1001 alasan akan diluahkan bagi menunjukkan kita sudah berusaha... tetapi tetap ada benteng yang menghalangnya... alasan penat, tiada masa sudah jadi bait sinonim yang kita dengar... tambahan pula dengan asakan bisikan syaitan yang memang tak pernah putus asa menyesatkan kita dengan janji palsunya...
So tahun ni aku cuba set matlamat yang aku fikir dalam ruang kemampuan dan aku jangka ianya boleh dicapai sehingga akhir 2015.
Matlamatnya... menyahut cabaran anak sulung aku supaya habiskan hafalan surah-surah pendek dalam juz amma... Naufal kata, "Apa kata ayah habiskan hafal Juz Amma tahun ini. Ayah mula hafal baris demi baris setiap selepas solat fardhu. InsyaAllah"
Wow! boleh ke? see... dah keluar satu alasan... kurang keyakinan diri... Dahh.. jom mulakan sekarang.. tak guna tulis pepanjang...
Surah-surah dalam Juz Amma |