dan perintah suaminya (yang baik), maka dia akan masuk syurga seperti hadis riwayat at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Jika sebaliknya dia (si isteri) menentang suaminya, maka dia akan dimasukkan dalam neraka.”
Rasulullah SAW bersabda lagi dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari yang bermaksud: “Jika seorang wanita menolak ajakan suami, maka malaikat akan melaknatinya sehingga suami reda.”

Bagi seorang wanita yang sudah baligh (dewasa), hendaklah menjaga auratnya dan tidak boleh membuka aurat di hadapan orang lain. Hal ini seperti yang digambarkan oleh Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Untuk soalan kedua, bagi seorang Muslim atau Muslimat yang sejati, dia tidak akan meninggalkan solat walau bagaimana keadaan sekalipun. Demikian juga bagi seorang isteri kerana kewajipan solat sudah ditekankan Allah dalam firman-Nya. Allah juga melarang hamba-Nya untuk meninggalkannya kerana solat ialah tiang agama serta menjadi Rukun Islam yang kedua sesudah mengucap dua kalimah syahadah. Solat juga amal atau perkara pertama akan dihitung pada hari kiamat serta ia juga pembeza antara seorang Muslim dengan orang kafir. Dalam hal ini Allah SWt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat”.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam surah Maryam ayat 59 yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.”

Dalam surah al-Muddassir ayat 42 dan 43 yang bermaksud: “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: Kami dulu tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam at-Tirmizi, daripada Abdullah bin Buraidah, daripada ayahnya dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Perjanjian antara kami dan mereka ialah solat. Sesiapa yang meninggalkannya (tidak mengerjakannya), maka sesungguhnya ia telah kafir.”

Solat adalah perintah yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu yang mukallaf. Kewajipan ini diperintahkan tanpa melalui perantaraan Jibril dan ia berbeza dengan ibadah lain yang diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kewajipan ini tidak akan gugur selama seorang Muslim itu berakal kecuali jika akalnya hilang disebabkan gila, pengsan, tua bangka dan sebagainya. Demikianlah, wallahualam.

Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...

Selamat Tahun Baru 2012..

Berazam untuk jadi suami, bapa dan anak yang soleh....
Ya Allah hanya padaMu aku mohon pertolongan...
Bantulah kami merealisasikan segala yang sudah direncanakan.. Amin!

Selamat Tahun Baru pada semua!

Tuesday, December 27, 2011

Tukar Cranks Sensor Wira..

Sebab: Enjin tak boleh start...
Alhamdulillah... Sudah selesai masalah... Terima kasih encik mekanik!

Aku bersyukur dilahirkan Muslim

Tapi aku lebih bersyukur kerana Allah beri peluang kepada aku menjadi orang yang beriman... Alhamdulillah...

Beza antara Orang Muslim dan Orang Beriman:

Orang Muslim - Islam, mengucap dua kalimah syahadah
Orang Beriman - Islam, mengucap dua kalimah syahadah, patuh dan tunduk pada perintah Allah

Ya Allah ampunilah segala dosa yang pernah aku lakukan... Usia aku kini hampir separuh daripada usia Rasulullah SAW... Jangan Kau bolak-balikkan hatiku ini selepas diberi petunjuk... Amin..

Monday, December 26, 2011

Wednesday, December 21, 2011

Doa anak untuk ibu bapa...

Cantik tak? Hasil tangan anak sulung aku... Syabas anakku.. Moga kamu jadi anak yang soleh, berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab... Amin!

Tiga persoalan tentang hakikat BAHAGIA

Pertama: Adakah anda menjangkakan bahawa anda akan mendapat ketenangan dan ketenteraman jika anda belum reda dengan Tuhan, dengan hukum-hukum, perbuatan-perbuatan, qada' dan qadarNya, dan belum reda dengan rezeki dan anugerah yang Allah berikan kepada anda?

Kedua: Adakah anda sudah mensyukuri semua nikmat, anugerah dan berbagai-bagai kebaikan yang diberikan hingga kini anda menuntut dan meminta yang lain? Orang yang tidak mampu mensyukuri sedikit maka tidak mampu untuk mensyukuri yang banyak.

Ketiga: Mengapa kita tidak mengambil faedah daripada yang sudah Allah swt anugerahkan kepada kita, supaya kita boleh mengembangkannya, membersihkannya daripada semua kekejian dan kekotoran, dan selanjutnya kita dapat memberi manfaat, sumbangan dan pengaruh dalam hidup ini?

