Tempat meluahkan rasa hati aku...
Hanya Allah-lah penganugerah taufiq dan Dia-lah pembimbing kepada jalan yang benar. Ya Allah, terimalah dari kami amalan kami ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.
An-Nisa - Ayat 59
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Pengkaji wajib teliti sanad kecuali daripada Bukhari, Muslim
KITA sering mendengar dan membaca teks hadis Rasulullah SAW sama ada di surau, masjid serta media massa. Penyampaian itu sama ada secara teks asal atau terjemahan sangat baik dan digalakkan.
Namun, suatu perkara yang selalu diambil ringan dalam proses penyampaian sesuatu hadis adalah berkaitan sumber dan kesahihannya daripada Nabi SAW. Oleh itu, sewajarnya penceramah, penulis atau pengkhutbah Islam berhati-hati dalam memilih dan menyebarkan hadis Rasulullah SAW.
Usaha menjadikan hadis sebagai sumber sandaran hujah amat dialu-alukan tetapi ada beberapa disiplin ilmu hadis diabaikan oleh mereka yang menggunakan hadis. Antaranya memastikan hukum hadis itu sahih atau tidak.
Ini boleh dilakukan dengan mengutip hukum klasifikasi hadis oleh pengarang, pengtahqiq (pengulas) atau melalui kajian sanad oleh pengguna hadis sendiri. Namun, ada beberapa perkara penting dalam membuat penilaian hukum hadis dalam sesuatu karya.
Mereka yang mengutip hadis dalam karya sahih al-Bukhari dan sahih Muslim tidak perlu membuat kajian sanad hadis itu kerana hukum semua hadis kedua-duanya adalah sahih. Al-Bukhari dan Muslim hanya meriwayatkan hadis sahih dengan sanad yang baik.
Kewujudan hadis dalam salah satu karya sahih itu sudah memadai untuk menghukum hadis sahih dan tidak perlu membuat kajian sanad lagi kerana matlamat kajian sanad adalah untuk mengetahui sahih atau tidak sesuatu hadis.
Al-Nawawi menjelaskan, perbezaan antara karya sahih (al-Bukhari dan Muslim) dengan karya lain adalah kedua-duanya tidak perlu diteliti lagi, bahkan wajib beramal dengan hadisnya. Karya lain perlu diteliti dan didapati memenuhi syarat sahih. Pendapat ini adalah mazhab ahli hadis, bahkan Ibn al-Salah menyatakan hadis dalam kedua-dua karya tersebut adalah sahih secara qat’i (muktamad).
Pengkaji hadis perlu menyatakan hukum hadis dalam karya selain sahih al-Bukhari dan sahih Muslim kerana hadis dalam karya lain ada yang sahih dan ada yang tidak.
Pernyataan hukum boleh dimasukkan daripada tiga sumber iaitu menyatakan hukum hadis yang dinyatakan oleh pengarangnya; menyatakan hukum hadis yang dinilai oleh pengtahqiq atau penilaian kendiri oleh pengguna hadis melalui pengkajian sanad.
Penyataan hukum hadis terutama dalam penulisan perlu kerana tidak semua karya hadis selain karya sahih al-Bukhari dan sahih Muslim mengandungi hadis sahih.
Adalah tidak memadai sesuatu hadis itu dikatakan sahih hanya semata-mata kewujudannya dalam kitab seperti Sunan Abi Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan al-Nasa’i kerana pengarang karya ini tidak meriwayatkan hadis sahih saja.
Justeru, menjadi kewajipan pengkaji hadis membuat penelitian sanad dan menghukum hadis dalam karya itu. Selain itu, hukum sesuatu hadis sama ada sahih atau daif (lemah) mempunyai pertalian yang rapat dengan perawi sanad.
Perlu diingatkan sesuatu hadis yang sanadnya dinilai sebagai daif tidak bermakna matan (teks) hadis itu juga daif. Kita jangan terlalu pantas menghukum sesuatu hadis itu sahih kerana semua perawi sanadnya sahih.
