Tempat meluahkan rasa hati aku... Hanya Allah-lah penganugerah taufiq dan Dia-lah pembimbing kepada jalan yang benar. Ya Allah, terimalah dari kami amalan kami ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.
An-Nisa - Ayat 59
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
Topik hangat!
Sharing is caring...
(76)
anak
(30)
umrah
(22)
isteri
(10)
Mari mengaji
(9)
Tanya ustaz
(9)
Ramadan
(8)
solat
(8)
Kembara masjid
(7)
Doa
(6)
Hadith
(6)
al-Quran
(6)
breakfast
(6)
Abdul Rahman Assudais
(5)
Kuching
(5)
Makkah
(5)
Masjid
(5)
haji
(5)
syukur
(5)
Ibadat
(4)
Madinah
(4)
Maher Zain
(4)
Tahfiz
(4)
Ustaz Don
(4)
al-Fatihah
(4)
dugaan
(4)
Allah
(3)
Blackberry
(3)
Facebook
(3)
KLCC
(3)
Lee Chong Wei
(3)
Lin Dan
(3)
Masjid Nabawi
(3)
Sejarah Al-Quran
(3)
Solat Hajat
(3)
Solat Subuh
(3)
bongsu
(3)
ilmu
(3)
kesihatan
(3)
wife
(3)
All England
(2)
Anniversary
(2)
Cuti-cuti
(2)
Imam
(2)
Islam
(2)
Manchester United
(2)
Oldtown White Coffee
(2)
Rasulullah SAW
(2)
Raudhah
(2)
Solat Jumaat
(2)
Tragedi
(2)
YouTube
(2)
al-Baqarah
(2)
arwah
(2)
badminton
(2)
hajat
(2)
home work
(2)
insurans
(2)
kuliah
(2)
poklong
(2)
radiasi
(2)
rindu
(2)
roadtax
(2)
rumah sewa
(2)
sakit
(2)
supper
(2)
ziarah
(2)
2010
(1)
Asb
(1)
Bacalah...
(1)
Berita Harian
(1)
Biodata
(1)
Bulan
(1)
Canterbury
(1)
Durian
(1)
FOS
(1)
Gigi
(1)
Hari Istiwa
(1)
Hari Pekerja
(1)
Holiday Villa a.k.a Grand Margarita
(1)
Hotel
(1)
Ikan Terubuk Masin Satok
(1)
Impiana KLCC
(1)
Innalillah
(1)
InsyaAllah
(1)
KL Twin Towers
(1)
Khairat
(1)
Lailatul qadar
(1)
Lelah
(1)
Livina
(1)
Malaysia
(1)
Male or female?
(1)
Menara Berkembar Petronas
(1)
Modal insan
(1)
Nasyid
(1)
Negaraku
(1)
Osama Bin Laden
(1)
PappaRich
(1)
Pusat Sains Negara
(1)
Qiamullail
(1)
Renew
(1)
Restoran Mahbub
(1)
Siapa aku
(1)
Solat Tahajjud
(1)
Streamyx
(1)
Sujud Sahwi
(1)
Swatch
(1)
TM
(1)
Tahlil
(1)
Tartil
(1)
Tawaf Wida
(1)
Twin Towers
(1)
Ulang Tahun
(1)
Waterfront
(1)
Yee Mee Claypot
(1)
adab
(1)
air auam
(1)
alpha
(1)
atok
(1)
atuk
(1)
belanja
(1)
bonus
(1)
botak
(1)
cekodok
(1)
cucu
(1)
cukai
(1)
dance
(1)
delicious
(1)
demam
(1)
dhuha
(1)
didik
(1)
discaj
(1)
fitness
(1)
gunting
(1)
guru
(1)
hijjaz
(1)
hutang
(1)
iblis
(1)
ibu
(1)
iftar
(1)
income tax
(1)
internet
(1)
joging
(1)
kabus
(1)
kerja
(1)
khemah
(1)
khutbah
(1)
kipas
(1)
lapar
(1)
lega
(1)
lembaga hasil
(1)
lesen
(1)
modem
(1)
muntah
(1)
muslim
(1)
naik kapal
(1)
nenek
(1)
penawar penyakit
(1)
petunjuk
(1)
pindah
(1)
piramid makanan
(1)
polis
(1)
rambut
(1)
renggang
(1)
setan
(1)
suami
(1)
syaitan
(1)
tahajud
(1)
teh o suam
(1)
tudung
(1)
upin ipin
(1)
uri
(1)
vaccin
(1)
vaksin
(1)
warded
(1)
wuduk
(1)
zakat fitrah
(1)
zikir
(1)
Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™
-
Saya selalu berulang-alik dari Perak ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Biasanya saya menaiki bas di Pudu Raya ketika hampir Maghrib. Say...
Monday, December 22, 2014
Jadikan kami hambaMu yang penyabar
Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku ibu yang sungguh penyabar. Moga ianya menjadi ikutan kami sekeluarga. Ampunilah segala dosa ibubapaku. Wahai Allah, sayangilah ibubapaku seperti mana sayangnya mereka kepadaku ketika aku masih kecil.
Bismillahirrahmanirrahim
ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺍﺻْﺒِﺮُﻭﺍ ﻭَﺻَﺎﺑِﺮُﻭﺍ ﻭَﺭَﺍﺑِﻂُﻮﺍ ﻭَﺍﺗَّﻘُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻟَﻌَﻠَّﻜُﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮﻥَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). - 3:200
ﻳَﺎ ﺑُﻨَﻲَّ ﺃَﻗِﻢِ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓَ ﻭَﺃْﻣُﺮْ ﺑِﺎﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﻭَﺍﻧْﻪَ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻤُﻨْﻜَﺮِ ﻭَﺍﺻْﺒِﺮْ ﻋَﻠَﻰٰ ﻣَﺎ ﺃَﺻَﺎﺑَﻚَ ۖ ﺇِﻥَّ ﺫَٰﻟِﻚَ ﻣِﻦْ ﻋَﺰْﻡِ ﺍﻷُْﻣُﻮﺭِ
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. - 31:17
* Setiap kali melangkah keluar rumah, pastikan sedar kita membawa agama Islam bersama. Berusahalah menjaga iman dan akhlak kita. Bersabarlah ketika menunaikan perintah dan meninggalkan laranganNya.
Wednesday, December 3, 2014
Muhammad Al-Fatih 1453
Anak kita dilahirkan dalam fitrah, ibarat kain putih yang suci leagi bersih. Ibubapa bertanggungjawab mencorakkan mereka dengan izin Allah SWT menjadi insan soleh atau tidak.
Kita tidak dapat mengelak pengaruh buruk yang sering mengelilingi kita setiap saat sepanjang hayat kita. Sudah tentulah ia angkara iblis yang sudah berjanji menyesatkan umat manusia.
Firman Allah pada surat Al-Araf ayat 17-18, iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur"
Contoh pengaruh buruk yang paling halus tanpa kita sedari adalah pada program di televisyen dan tayangan filem yang memaparkan kisah-kisah berintikan perkara tahyul, seks, watak adiwira rekaan dan hiburan melampau tanpa kawalan tegas dari pihak bertanggungjawab.
Bukanlah saya mahu menuding jari 100% pada pihak berwajib kerana memang saya akui ia tugas sukar. Malah saya juga kadang-kala tewas. Tapi saya dan isteri ikhtiarkan agar anak-anak juga tidak ketinggalan disuapkan dengan cerita rasul dan nabi, kisah peperangan para nabi dan pejuang Islam dalam mengembangkan Islam.
Hari ini saya ingin berkongsi video kuliah berkenaan pemimpin Islam yang berjaya menakluki Konstatinopel pada 1453 seperti sabda Rasulullah: "Konstatinopel akan ditakluki oleh seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin dan bala tentera yang terbaik" - HR Ahmad
Video kuliah bertajuk Muhammad Al-Fatih ini disampaikan Ustaz Ir. Felix Siauw dari Indonesia. Beliau seorang penulis, pendakwah, bersama yang menginginkan tegaknya syariah-khilafah, hamba yang sangat berharap diampuni Allah di hari pembalasan. - Info laman FB Ustaz Ir. Felix Siauw. Maklumat lanjut layari www.felixsiauw.com.
Sedikit ringkasan yang sempat saya catit ketika menonton video ini.
SATU:
- Kisah ini menceritakan seorang pemuda hebat berumur 21 tahun yang tak sepopular seperti hero fiksyen yang biasa anak-anak kita jadikan idola.. seperti Superman, Batman, Spiderman.
- Tapi dia bukan adiwira rekaan.. kisahnya pernah disebut Rasulullah SAW.
- Beliau adalah Muhammad Al-Fatih yang berjaya menakluk Konstatinopel pada 1453 bersama bala tenteranya selepas 5 kali cubaan menaklukinya oleh pemimpin awal menemui kegagalan:
1) Abu Ayyub al Anshari (674) - Khalifah Umaiyah
2) Maslamah bin Abdul Malik (717) - Khalifah Umaiyah
3) Khalifah Harun al-Rasyid (811) - Khalifah Abbasiyah
4) Sultan Beyazid i (1396) - Khalifah Abbasiyah
5) Sultan Murad II (1422) - Khalifah Abbasiyah
DUA:
- Bisyarah (khabar gembira) daripada Allah dan Nabi Muhammad SAW tentang kejadian pada masa depan. Bisyarah bukan sahaja berkaitan janji Allah pada akhirat tapi juga berkaitan hal dunia.
1) Contoh: Syurga.. seluas langit dan bumi, dipenuhi tumbuhan, buah-buhan, ada bidadari... dll
2) Contoh:
- Israk Mikraj Rasulullah SAW.
- Hadis Rasulullah SAW berkenaan Konstatinopel akan ditakluki oleh seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin dan bala tentera yang terbaik. - HR Ahmad
TIGA:
Dialog ustaz bersama papinya.
Papi: Kenapa masuk Islam?
Ustaz: Sebab Islam agama yang sempurna
Papi: Sempurna dari mana? Siapa lagi banyak miskin, tak makan, tak berpendidikan? Muslim atau Non Muslim?
Ustaz: Muslim... Tapi Pi, yang Papi lihat itu bukan Islam sebaliknya Muslim. Muslim berbeza dengan Islam. Zaman sekarang Muslimnya tidak mempratikkan Islam secara keseluruhan.
Papi: Sudah tahu banyak Muslim tidak mahu mempratik Islam. Kenapa masih mau convert ke Islam?
Ustaz: Justeru itulah tugas saya menyedarkan mereka kembali kepada Islam.
Papi: Berapa ramai Muslim di dunia?
Ustaz: 1.7 billion Muslim seluruh dunia.
Papi: Diantara 1.7 billion itu berapa ramai yang seperti kamu, yakin dan mengamalkan Islam sempurna.
Ustaz: Tak lebih daripada 3%
Papi: Mustahil kamu boleh ubah mereka.
Ustaz: Tapi jika tidak mula dari '1' kita tidak bisa ubah segala-galanya. Memang mustahil tapi itu janji Allah dan Rasulullah SAW. Bisyarah adalah kekunci keyakinan saya.
Oleh yang demikian, jika kita tidak bertindak sekarang dalam mendidik anak-anak kita menjadi insan soleh siapa lagi yang boleh kita harapkan?
Hanya pada Allah aku menyembah dan padaNya aku memohon pertolongan.
Jom amalkan doa Nabi Zakaria: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". - [3:38]
Amin.

Monday, November 3, 2014
Ketahui waktu solat menerusi Sistem Panduan Solat (e-Solat) JAKIM
Hari ini saya ingin berkongsi satu laman web JAKIM yang membantu kita untuk mengetahui waktu solat berdasarkan lokasi semasa anda.
Laman web itu yang beralamat di http://www.e-solat.gov.my boleh dikunjungi secara terus sama ada menerusi telefon pintar atau komputer anda.
Jika anda berada diluar kawasan, setkan lokasi terkini anda di pautan TUKAR ZON dan pilih lokasi anda.
Selain waktu solat, laman web ini juga menyediakan maklumat berkenaan arah kiblat dan masjid berhampiran anda.
Selamat mencuba.
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. - 4:103
e-Solat versi web dan mobile |

Friday, October 24, 2014
Melayu... 1 Muharam 1436H
Bismillahirrahmanirahim
Selawat dan salam pembuka kata...
1 Muharam 1436H kini menjelma...
Ada Melayu masih sama...
Dari dulu hingga kini dan mungkin selamanya...
Asyik dengan isu Tanah Melayu ini siapa punya?
Kata mereka Melayu tak hilang di dunia..
Hanya indah khabar dari rupa...
Jika Islamnya tetap masih kurang sempurna...
Setakat bersandar pada agama warisan yang diberi percuma...
Melayu..
Tahun baru tiada ertinya..
Jika isu bangsa masih jadi modalnya...
Walhal Malaysia milik semua...
Tapi bila pilihanraya tetap menegakkan perkara sama...
Melayu...
Jangan rasa Islam tu kau yang punya...
Mulai Nabi Adam dan Muhammad SAW pengakhirannya...
Tidak pernah terbaca Islam itu hak mutlak Melayu semata...
Usah tamak, Allah berikan Islam untuk semua...
Melayu..
Mari lurus dan rapatkan saf kita...
Bersama yang lain bangunkan negara...
Usah berdendam, jauhkan fitnah dan berjuang dengan akhlak mulia...
Iringan bismillah dan doa sebagai senjata...
Contohi ansar dan muhajirin yang lupakan sengketa...
Moga Malaysia maju dan kekal aman hingga akhirnya...
Melayu...
Rukun Islam itu lima perkara...
Amalkan dan jadikan cara hidup kita..
Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga...
Jika tidak tunggulah azab, itu janjiNya...
Melayu...
Kononnya gah Melayunya...
Berhimpun dengan lontaran kata penuh retorik belaka...
Tetapi banyak juga yang auratnya masih terbuka...
Jadi punca agama dihina...
Kamu, usah jadi nila yang rosakkan susu sebelanga...
Melayu, Cina, India dan lainnya..
Berlainan budaya bukan alasan tidak sekata...
Rasa hormat dan tolak ansur jadikan harta...
InsyaAllah .. warisan masa depan lebih bercahaya...
Melayu...
Jika kata-kata menghiris rasa...
Terlanjur kata memang resam manusia..
Ungkapan maaf moga merawat luka...
Moga jadi pedoman buat diriku juga...
Alhamdulillah dan syukur penutup bicara..
Sukatan iman pembeza neraca..
Adakah syurga atau ke neraka....
Bukannya parti aku dia atau mereka...
Roti Telur Bawang
25 Oktober 2014/1 Muharam 1436H

Wednesday, October 15, 2014
Selamat hari lahir isteri..
Teman sejati di Jannah
Isteri...
Kenalan sejak kecil...
Masih terbayang aksi mu pada hari kantin ketika sekolah rendah..
Isteri..
Meningkat remaja...
Aku mencemburui kebijaksanaanmu mu..
Jadi pendorong untuk aku berjaya...
Masihkah kau ingat...
Aksi mu di pentas hari guru?
Saat kita berjalan seiringan pulang dari sekolah...
Ungkapan 'hari ni study apa?'
Aku tersenyum..
Pastinya bibir mu turut mengukir senyuman ketika ini..
Menjadi kenangan hingga saat ini...
Isteri..
Kita berjauhan seketika...
Bersama rakan dan keluarga...
Untuk mengejar impian hidup kita...
Isteri..
Tidak ku sangka... Aku mula rasa sesuatu...
Insan pemalu ini berjaya meluahkan "sesuatu"...
Suka tak?
Adat bercinta... Ada gembira, sedih, marah dan kecewa ...
Alhamdulillah.. kita teguh tempuhi bersama...
Isteri...
Syukur pada Allah...
Lafaz keramat "Aku terima nikahnya..." akhirnya aku ungkapkan..
Tanda sedia pikul tanggung jawab hingga hujung nyawa...
Isteri...
Hidup berumah tangga penuh pancaroba..
Moga maafkan kesalahan dan terimalah kekurangan kanda...
Lidah sendiri lagi tergigit... inikan pula jika berdua..
Iman dan sabar jadi kunci utama...
Isteri...
Setiap kesulitan pasti ada kemudahan...
Sesungguhnya Allah maha kuasa..
Ungkapan "Ofis I ada buat trip umrah, nak pegi?" jadi pemula hijrah kita...
Syukur... Kita dijemput menunaikan umrah bersama..
Isteri...
Urusan ibadah dipermudah dalam suasana sungguh istimewa..
Ziarah makam kekasih Allah dan mengungkapkan salam kepada baginda..
Melenturkan hati dan mata mula berkaca...
Terima kasih Allah...
Hidayah mu sangat berharga...
Itulah titik permulaan saat bahagia...
Isteri..
Alhamdulillah kita dikurnia tiga cahaya mata..
Naufal, Hijjaz dan Fateh pelengkap keluarga...
Kini kita sama-sama berjuang mencorak warna amanah kita...
Moga usaha kita jadi bekalan apabila Mungkar dan Nangkir bertanya...
Isteri...
Alam dunia hanyalah permainan...
Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan...
Ayuh berjihad hingga ke akhirnya..
Bertemankan bait Rabbi yassir wala tua'ssir...
Mencari redha Ilahi bersama..
Agar nota hidup mu di ruang Kita hidup 2x... menjadi nyata
Isteri..
Merenung wajahmu umpama ubat merawat luka...
Kini ku mula faham erti bahagia..
Tenang walaupun sibuk dengan urusan rumah tangga dan kerjaya...
Moga Allah berkati hidup kita sekeluarga...
Isteri...
Kehidupan dunia ini ada pengakhirannya..
Aku doakan keluarga kita dilindungi Allah sentiasa..
Doa "Bismillahi tawakaltu a'lallah, la haulawala kuawata illa billa" jadi senjata...
Dengan harapan kita bertemu kembali di Syurga..
Selamat hari lahir isteri..
Nukilan suami mu... 16 Oktober 2014
Isteri...
Selamat hari lahir isteri... |

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. - (42:27)"
Thursday, October 2, 2014
Terima kasih Allah kerana memilih saya dan keluarga...
Hari ini tiba-tiba hati jadi sangat halus. Keindahan lirik lagu Maher Zain bertajuk Always Be There dan Muhammad SAW membuai perasaan saya.
Rasa sayu menjelma apabila mengenang kisah hidup saya ketika mula berhijrah bersama isteri tersayang ke jalan yang lebih sempurna.
Dendangan lagu penyanyi hebat itu seperti ubat yang merawat luka. Memberi kekuatan kepada saya untuk berubah. Sehingga kini saya masih terus berusaha walaupun kadang kala tewas terhadap ujian yang menimpa.. Syukur ya Allah, saya kekal di landasan sama.
Air mata mula berlinangan...
Pada Jumaat yang mulia...
Merenung dosa-dosa...
Adakah sudah terampun semua...
Sebelum aku menutup mata...
Allahuakhbar...
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promised He will always be there
To bless us with His love and His mercy
Cuz as He promised He will always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what's in our little hearts
So when you lose your way
To Allah you should turn
Cuz as He promised He will always be there
He brings us out from the darkness into the light
Subhanallah capable of everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance all the way
Through our short time we have in this life
Soon it will all be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
Terima kasih Allah kerana memilih saya dan keluarga...
Thursday, July 10, 2014
Serangan udara di Gaza, apa tindakan anda?
Pengenalan ringkas bagaimana Palestin dijajah Israel
Hampir ribuan rakyat Palestin yang terkorban syahid... Adakah kita masih berdiam diri tanpa melakukan apa-apa tindakan?
Kita sedia tahu selemah-lemah iman, jika tak mampu bertindak dengan perbuatan, adalah dengan mendoakan kesejahteraan buat mereka... Tapi sebenarnya kita mampu berbuat sesuatu iaitu BOIKOT..
Alhamdulillah saya sudah mula memboikot produk Israel, Mc Donalds sejak setahun lalu... Saya lakukan dengan niat membantu Palestine dan sebagai tanda sokongan saya pada mereka.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya kerana ada yang mengatakan majoriti kakitangan yang bekerja di restoran berkenaan Melayu.. Jika boikot akan ganggu ekonomi negara katanya... Itu hak masing-masing... Tapi saya tetap dengan matlamat saya... Syukur kini satu keluarga saya sudah memboikot Mc Donalds... Banyak lagi makanan berkhasiat yang ada di luar sana... KATAKAN TIDAK PADA MC DONALDS...
Baru-baru ini saya ada terlihat satu post di Facebook berkenaan satu restoran coffee di UK MILIK Israel sudah ditutup berikutan di boikot.. Lihat.. Jika kita istiqamah.. Pasti akan ada hasilnya.. Jom bertindak mulai hari ini!
Pernahkah anda melihat video berkenaan bintang bola sepak Real Madrid, Ronaldo bertindak tidak mahu bertukar jersi usai perlawanan dengan pasukan Israel? Ronaldo bukan muslim... Tapi tetap berusaha lakukan sesuatu demi menunjukkan bantahan terhadap Israel... Malah mendermakan wang hasil kutipan lelongan kasut emasnya untuk pembangunan Palestine.
INFO:
INFO GRAFIK:
Lihat VIDEO di Free Palestine.

- Cristiano Ronaldo Donates Gold Shoe for Palestine children
- Cristiano Ronaldo rejects to swap his jersey with ısrael player
INFO:
- Layari www.inminds.com untuk lihat senarai produk untuk diboikot
- Layari https://www.facebook.com/aqsa.syarif untuk bantuan kemanusiaan kepada Palestin.
Fahamkan. Kenapa BOIKOT? |
Dari laman Facebook Hafiz Hamidun |
WARGA Korea turut berbuat sesuatu.. anda? |
Laman Facebook Aqsa Syarif |
Friday, July 4, 2014
Menuju syurga... Al-Fatihah buat Datuk Sharifah Aini
Pada usia 61 tahun, hampir seusia baginda Rasulullah yang wafat pada usia 60 tahun.
Menghembuskan nafas terakhir pada Ramadan.
Insan bertuah... Al-Fatihah Kak Pah!
Thursday, July 3, 2014
Ya Allah perkenankanlah doaku agar dikurniakan anak yang soleh
Naufal, Hijjaz dan Fateh... Moga kalian berjaya seperti Musa...
Sunday, April 20, 2014
Siapakah nabi yang diutuskan Allah swt kepada kaum Ad dan Thamud?
Semalam selepas mengisi masa lapang bersama keluarga bermain "Al-Quran Challenge" ada soalan berkaitan Kaum Ad dan siapakah Nabi yang diutuskan pada mereka? Ternganga gak aku.. tambahan anak dan isteri tahu jawapannya... Beza orang yang membaca dan tidak membaca... So hari ni ada kelapangan skit.. buat sedikit kajian.. Ini antara isi yang aku dapat...
Kaum Ad
1) Nabi Hud
2) Kaum menyembah berhala seperti nenek moyang mereka
3) Diturunkan kemarau panjang pada mulanya sebagai peringatan
4) Dibinasakan dengan ribut kencang yang melampau selama tujuh hari lapan malam terus menerus
Kaum Thamud
1) Nabi Salleh
2) Kaum yang menyembah berhala, hidup kaya raya
3) Minta Nabi Salleh tunjukkan mukjizat, bukti kerasulannya.
4) Nabi Salleh membawa seekor unta betina ciptaan Allah. Pohon kepada kaum itu jangan diapa-apakan pada unta berkenaan. Jika ingkar nescaya Allah akan menyeksa mereka.
5) Kaum Thamud bunuh unta itu kerana bimbang ramai lagi akan beriman kepada Nabi Salleh.
6) Allah turunkan bala tiga hari kemudian selepas peristiwa pembunuhan unta.
7) 9 orang dari kaum Thamud merancang untuk membunuh Nabi Salleh.
8) Dibinasakan dengan satu letusan suara yang menggempakan bumi (petir)
Rujukan:
Kaum Ad:
Kaum Thamud:

- Surah Al Ahqaaf: 46: 21
- Surah Al Fajr: 89: 6-7
- Surah Al A'raaf: 7: 65
- Surah Hud: 11: 50
- Surah Al A'raaf: 66-68
- Surah Al A'raaf: 7: 69
- Surah Hud: 11: 53-57
- Surah Al A'raaf: 7: 70-71
- Surah Hud: 11: 52
- Surah Hud: 11: 58
- Surah Al Haaqqah: 69: 6-8
- Surah Adz Dzaariyaat: 51: 41-42
Kaum Thamud:
- Surah Al Fajr: 89: 9
- Surah Hud: 11: 61
- Surah Asy Syu'araa': 26: 141-152
- Surah Al A'raaf: 7: 74
- Surah Asy Syu'araa': 26: 153-156
- Surah Al Qamar: 54: 27-28
- Surah Al Naml: 27: 46-52
- Surah Al A'raaf: 7: 75-77
- Surah Adz Dzaariyaat: 51: 44
- Surah Hud: 11: 67
- Surah Al Haaqqah: 69: 5
Saturday, April 5, 2014
Padang Bulan
Padang Bulan
Padang bulan, padange koyo rino
Cahaya bulan yang terang benderang
Rembulane sing ngawe-awe
Rembulan yang seakan-akan melambaikan tangan
Ngelengake, ojo turu sore
Di ingatkan jangan tidur petang
Kene tak critani, kanggo sebo mengko sore
Sini aku ceritakan, buat pegangan hidup sampai ke tua nanti

Selawat dan salam ke atas
Penghulu kami dan Penolong kami iaitu Nabi Muhammad SAW

Sebanyak apa yang terdapat pada ilmu Allah, Selawat
Selawat berterusan selamanya hanya milik Allah

Lamun wong tuwo, Lamun wong tuwo keliru mimpine
Angan orang tua, kerana angan orang tua salah mimpinya
Ngalamat bakal, Ngalamat bakal getun mburine
Akan ada petanda, petanda yang pelik akhir zaman nanti

Wong tuwo loro, kundur ing ngarso pengeran
Orang tua sakit, yang sudah hampir ajalnya
Anak putune, rame-rame rebutan warisan
Anak cucunya, ramai-ramai berebut warisan
Selawat dan salam ke atas
Penghulu kami dan Penolong kami iaitu Nabi Muhammad SAW
Selawat dan salam ke atas
Penghulu kami dan Penolong kami iaitu Nabi Muhammad SAW
Sebanyak apa yang terdapat pada ilmu Allah, Selawat
Selawat berterusan selamanya hanya milik Allah
Selawat berterusan selamanya hanya milik Allah
Padang bulan, padange koyo rino
Cahaya bulan yang terang benderang
Rembulane sing ngawe-awe
Rembulan yang seakan-akan melambaikan tangan
Ngelengake, ojo turu sore
Di ingatkan jangan tidur petang
Kene tak critani, kanggo sebo mengko sore
Sini aku ceritakan, buat pegangan hidup sampai ke tua nanti
Selawat dan salam ke atas
Penghulu kami dan Penolong kami iaitu Nabi Muhammad SAW
Selawat dan salam ke atas
Penghulu kami dan Penolong kami iaitu Nabi Muhammad SAW
Sebanyak apa yang terdapat pada ilmu Allah, Selawat
Selawat berterusan selamanya hanya milik Allah
Selawat berterusan selamanya hanya milik Allah
Jaman kepungkur, ono jaman buntutan
Akan datang suatu masa, seperti zaman dulu (Jahiliyah)
Esuk esuk, ei luru ramalan
Tidak berpuas hati, tidak berpuas hati dengan nombor (judi)
Gambar kucing, dikiro gambar macan
Gambar kucing, dianggap gambar harimau
Bengi diputer, Serrr metu wong edan
Bila berganti malam, Bila berganti malam keluar pula orang gila
Kurang puas, luru ramalan
Tidak berpuas hati, tidak berpuas hati dengan nombor (judi)
Wong ora waras, hei dadi takonan
Orang yang gila, orang gila jadi tempat pertanyaan
Kang ditakoni, nguyu cekakaan
Bila ditanya, tertawa terbahak-bahak
Jebul kang takon, ei wis ketularan
Terlalu sering ditanya (nombor itu), Akhirnya kita yang terpengaruh
Selawat dan salam ke atas
Penghulu kami dan Penolong kami iaitu Nabi Muhammad SAW
Selawat dan salam ke atas
Penghulu kami dan Penolong kami iaitu Nabi Muhammad SAW
Sebanyak apa yang terdapat pada ilmu Allah, Selawat
Selawat berterusan selamanya hanya milik Allah
Selawat berterusan selamanya hanya milik Allah
Al-Madad Ya Rasulullah
Al-Madad Ya Rasulullah - Malam Cinta Rasul Putrajaya
Qulul qulub
Qulul qulubi
Ilal habibi tammilu )… x2
Wama’i biza lika shaahidun
Shaahidun wa dalilu
Ammad dalilu iza zakhartum ul Muhammadan
Sarath dum ‘ul arsyikina at tarsilu
Hazal Rasulullah
Hazal Rasulullah
Hazal Mustaffa
Haza li Rabbil Alamina Khaliluq Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...wahai Rasulullah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...wahai kekasih Allah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...wahai Rasulullah

Tuhan, jadikanlah perhimpunan kami
Mencapai matlamat kesudahan yang baik
Berikanlah kami apa yang kami minta
Dari pemberian-Mu yang sangat luas
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...wahai Rasulullah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...wahai kekasih Allah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...wahai Rasulullah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...wahai kekasih Allah
Berkatilah semua jiwa di kalangan kami
untuk bertemu sebaik-baik ciptaan iaitu Nabi Muhammad SAW
Sampaikanlah yang terpilih daripada kami
Dengan selawat dan salam
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...wahai Rasulullah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...wahai kekasih Allah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...wahai Rasulullah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...wahai kekasih Allah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...

Pertolonganmu...wahai Rasulullah

Pertolonganmu...wahai kekasih Allah
Tuanku (Muhammad SAW), anugerah daripada Ilahi
Muliakanlah kami dengan pandangan dari kalanganmu
Tuanku, wahai bapa Fatimah Zahra
dan bapa Qasim dan Abdullah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...
Pertolonganmu...wahai Rasulullah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...
Pertolonganmu...wahai kekasih Allah
Tuanku, Engkaulah yang telah terpilih
Dalam memujimu, jelas segala suratan
Tuanku, selamatkanlah kami dari api neraka
Demi kedudukanmu wahai utusan Allah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...
Pertolonganmu...wahai Rasulullah
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...
Pertolonganmu...pertolonganmu...pertolonganmu...
Pertolonganmu...wahai kekasih Allah
Sunday, March 30, 2014
Muslim Pro: Apliksi Waktu Solat, petunjuk Kiblat #1 di dunia
Lebih 10 juta pengguna membabitkan 215 negara
Ciri utama:
- Waktu Solat yang tepat berdasarkan lokasi anda dengan disertai Azan (notifikasi visual dan audio)
- Petunjuk Kiblat yang menunjukkan arah Kaabah, Makkah
- Aplikasi tersedia dalam pelbagai bahasa: Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Deutsch, English, Español, Français, Italiano, Nerderlands, Português, Türkçe, العربية, اردو, русский, 简体中文, 日本語, ภาษาไทย
Nota penting:
Pastikan waktu solat yang disetkan pada telefon pintar atau gajet anda sama dengan waktu solat sebenar di lokasi anda.
>> Muat turun aplikasi di sini

Muslim Pro: Azan, Quran, Qibla
Bitsmedia Pte Ltd
- March 26, 2014
>> Muat turun aplikasi di sini
Wednesday, January 8, 2014
Pendekatan sesuai didik kanak-kanak
Menghukum dengan cara merotan tindakan terakhir bagi memberi pengajaran
Sepanjang tahun lalu banyak juga laporan akhbar menyentuh mengenai pendekatan keras segelintir guru terhadap anak didik mereka sama ada di sekolah rendah, menengah, agama, termasuklah pondok tahfiz.
Antaranya, murid tahun dua didakwa ditampar sehingga pekak, murid tahun satu ditendang guru matematik, pelajar sekolah agama ditendang guru, dibaling kunci oleh guru. Sebabnya, tidak menyiapkan kerja rumah, tidak menghafal sifir, datang lambat ke sekolah, berbuat bising dalam kelas, tidak menghafal ayat al-Quran, tidak fokus kepada penerangan guru dan bergaduh.
Dari satu segi, pendekatan keras kepada murid bertujuan menjadi pengajaran, menyedarkan murid mengenai kesilapan mereka dan membuatkan mereka berubah sikap kepada lebih baik.
Apabila ditampar atau dihukum berdiri atas kerusi diharapkan mereka akan menjadi rajin menyiapkan kerja rumah. Dengan ditarik telinga kerana bising, diharapkan murid akan diam dan berubah sikap menjadi taat serta memberi tumpuan dalam kelas.
Namun, dari sudut lain, pendekatan sebegini menimbulkan banyak persoalan lain dan kesan sebaliknya. Apakah kesalahan tidak membuat kerja rumah, datang lambat, tertinggal buku wajar dihukum sebegitu? Apatah lagi yang melakukannya adalah budak kecil darjah satu atau tiga?
Pendekatan keras
Apakah dengan pendekatan kasar dapat mengubah sikap kanak-kanak menjadi prihatin, berminat mencari ilmu, membuat kerja rumah kerana cintakan ilmu dan tidak akan cuai menyelesaikan latihan diberikan. Atau sebenarnya membina rasa tidak yakin diri, takutkan dan tidak suka belajar.
Mungkin pendekatan keras berguna dalam keadaan tertentu, tetapi tidak dalam semua perkara. Apatah lagi kepada kanak-kanak kecil di sekolah rendah. Ia tidak selari dengan pendekatan pendidikan umum yang Nabi SAW tunjukkan.
Pendekatan Rasulullah SAW adalah indah, cantik, lembut, bertimbang rasa, memuji, mengajar dengan perlahan, sedikit demi sedikit, tidak mendesak sehingga memaksa seseorang memahami sesuatu sebelum masanya, menanam rasa cintakan ilmu, kurang mengherdik dan banyak memuji.
Pendekatan keras hanya datang sebagai alternatif terakhir kepada kesalahan berat yang melayakkan hukuman sebegitu iaitu apabila keadaan sangat memerlukan.
Sabda Rasulullah SAW: “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun.” (Riwayat Abu Daud)
Sebelum sampai umur tujuh tahun lagi ibu bapa sebenarnya sudah diminta menunjuk ajar, memujuk, mengajak anak mengerjakan solat bersama dan memuji apabila mereka melakukannya dengan baik.
Anak dididik dengan lembut, ajakan membina, diberi galakan dan pujian dari kecil sehingga berumur tujuh tahun, mereka akan berada dalam situasi mengerjakan solat adalah sebahagian daripada cara hidup.
Apabila sudah sebati dalam diri rasa cinta melakukan solat kerana faham kepentingan solat, maka pendekatan keras seperti menengking dan memukul tidak perlu digunakan. Jika selepas berumur 10 tahun, mereka meninggalkan solat dengan sengaja selepas dididik, maka barulah rotan hadir sebagai alat terakhir dalam mendidik. Itupun bukan untuk mencederakan, tetapi memberi pengajaran.
Ia juga menunjukkan menghukum kanak-kanak dengan rotan atau pukulan untuk kesalahan yang dianggap ‘berat’ tidak dilakukan sebelum umur 10 tahun. Bahkan pukulan tidak boleh dibuat di tempat sensitif seperti muka. Justeru, guru menampar anak murid bercanggah dengan sunnah.
Apabila cucu Rasulullah SAW memakan buah kurma yang diserahkan Baginda sebagai hasil zakat, Baginda tidak menggunakan kekerasan, sebaliknya mengambil balik kurma daripada dalam mulut cucunya dan berkata dengan lembut, “Tidakkah kamu tahu bahawa kita tidak boleh memakan barang zakat? (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pendekatan kasih sayang tegur kesilapan
Rasulullah SAW turut menjelaskan kenapa ia dilarang secara ringkas kepada cucunya yang masih kecil itu. Baginda tidak memukul cucunya atas kesalahan, tetapi menunjukkan ‘kasih sayang’ adalah asas untuk membetulkan kesilapan.
Jika sesuatu larangan dikenakan kepada mereka, ia juga perlu diberi rasionalnya supaya larangan bukan semberono tanpa alasan. Rasional larangan wajar diberitahu mengikut tahap kemampuan berfikir.
Jika dengan ahli keluarga kita diminta bercakap dengan lembut, mendekati dan membetulkan mereka dengan pendekatan berhikmah, positif dan kasih sayang, maka begitulah juga dengan orang lain, termasuklah murid yang berada di bawah tanggungjawab kita untuk mendidik mereka.
Ilmu ingin diajar kepada murid-murid seumpama barang berharga yang ditawarkan kepada mereka. Bagaimana mungkin pengguna suka menerima sesuatu jika ditawarkan dengan kasar, penuh kemarahan dan tiada kasih sayang.
Kita perlu menerima hakikat cabaran dilalui kanak-kanak hari ini dengan konsep dunia terbuka, media sosial dan cara hidup berbeza memerlukan guru mencari pendekatan pendidikan yang jauh lebih baik daripada sebelum ini.
Kata-kata Umar al-Khattab, “Ajarilah anak-anak kamu dengan urusan di zaman mereka, kerana mereka akan hidup di suatu zaman yang bukan lagi zaman kamu.”
Oleh Dr Nurhidayah Hashim (BH : Agama,; 9-1-2014)

