An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Tuesday, April 21, 2015

Tahukah anda majoriti pencarum KWSP berkemungkinan TIDAK LAYAK memohon inisiatif Pengeluaran Haji dari Akaun 2? Dan jika layak sekalipun anda hanya dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak RM3,000 sahaja (mungkin lebih rendah).

Sila rujuk RISALAH / FLYER PENGELUARAN HAJI di bawah.


Mengapa saya berpendapat begitu?

1) Ahli KWSP MESTI berumur kurang 55 tahun dan SUDAH menerima surat tawaran berstatus ‘TERPILIH’ untuk mengerjakan Haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH). 

- Berikutan bilangan ahli LTH berstatus WARGA EMAS dalam senarai menunggu masih tinggi, Ahli KWSP berumur kurang 55 tahun yang akan menerima tawaran berstatus 'TERPILIH' secara logiknya adalah sangat kecil bilangannya. Sebagai contoh saya sendiri hanya layak mengerjakan haji pada usia 63 tahun.

2) Jumlah simpanan di LTH bagi tujuan mengerjakan Haji bagi Ahli KWSP MESTI belum mencukupi.

- Jika simpanan anda di LTH bagi tujuan mengerjakan Haji sudah mencukupi atau sudah melebihi kos mengerjakan Haji yang ditetapkan oleh LTH, anda secara automatik TIDAK LAYAK untuk memohon.
- Contohnya, Jika anda sudah memperoleh surat tawaran 'TERPILIH' dan baki caruman anda di LTH ketika itu adalah RM9,980 atau lebih (berdasarkan contoh anggaran kos pada risalah di atas). Sekaligus anda tidak layak memohon.

3) Kelayakan Amaun Pengeluaran : Perbezaan jumlah kos Haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00 ATAU baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah); 

- Maksudnya, ahli yang layak HANYA dibenarkan membuat pengeluaran amaun maksimum RM3,000. Bukan keseluruhan kos haji sebanyak RM9,980 (berdasarkan contoh anggaran kos pada risalah di atas).
- Ini kerana, mengikut syarat KWSP: "Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli".


Kesimpulannya, saya beranggapan inisiatif PENGELUARAN HAJI ini sekadar penyedap halwa telinga seolah-olah KWSP mesra pencarum. Status asal "inisiatif Pengeluaran Haji" wajar ditukar kepada "Bantuan RM3,000 inisiatif Pengeluaran Haji" berikutan pengeluaran berkenaan tidak menampung keseluruhan kos perbelanjaan Haji.

Daripada KWSP sibuk dengan program bersama pihak berkepentingan dan ahlinya mulai 20 April, 2015 mengenai langkah menaikkan umur pengeluaran penuh yang pada dasarnya tidak wajar dilaksanakan. Baik buat penambahbaikan bagi pemohonan inisiatif Pengeluaran Haji dari Akaun 2.

Sebagai pencarum KWSP saya amat tidak bersetuju mengenai langkah menaikkan umur pengeluaran penuh kerana ia tidak mesra pencarum malah membebankan pencarum.




BERMULA 21 April hingga 5 Mei ini, KWSP mengadakan kaji selidik Inisiatif Penambahbaikan Skim Persaraan Ahli KWSP, Untuk sertai layari http://www.kwsp.gov.my/ dan klik pada i-Akaun.

Tunaikan tanggungjawab anda sekarang!... 

Bagaimana untuk mendaftar i-Akaun?

Untuk Ahli, anda boleh ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP atau hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad. Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun' untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.

No comments:

Post a Comment