Daif sanad tidak bererti matannya juga daif. Hadis yang sanadnya daif boleh menjadi sahih dengan kewujudan sanad lain bagi matan itu. Begitu juga sanad sahih tidak bermakna hadis juga sahih kerana mungkin terdapat syadh (keganjilan) atau ‘illat dalam matan.
Satu aspek yang sering diperhatikan dalam kalangan pelajar dan pencinta hadis yang memberi hukum hadis berdasarkan pandangan seorang penulis karya biodata rawi.
Contohnya, oleh kerana perawi disebut daif dalam satu karya perawi, maka ia dianggap daif dan hadisnya ditolak. Kita perlu berhati-hati dan jangan lekas menghukum.
Al-Laknawi menjelaskan: “Wajib ke atas kamu untuk tidak tergesa-gesa menghukum jarh terhadap seorang perawi hanya semata-mata kerana penilaian sebahagian pengkritik sanad, melainkan engkau mesti meneliti kebenaran hal itu. Masalah ini amat penting dan banyak justifikasinya.
“Kamu tidak berhak menerima penilaian seluruh orang yang mengkritik terhadap perawi yang mana pun. Kerap kali terdapat suatu hal yang menghalang diterima suatu kritikan, antaranya pengkritik itu sendiri kadang-kadang seorang yang dikritik. Oleh yang demikian, penilaian pengkritik sanad tidak boleh diterima begitu saja sehingga terdapat penilaian yang sama daripada orang lain.”
Oleh kerana kelainan persepsi pengkritik sanad membicarakan seseorang perawi, pengkaji perawi hadis dianjur cermat dan tidak melulu menghukum seseorang perawi sebagai daif dengan hanya berpandukan kepada penilaian sesetengah ahli pengkritik sanad.
Artikel diambil dari ruangan Agama dalam Berita Harian 24 Ogos 2011
MALAM lailatul qadar turut dikaitkan dengan beberapa riwayat menceritakan sebab diturunkan surah al-Qadr yang menjadi rujukan setiap Ramadan untuk mengingatkan umat Islam anugerah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Dikisahkan dalam satu riwayat oleh Ibn Hatim dan al-Wahidi, Rasulullah SAW pernah menyebut seorang Bani Israel yang berjuang fisabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Kaum Muslimin mengagumi perjuangan orang itu. Maka Allah menurunkan surah al-Qadar, ayat 1-3.
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa dalam kalangan Bani Israel terdapat seorang lelaki yang suka beribadah malam hari hingga pagi dan berjuang memerangi musuh pada siang harinya. Perbuatan itu dilakukan selama seribu bulan.
Sahabat kagum dan iri hati dengan lelaki Bani Israel yang beribadah dan berjihad selama seribu bulan sedangkan ajaran Islam baru disebarkan Nabi, ramai yang masuk Islam pada umur 40 tahun atau lebih. Sehingga sisa waktu mereka hanya 20-30 tahun saja.
Justeru itulah, turun ayat mengenai lailatul qadar untuk direbut kelebihannya yang menyamai beribadat selama seribu bulan. Maka, digalakkan kita memperbanyakkan solat, zikir, doa, bertadarus, membaca al-Quran, bersedekah, dan berjihad di jalan Allah pada malam lailatul qadar.
Malam lailatul qadar terjadi pada malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan (malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29).
Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan dan Baginda bersabda yang bermaksud: Carilah malam qadar pada malam ganjil dari 10 malam terakhir dari Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Ibnu Umar: “Bahawa beberapa sahabat Nabi melihat lailatul qadar dalam mimpi tujuh malam terakhir, maka barang siapa mencarinya hendaklah ia mencari pada tujuh malam terakhir.” (Muttafaq Alaih)
Ibnu Abbas menyatakan bahawa Nabi bersabda bermaksud: “Carilah lailatul qadar pada malam 10 yang terakhir dari (bulan) Ramadan. Lailatul qadar itu pada sembilan hari yang masih tersisa, tujuh yang masih tersisa dan lima yang masih tersisa.” (Hadis riwayat Bukhari)
Tanda-tanda malam lailatul qadar seperti diriwayatkan daripada Ubay, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Pagi hari malam lailatul qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (Hadis riwayat Muslim)
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, dan keesokan harinya cahaya sinar matahari melemah kemerah-merahan.” (Hadis riwayat Tayalisi, Ibnu Khuzaimah, Bazzar)
Mengisi malam lailatul qadar, Nabi Muhammad SAW beriktikaf di masjid, Baginda bersolat wajib dan sunat, membaca al-Quran, berzikir serta berdoa.
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan (solat malam/tarawih) kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)
Adapun ciri-ciri orang yang mendapat malam lailatul qadar adalah dia beribadah lebih rajin daripada sebelumnya.
Artikel diambil dari ruangan Agama dalam Berita Harian 24 Ogos 2011
Setiap manusia memiliki sejarah silam dalam kehidupan...
Ada yang dulunya jauh daripada Allah kini hanya pada Allah dia berserah diri...
Malah ada juga sebaliknya...
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati sanubari kita...
Seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, Sura An-Nahl, Ayat 125:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
Terima kasih Allah kerana membuka pintu hati aku dan isteri menerusi lagu ini.
Keindahan lirik, muziknya mendorong kami melakukan penghijrahan...
Alhamdulillah... Terima kasih Allah SWT
Ya Allah jangan Kau bolak balikkan hati kami selepas Kau beri petunjuk... Amin!
Thank You Allah
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Artist: Maher Zain Album: Thank You Allah Copyright: Awakening Records 2009
Ya Allah, padaMu aku berserah diri dan padaMu aku memohon pertolongan... Moga kau berikan Umrah mabrur, kesihatan dan dijemput sebagai tetamu paling istimewa...
Istimewa buat keluargaku.. Pada hari lahirku... InsyaAllah..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
IMAM al-Qurthubi menjelaskan, Allah SWT menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi manusia.
Menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, peringatan dan hukum-hakam, serta perbezaan antara haq dan batil.
Sempena Ramadan, marilah kita dengan penuhi iman dan takwa bermuhasabah apakah selama ini kita mengambil al-Quran seperti Allah SWT perintahkan atau hanya beriman dengan sebahagian daripada al-Quran atau mengabaikannya?
Bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat Allah (al-Quran), dan di kalangan kamu ada rasul-Nya (Muhammad SAW). Sesiapa pegang teguh kepada (agama) Allah, ia beroleh petunjuk hidayah ke jalan betul (lurus) - Surah Ali-Imran, Ayat 101 Kebanyakan kita hanya berusaha menjaga jasad al-Quran. Kita tidak meletakkan al-Quran di lantai, di kerusi atau tempat lain yang tidak sesuai. Kita marah jika mendapati sesiapa saja tidak menjaga al-Quran.
Kita turut marah apabila mendengar dan melihat al-Quran dipijak, dikoyak, dibakar atau dibuang. Kita tidak berdiam diri jika al-Quran dihina atau dipermainkan dalam apa bentuk sekalipun.
Amat dikesali kerana segelintir umat Islam hanya menjaga jasad al-Quran, tetapi tidak menghayati kandungannya, menerapkan segala perintah dan larangannya.
Umat Islam sensitif dan marah apabila al-Quran dihina, tetapi perbuatan mereka sendiri seolah-olah 'menghina atau mengetepikan' al-Quran dengan tidak mengamalkan ajaran di dalamnya.
Mimbar juga bimbang ada umat Islam hanya menjadikan al-Quran sebagai perhiasan, disimpan di rumah dan hanya digunakan untuk hal mistik seperti menjadikannya azimat, tangkal, pelaris, penolak bala dan pengusir syaitan.
Mereka juga lebih suka mengambil al-Quran sebagai 'kitab magik' yang boleh menguntungkan jualan, memurahkan rezeki, berubat, menghalau hantu dan kepentingan peribadi lain.
Mimbar ingin mengingatkan semua Allah SWT menurunkan al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih daripada itu. Membaca al-Quran adalah ibadah (sunat) dan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya wajib.
Bagi mereka yang tidak memikul amanat Allah SWT yang diturunkan melalui al-Quran, Allah membuat perumpamaan yang hina ke atas mereka. Firman Allah yang bermaksud:
"Bandingan orang yang dipikulkan kepadanya Kitab Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya, samalah seperti keldai yang memikul kitab besar. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." (Surah al-Jumu'ah, ayat 5)
Bayangkanlah jika ada orang yang mengatakan kepada kita, anda seperti keldai. Apakah perasaan kita?
Apalagi yang menyatakan itu ialah Allah SWT yang kita harapkan keredaan dan keampunan-Nya. Orang beriman, bertakwa dan mengharapkan reda Allah tentu takut akan perumpamaan itu.
Persoalan besar apakah jawapan kita apabila Allah SWT melontarkan soalan kepada mereka yang membaca al-Quran seperti dalam ayat 101, surah Ali-Imran.
Firman Allah bermaksud: "Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat Allah (al-Quran), dan di kalangan kamu ada rasul-Nya (Muhammad SAW). Sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, sesungguhnya ia beroleh hidayah ke jalan betul (lurus)."
Ayat ini menunjukkan ada umat Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan sunnah di sisinya disebabkan mereka ingkar ayat Allah.
Antara pendekatan yang mengangkat martabat umat ialah dengan mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh sebagai acuan kehidupan.
Oleh itu, mimbar menyeru marilah bersama mengambil manfaat untuk meningkatkan ketakwaan dan mengubah segala kelakuan buruk kita dengan mengamalkan segala isi kandung al-Quran supaya kehidupan kita lebih diredai Allah SWT.
Sent from my iPad Artikel diambil dari segmen Agama di laman web Berita Harian Online.
125 Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
126 Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
127 Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
Daripada Abu Hurairah, Rasullullah Sallallahu'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan, namun bulan ini berlalu sementara dosa-dosanya masih belum diampuni." (Riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)
Secebis ilmu untuk mengukuhkan iman aku... Moga pembaca juga dapat manfaatnya...
Disalin dari Ustaz Mohd Kazim Elias Facebbok Wall... Terima kasih ustaz..
Sian motor ni.. Lama tak servis..
Belt dah nazak... kena tukar.. 1 set RM110, Pastu satu lagi gear dah haus besinya.. Alhamdulillah Allah beri perlindungan... , 1 set RM165, tukar minyak hitam dan minyak gear.. semua RM295..
Yang paling penting... selamat... boleh beribadah dan memohon kemaafan pada Allah...
Terima kasih Allah...
Alhamdulillah... Tapi nampaknya aku dan isteri terpaksa menolak... Bukan kerana nak hantar ke sekolah swasta atau sekolah yang lebih baik... Cuma rasa ingin membuat perubahan dalam kaedah memberi pendidikan awal pada anak...
Walaupun sebelum ini, aku dan isteri belajar hingga ke menara gading tapi kami tidak sempurna dalam aspek Iman dan Islam..
Selepas mendapat nasihat ustaz, orang tua dan rakan2.. Ada yang +ve dan sebaliknya.. Syukur, hari demi hari Allah berikan petunjuk.. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui...
So, kali ini kami cuba menerapkan Islam dan Iman sejak awal untuk anak-anak kami... InsyaAllah, kami akan hantar anak ke Tahfiz.. Moga Allah mempermudahkan usaha kami ini..
Amin...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Alhamdulillah... Ramadan tiba lagi... Terima kasih ya Allah atas peluang ini... Pada bulan mulia ini genaplah setahun hidayah Allah pada aku dan isteri.. Bermula dengan niat kecil aku untuk mengerjakan umrah... syukur impian menjadi tetamu istimewa ke tanah haram itu dimakbulkan Allah.. Moga umrah kami umrah yang mabrur..
Sejurus kembali, kami bertekad mengerjakan semua suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya...
Untuk tujuan itu, aku dan isteri cuba mempastikan solat berjemaah secara kerap, berpuasa sunat, bersedekah...
Kini kami berusaha mendekatkan lagi diri kami pada pencipta dengan bertadarus sepanjang Ramadan...
Moga niat kami untuk khatam al-Quran pada Ramadan 2011 ini dipermudahkan dan mendapat keberkatan serta keredaan Allah SWT..
InsyaAllah...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone