Salam...
Menarik artikel ini.. Aku meminati cara Dr ni mengurus keluarganya... Korang blum baca artikel ini lagi?
Jom baca sat..
Didik anak cara Islam
MENDIDIK anak haruslah berlandaskan ajaran Islam. Malah, pengajaran yang diterapkan ibu bapa sedari kecil amat penting. Bak kata pepatah, mencorak anak seperti melukis di kanvas putih. Ini bermakna, melentur buluh biarlah daripada rebungnya supaya anak lebih mudah mentaati kedua-dua orang tua.
Malah, sabda Rasulullah SAW; “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun, berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia di tapak kakinya (sebagai pengajaran)”
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan, tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.
Bersandarkan pedoman itu, Dr Abdul Hayei dan isterinya, Wan Zainab Wan Adam - masing-masing berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, menyuntik input Islam sekali gus mengawal anak-anak mereka daripada pergaulan bebas serta sentiasa ‘berjaga-jaga’.
Asuhan itu mampu mengeratkan silaturahim dan hubungan kerohanian antara ibu bapa dan keluarga, sekali gus anak selesa untuk berkongsi masalah, perasaan, berbual dan memudahkan proses menyelami perasaan dan tumbesaran mereka.
Jika diperhatikan senario semasa, tidak keterlaluan jika dikatakan, kebanyakan ibu bapa masa lebih selesa melepaskan tuntutan mengasuh anak kepada pembantu rumah dan nurseri. Mereka juga cenderung mengambil sikap lepas tangan dalam hal pergaulan dan perkembangan harian anak-anak.
Bagi Dr Abdul Hayei Abdul Shukor dan isteri, membesarkan tujuh cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 32 tahun bukanlah satu tugas mudah. Apatah lagi membesarkan mereka di ibu kota yang mudah terdedah dengan persekitaran sosiologi negatif.
Sehubungan itu, beliau dan isteri sepakat tidak mahu menggunakan khidmat pembantu rumah. Mereka juga tidak memanjakan anak dengan kemewahan wang ringgit dan barangan. Sebaliknya, mereka bersikap sederhana dalam semua hal selain mengamalkan konsep mesra, mengenali rakan dan keluarga rakan anak mereka serta menghantar anak ke destinasi yang dituju bagi mengawal pergerakan dan aktiviti mereka.
“Misalnya, jika si anak menyatakan hasrat untuk ke rumah rakan, saya dengan rela hati akan menghantar dan mengambil anak. Apabila kita berbuat demikian, secara automatik kita akan tahu dan mengenali dengan siapa anak kita berkawan. Bukankah seseorang itu dinilai daripada faktor dengan siapa beliau berkawan dan jenis kawan-kawannya?," kata Wan Zainab yang juga bekas guru sekolah agama di Kota Bharu, Kelantan.
Tegasnya, pengalaman sebagai guru mematangkan diri untuk mendalami keletah anak-anak. Beliau yang yang berperwatakan lembut, bernasib baik kerana diimbangi dengan karektor tegas suami. Wan Zainab selesa berbincang dan merujuk kepada suami jika berlaku masalah dalam mengurus dan membesarkan anak-anak.
Beliau berkata, kaedah itu menjadikan hubungan ahli keluarga akrab hinggakan kebanyakan anak lebih suka dan selesa bergaul sesama sendiri, berbanding menghabiskan waktu terluang bersama rakan sekolah atau kenalan di kawasan perumahan.
"Adik beradik mereka ramai dan umur pun sebaya. Mungkin didikan dari kecil dan kerap bersama membuatkan mereka selesa berkawan sesama sendiri sekali gus mengeratkan ikatan ukhwah antara mereka," katanya.
Anak ketiga pasangan ini, Afaf, 26, berkata bapanya seorang yang tegas namun penyayang. Selain itu, bapanya juga tidak lokek memberi perhatian kepada keluarga jika ada masa lapang selain menghabiskan masa beriadah atau makan bersama.
“Kami akan makan di Restoran Arab sambil berbual dan bercerita mengenai perkembangan masing-masing. Lagipun, sukar untuk berkumpul bersama-sama kerana tuntutan kerja dan menyambung pelajaran,” katanya.
Dr Abdul Hayei berkata, beliau setiap masa mengambil perhatian terhadap perihal anak-anaknya. Jelasnya, biar jauh di mata, namun perkembangan dan aktiviti anak tetap dipantau melalui teknologi terkini terutama khidmat pesanan ringkas (sms).
Artikel diambil dari Akhbar Berita Harian 5 Mac 2011
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tempat meluahkan rasa hati aku... Hanya Allah-lah penganugerah taufiq dan Dia-lah pembimbing kepada jalan yang benar. Ya Allah, terimalah dari kami amalan kami ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.
An-Nisa - Ayat 59
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
Topik hangat!
Sharing is caring...
(76)
anak
(30)
umrah
(22)
isteri
(10)
Mari mengaji
(9)
Tanya ustaz
(9)
Ramadan
(8)
solat
(8)
Kembara masjid
(7)
Doa
(6)
Hadith
(6)
al-Quran
(6)
breakfast
(6)
Abdul Rahman Assudais
(5)
Kuching
(5)
Makkah
(5)
Masjid
(5)
haji
(5)
syukur
(5)
Ibadat
(4)
Madinah
(4)
Maher Zain
(4)
Tahfiz
(4)
Ustaz Don
(4)
al-Fatihah
(4)
dugaan
(4)
Allah
(3)
Blackberry
(3)
Facebook
(3)
KLCC
(3)
Lee Chong Wei
(3)
Lin Dan
(3)
Masjid Nabawi
(3)
Sejarah Al-Quran
(3)
Solat Hajat
(3)
Solat Subuh
(3)
bongsu
(3)
ilmu
(3)
kesihatan
(3)
wife
(3)
All England
(2)
Anniversary
(2)
Cuti-cuti
(2)
Imam
(2)
Islam
(2)
Manchester United
(2)
Oldtown White Coffee
(2)
Rasulullah SAW
(2)
Raudhah
(2)
Solat Jumaat
(2)
Tragedi
(2)
YouTube
(2)
al-Baqarah
(2)
arwah
(2)
badminton
(2)
hajat
(2)
home work
(2)
insurans
(2)
kuliah
(2)
poklong
(2)
radiasi
(2)
rindu
(2)
roadtax
(2)
rumah sewa
(2)
sakit
(2)
supper
(2)
ziarah
(2)
2010
(1)
Asb
(1)
Bacalah...
(1)
Berita Harian
(1)
Biodata
(1)
Bulan
(1)
Canterbury
(1)
Durian
(1)
FOS
(1)
Gigi
(1)
Hari Istiwa
(1)
Hari Pekerja
(1)
Holiday Villa a.k.a Grand Margarita
(1)
Hotel
(1)
Ikan Terubuk Masin Satok
(1)
Impiana KLCC
(1)
Innalillah
(1)
InsyaAllah
(1)
KL Twin Towers
(1)
Khairat
(1)
Lailatul qadar
(1)
Lelah
(1)
Livina
(1)
Malaysia
(1)
Male or female?
(1)
Menara Berkembar Petronas
(1)
Modal insan
(1)
Nasyid
(1)
Negaraku
(1)
Osama Bin Laden
(1)
PappaRich
(1)
Pusat Sains Negara
(1)
Qiamullail
(1)
Renew
(1)
Restoran Mahbub
(1)
Siapa aku
(1)
Solat Tahajjud
(1)
Streamyx
(1)
Sujud Sahwi
(1)
Swatch
(1)
TM
(1)
Tahlil
(1)
Tartil
(1)
Tawaf Wida
(1)
Twin Towers
(1)
Ulang Tahun
(1)
Waterfront
(1)
Yee Mee Claypot
(1)
adab
(1)
air auam
(1)
alpha
(1)
atok
(1)
atuk
(1)
belanja
(1)
bonus
(1)
botak
(1)
cekodok
(1)
cucu
(1)
cukai
(1)
dance
(1)
delicious
(1)
demam
(1)
dhuha
(1)
didik
(1)
discaj
(1)
fitness
(1)
gunting
(1)
guru
(1)
hijjaz
(1)
hutang
(1)
iblis
(1)
ibu
(1)
iftar
(1)
income tax
(1)
internet
(1)
joging
(1)
kabus
(1)
kerja
(1)
khemah
(1)
khutbah
(1)
kipas
(1)
lapar
(1)
lega
(1)
lembaga hasil
(1)
lesen
(1)
modem
(1)
muntah
(1)
muslim
(1)
naik kapal
(1)
nenek
(1)
penawar penyakit
(1)
petunjuk
(1)
pindah
(1)
piramid makanan
(1)
polis
(1)
rambut
(1)
renggang
(1)
setan
(1)
suami
(1)
syaitan
(1)
tahajud
(1)
teh o suam
(1)
tudung
(1)
upin ipin
(1)
uri
(1)
vaccin
(1)
vaksin
(1)
warded
(1)
wuduk
(1)
zakat fitrah
(1)
zikir
(1)
Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™
-
Saya selalu berulang-alik dari Perak ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Biasanya saya menaiki bas di Pudu Raya ketika hampir Maghrib. Say...
Friday, March 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment