* berdasarkan pengalaman anak aku selama 5 jam... (Sesi Pagi, 10pagi - 3 petang)
Sempat sertai 8 daripada 43 kerja yang disediakan:
1) C.S.I - K.Z.P.D. Crime Scene Investigation
2) KPJ Emergency Room
3) FITTERS - Fire Station
4) Marrybrown Burger Shop
5) NSTP
6) KidZania National College
7) Air Asia Flight Attendant & Simulator
8) BHPetrol Service Station
INFO:
1) C.S.I - K.Z.P.D. Crime Scene Investigation
- Tempoh Masa: ambil masa panjang.
- Selesaikan kes.
- Ada pakaian seragam dan banyak peralatan digunakan.
- Terima gaji dalam matawang Kidzos.
2) KPJ Emegency Room
- Tempoh Masa: ambil masa sederhana.
- Menguruskan dan merawat pesakit dalam ER.
- Ada pakaian seragam dan banyak peralatan digunakan.
- Terima gaji dalam matawang Kidzos.
3) FITTERS - Fire Station
- Tempoh Masa: ambil masa panjang.
- Menaiki jentera Bomba untuk ke tmpt kejadian kebakaran.
- Ada pakaian seragam dan banyak peralatan digunakan.
- Terima gaji dalam matawang Kidzos.
4) Marrybrown Burger Shop
- Tempoh Masa: ambil masa sederhana.
- Menyediakan burger
- Ada pakaian seragam dan banyak peralatan digunakan.
- Tiada gaji, perlu bayar 15 Kidzos sebab dapat burger.
- Masa terbaik untuk sertai kerja ini: Waktu Tengah hari (waktu lapo)
5) NSTP
- Tempoh Masa: ambil masa sederhana.
- Jadi Wartawan atau Penghantar akhbar.
- Tiada pakaian seragam
- Terima gaji dalam matawang Kidzos. Jika sudah pergi KidZania National College tunjukkan kad Bachelor of Journalism (akan terima gaji lebih)
6) KidZania National College
- Tempoh Masa: ambil masa sederhana.
- Belajar dan Exam.
- Graduate sebagai Bachelor of Journalism
- Tiada gaji, perlu bayar 8 atau 10 Kidzos.
7) Air Asia Flight Attendant & Simulator
- Tempoh Masa: ambil masa sangat lama.
- Jadi flight Attendant atau Pilot
- Kurang menarik minat anak, sebab kapal terbang gerak sendiri. tiada interaksi dua hala.
- Terima gaji dalam matawang Kidzos.
8) BHPetrol Service Station
- Tempoh Masa: ambil masa sederhana.
- Jadi mat bangla, isi minyak.. baru ka lama ka... hahaha
- Terima gaji dalam matawang Kidzos.
PANDUAN:
1) Sila datang awal agar berada barisan paling depan. 1/2 jam sebelum mula operasi.
2) Parking hanya RM3 sekali masuk.
3) Kesesuaian pakaian anak: Yang Selesa (sudah pasti menutup aurat).
4) Sesi pagi sesuai bagi yang muslim sebab tak ganggu waktu solat. FYI, surau disediakan.
5) Makanan luar tidak dibenarkan, air minuman boleh.
6) Untuk jimatkan kos, sarapan awal sebab makanan dan minuman dalam tu boleh tahan regenya.
7) Hampir waktu tengah hari, bawa anak bekerja di tempat makanan (Restoran). Tapi perlu bayar dalam matawang Kidzos untuk dapat kerja sebab kebanyakannya akan dapat makanan. Dapat jimatkan belanja.
8) Baki Matawang Kidzos yang masih ada boleh diguna untuk redeem barang atau buka akaun di CIMB KidZania (syarat: mesti tidak kurang 50 Kidzos). Akan dapat kad ATM untuk urusan pengeluaran di bandar KidZania jika berkunjung ke sini semula.
9) Gambar anak-anak anda boleh ditempah di Gerai Sony. (boleh tahan regenya) Imbas gelang KidZania anda pada panel scanner untuk lihat gambar mereka.
TAK SETUJU:
1) Sebab ada disko (tempat hiburan), pengaruh tidak elok kepada anak-anak. So, pantau anak-anak anda..
2) Sepatutnya Peta bandar Kidzania dikemaskini agar pelanggan tak kecewa bila tempat kerja yang ingin disertai masih dalam pembinaan. Paling kurang letak 'coming soon' atau 'akan datang' pada Peta bandar Kidzania bagi kerja yang masih belum beroperasi.
INFO LANJUT:
http://www.kidzania.com.my/
No comments:
Post a Comment