Ayuh bertekad untuk jadi orang yang reda, bersyukur dan berkongsi ilmu bermanfaat mulai hari ini... InsyaAllah erti BAHAGIA yang sebenar akan kita kecapi suatu hari nanti...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, December 16, 2011

Kelebihan bekerja

Daripada Abu Hurairah r.a katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Siapa yang mencari dunia yang halal untuk menjauhkan diri daripada meminta-minta, dan usaha untuk keluarganya dan untuk baik dengan tetangganya, akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat mukanya bagaikan bulan purnama, Dan siapa yang mencari dunia halal untuk memperbanyak, berbangga dan sombong, akan bertemu dengan Allah pada hari kiamat sedang Allah murka padanya."

Sunday, December 11, 2011

Semangat! Positif!

Salam, bangun semua... pagi ini aku nak buang segala kekusutan dan meningkatkan nilai positif dalam diri.. Jom perdengarkan lagu Negaraku... Bismillahirrahmanirrahim...

Ayat Kursi mujarab halang godaan syaitan


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

MASYARAKAT Melayu Islam di rantau ini secara tradisi mengamalkan bacaan Surah Yasin sebagai pendekatan memohon keberkatan Allah. Begitu jugalah dengan kelaziman membaca ayat Kursi.

Jika diamati dengan pemahaman mendalam, ayat Kursi yang mempunyai 170 huruf itu mengandungi pengajaran akidah, khususnya akidah terhadap sifat Allah yang berbeza dengan sifat seluruh makhluk ciptaan-Nya. Apabila seseorang mukmin memahaminya secara jelas dan tepat, akan terhindarlah daripada anasir khurafat dan tahyul yang menyelubungi kehidupan manusia kini.

Daripada 6,666 ayat al-Quran, ayat Kursi berada pada kedudukan tertinggi menjadikannya hadiah teragung buat umat Nabi Muhammad SAW. Ayat ini diturunkan selepas berlaku hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dan diriwayatkan ketika turunnya ayat ini, ia diiringi beribu-ribu malaikat disebabkan kemuliaannya.

Pada kala itu, syaitan dan iblis gempar kerana ada halangan buat mereka untuk menyesatkan manusia. Atas faktor kemuliaan dan kehebatan ayat Kursi itu, maka Rasulullah SAW mengarahkan Zaid Thabit menulis dan menyebarkannya kepada semua Muslimin.

Apakah bukti amalan membaca ayat Kursi dikatakan sangat mujarab menghalang godaan syaitan dan jin. Kisah dialami sahabat Rasulullah SAW menjadi sandaran kukuh membenarkannya. Satu kisah dilaporkan ayah Abdullah Ubay sebagai pengukuh mustajabnya pembacaan ayat Kursi dijadikan rutin harian.

Dikisahkan, pada suatu malam ketika melihat kebun miliknya, ayah Abdullah terserempak haiwan seakan-akan anak baru baligh. Dia mengucapkan salam dan dijawab makhluk itu. Dengan kehairanan ayah Abdullah bertanya: “Siapakah kamu? Adakah kamu jin atau manusia? Dengan ringkas makhluk itu menjawab: Aku daripada golongan jin.”

Ayah Abdullah meminta jin itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia terkejut tatkala melihat tangan jin itu berbulu seperti anjing, lalu bertanya: “Apakah begini keadaan jin diciptakan? Kata jin itu: “Ya. Bahkan ada lebih buruk daripada ini.” Komunikasi dua makhluk Allah itu bersambung.

Tanya ayah Abdullah: “Apakah yang mengundang kamu ke mari wahai jin?” Maka jawab jin: Sampai berita kepadaku kamu seorang dermawan. Jadi, aku mahu mendapatkan sedekah daripadamu.”

Ayah Abdulllah terus bertanya lagi: “Jika benar, aku ingin bertanya kepadamu, apa yang dapat melindungi kami daripada godaanmu? Dengan nada tegas, jin itu tanpa berselindung berkata: “Ayat Kursi”.

Keesokan hari, ayah Abdullah berjumpa Rasulullah SAW lalu menceritakan apa yang berlaku. Selepas mendengarnya, Rasulullah SAW berkata: “Apa dinyatakan jin itu benar, tetapi dia tetap makhluk kotor.” (Hadis riwayat al-Hakim)


Sebelum tidur, kita digalak membaca ayat Kursi kerana Rasulullah SAW mengamalkannya, Allah akan mengurniakan keselamatan kepada diri dan jiran.

Selain itu, sebagai pendinding rumah atau kedai daripada kecurian, disarankan membaca ayat Kursi sebagai ikhtiar dengan izin Allah.

Hal ini pernah diamalkan Abdul Rahman Auf yang mengatakan, apabila masuk ke rumahnya, maka dibaca ayat Kursi pada empat penjuru sebagai langkah keselamatan dan pelindung daripada syaitan.

Imam Ibnu Qayyim menceritakan: “Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemui doktor atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah dan ayat Kursi. Aku ambil segelas air zam-zam dan membacakan kedua-dua ayat tersebut berulang kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan yang menakjubkan. Seterusnya aku mempraktikkan kaedah itu untuk mengubati pelbagai penyakit dan merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku khabarkan kepada orang ramai agar menggunakan kaedah sama.”

Ini berlaku dengan izin Allah dan kita seharusnya menggunakan cara sama sebagai pendekatan alternatif dalam mengubat penyakit. Ayat Kursi adalah ayat Allah yang hebat dan mujarab dalam amalan perubatan.

Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...

Monday, December 5, 2011

Layan 30 minit Ustaz Don..

Ustaz ajar cara nak samak...

Semangat kejiranan asas keutuhan negara


KEHIDUPAN manusia kini mencapai tahap ketamadunan yang tinggi tetapi pada masa sama manusia tergelincir daripada hakikat kehidupan sebenar. 

Punca kerosakan dalam kehidupan ini disebabkan sikap individualistik yang sebati dalam diri manusia. Kongkongan sifat ini menyebabkan manusia menjadi sombong, bongkak dan angkuh sehingga terpaku kukuh sifat ego dalam diri.


Sifat ini juga menyebabkan generasi dewasa ini mencemari budaya murni yang diamalkan sejak turun temurun antaranya budaya hidup berjiran. Menjadi tanggungjawab kita memupuk budaya kejiranan yang menjadi asas keharmonian kehidupan.

Hubungan intim dengan jiran membolehkan seseorang menjadikan jiran tempat mengadu dan meminta bantuan atau pertolongan apabila sesuatu kesusahan menimpa. Penghidupan berjiran dipenuhi unsur kerjasama, kesepakatan dan keprihatinan. 

Amalan hidup berjiran dulu dan kini, amat berbeza. Budaya hidup berjiran tidak lagi diamalkan. Masyarakat hari ini mengabaikan hubungan dengan orang yang tinggal berdekatan. 

Allah berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun dan buatlah kebaikan untuk ibu bapa, anak yatim, orang miskin, jiran yang ada hubungan kekeluargaan, jiran tiada hubungan kekeluargaan, orang dalam perjalanan dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak suka orang sombong dan bangga diri.” (Surah An-Nisa, ayat 36) 

Hubungan kemasyarakatan kian renggang ada kaitan dengan sikap suka hidup tanpa gangguan. Kemewahan dikecapi menyebabkan individu merasakan tidak perlu bergantung kepada orang lain. 
Aktiviti mem budayakan semangat kejiranan kian berkurangan akibat peredaran zaman. Aktiviti bergotong-royong jarang diamalkan. 

Apakah arus pemodenan menuntut masyarakat berkelakuan sedemikian, sedangkan dalam agama hidup berjiran adalah kewajipan perlu dipenuhi bagi menjamin kerukunan dan keharmonian hidup. 

Selain tuntutan agama, kehidupan berjiran penting untuk negara kerana keutuhan dan kekuatan sesebuah negara boleh diukur melalui semangat kejiranan yang ada pada warganya. Lebih-lebih lagi Malaysia didiami pelbagai kaum memerlukan rakyat bersatu mewujudkan negara maju. 

Justeru, sudah tiba masanya kita mengorak langkah menghidupkan semula semangat kejiranan demi keharmonian hidup dan kesepaduan masyarakat menjadi benteng kukuh kepada pertahanan negara.


Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...

Sunday, December 4, 2011

Janji wajib ditepati...

Minggu ni menghabiskan masa bersama anak-anak dirumah aja... Selepas bertungkus lumus bekerja seminggu malam dan siang, hari ni aku tunaikan janji main water colour dengan anak sulung... Berkali-kali dia minta... Lega akhirnya aku dapat tunjukkan teladan yang baik dengan tidak memungkiri janji... Syukur pada Allah...
Ya Allah, jadikanlah aku ayah yang baik dan soleh supaya mereka mencontohi dan mewarisi segala yang baik dalam diri aku... Amin!

Saturday, December 3, 2011

Allah SWT

Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani...

*tangan aku dan anak sulung!

Thursday, December 1, 2011