Labels:
Sharing is caring...
Saturday, January 4, 2014
Syarat solat jenazah 4 takbir
Bagaimana caranya melaksanakan solat jenazah dengan betul. Jika ustaz tidak keberatan, mohon ditulis bacaan dalam solat jenazah. Saya lihat solat jenazah hanya mengangkat takbir. Solat jenazah berjemaah tetapi jika masuk lambat dan terlepas beberapa takbir bersama imam adakah perlu digantikan.
Ghazali,
Ampang, Selangor.
Solat jenazah TIDAK ADA rukuk, sujud, azan dan iqamat.
Cara mengerjakannya hendaklah berdiri, mengangkat takbiratul ihram (dengan mengucapkan Allahuakbar) berserta niat mengerjakan solat jenazah sambil meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas perut.
Kemudian hendaklah membaca surah al-Fatihah, kemudian takbir dan membaca selawat sekurang-kurangnya “Allahumma solli ‘ala Muhammad.”
Sebaik-baiknya hendaklah membaca, “Allahuamma solli ‘ala Muhammad wa’ala aali Muhammad, kama sollaita ‘ala Ibrahim wa’ala aali Ibrahim, wabaarik ‘ala Muhammad wa’ala aali Muhammad kama baarakta ‘ala Ibrahiim wa’ala aali Ibrahiim fil ‘alamiina innakahamidum majid.”
Syarat solat
Kemudian terus takbir lagi dan membaca doa “Allahummaghfir lahu warhamhu wa’afihi wa’fu ‘anhu.” Sebaik-baiknya membaca: “Allahuammaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu ‘anhu wa akrim nuzulahu wawassi’ madkhalahu waghsilhu bil maa’i wassalji walbaradi wanaqqihi minal khataya kama yunaqqas saubal abyadu minaddanasi waabdilhu daaran khairan min daarihi wa ahlan khairan min ahlihi wa zaujan khairan min zaujihi waqihi fitnatal qabri wa ‘azabin naar.”
Kemudian terus takbir lagi dan membaca sekurang-kurangnya “Allahumma la tahrimna ajrahu wala taftinna ba’dahu waghfir lana walahu.”
Lebih baik lagi jika membaca “Allahumma la tahrimna ajrahu wa taftinna ba’dahu waghfir lana walahu wali ikhwaninal lazina sabaquna bil imani wala taj ‘al fi qulubina ghillan lillazaina aamanu rabbana innaka ra ufun rahiim.” Kemudian memberi salam, maka selesailah solat jenazah.
Menghadap kiblat
Sebelum itu perlu diingat syarat-syarat solat jenazah seperti solat yang lain, perlu menutup aurat, suci dari hadas besar dan kecil, suci badan, pakaian dan tempatnya serta menghadap kiblat.
Kedua, mayat sudah dimandikan dan dikafankan.
Ketiga, letakkan jenazah menghadap kiblat kecuali solat dilakukan di atas kubur atau solat ghaib.
Jika seseorang lambat masuk solat jenazah yang dilakukan berjemaah dan terlepas beberapa takbir, maka dia hendaklah mengikut imam sekadar yang dia sempat. Selepas imam memberi salam, dia hendaklah menyempurnakan takbir yang tertinggal.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Bersolatlah kamu semua (mengikut imam) sekadar yang kamu sempat dan sempurnakanlah apa yang kamu tertinggal.” (Riwayat Abu Dawud)
* Oleh Ustaz Zahazan Mohamed (BH-5-1-2014)

Subscribe to:
Posts (Atom)