Tempat meluahkan rasa hati aku... Hanya Allah-lah penganugerah taufiq dan Dia-lah pembimbing kepada jalan yang benar. Ya Allah, terimalah dari kami amalan kami ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.
An-Nisa - Ayat 59
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
Topik hangat!
Sharing is caring...
(76)
anak
(30)
umrah
(22)
isteri
(10)
Mari mengaji
(9)
Tanya ustaz
(9)
Ramadan
(8)
solat
(8)
Kembara masjid
(7)
Doa
(6)
Hadith
(6)
al-Quran
(6)
breakfast
(6)
Abdul Rahman Assudais
(5)
Kuching
(5)
Makkah
(5)
Masjid
(5)
haji
(5)
syukur
(5)
Ibadat
(4)
Madinah
(4)
Maher Zain
(4)
Tahfiz
(4)
Ustaz Don
(4)
al-Fatihah
(4)
dugaan
(4)
Allah
(3)
Blackberry
(3)
Facebook
(3)
KLCC
(3)
Lee Chong Wei
(3)
Lin Dan
(3)
Masjid Nabawi
(3)
Sejarah Al-Quran
(3)
Solat Hajat
(3)
Solat Subuh
(3)
bongsu
(3)
ilmu
(3)
kesihatan
(3)
wife
(3)
All England
(2)
Anniversary
(2)
Cuti-cuti
(2)
Imam
(2)
Islam
(2)
Manchester United
(2)
Oldtown White Coffee
(2)
Rasulullah SAW
(2)
Raudhah
(2)
Solat Jumaat
(2)
Tragedi
(2)
YouTube
(2)
al-Baqarah
(2)
arwah
(2)
badminton
(2)
hajat
(2)
home work
(2)
insurans
(2)
kuliah
(2)
poklong
(2)
radiasi
(2)
rindu
(2)
roadtax
(2)
rumah sewa
(2)
sakit
(2)
supper
(2)
ziarah
(2)
2010
(1)
Asb
(1)
Bacalah...
(1)
Berita Harian
(1)
Biodata
(1)
Bulan
(1)
Canterbury
(1)
Durian
(1)
FOS
(1)
Gigi
(1)
Hari Istiwa
(1)
Hari Pekerja
(1)
Holiday Villa a.k.a Grand Margarita
(1)
Hotel
(1)
Ikan Terubuk Masin Satok
(1)
Impiana KLCC
(1)
Innalillah
(1)
InsyaAllah
(1)
KL Twin Towers
(1)
Khairat
(1)
Lailatul qadar
(1)
Lelah
(1)
Livina
(1)
Malaysia
(1)
Male or female?
(1)
Menara Berkembar Petronas
(1)
Modal insan
(1)
Nasyid
(1)
Negaraku
(1)
Osama Bin Laden
(1)
PappaRich
(1)
Pusat Sains Negara
(1)
Qiamullail
(1)
Renew
(1)
Restoran Mahbub
(1)
Siapa aku
(1)
Solat Tahajjud
(1)
Streamyx
(1)
Sujud Sahwi
(1)
Swatch
(1)
TM
(1)
Tahlil
(1)
Tartil
(1)
Tawaf Wida
(1)
Twin Towers
(1)
Ulang Tahun
(1)
Waterfront
(1)
Yee Mee Claypot
(1)
adab
(1)
air auam
(1)
alpha
(1)
atok
(1)
atuk
(1)
belanja
(1)
bonus
(1)
botak
(1)
cekodok
(1)
cucu
(1)
cukai
(1)
dance
(1)
delicious
(1)
demam
(1)
dhuha
(1)
didik
(1)
discaj
(1)
fitness
(1)
gunting
(1)
guru
(1)
hijjaz
(1)
hutang
(1)
iblis
(1)
ibu
(1)
iftar
(1)
income tax
(1)
internet
(1)
joging
(1)
kabus
(1)
kerja
(1)
khemah
(1)
khutbah
(1)
kipas
(1)
lapar
(1)
lega
(1)
lembaga hasil
(1)
lesen
(1)
modem
(1)
muntah
(1)
muslim
(1)
naik kapal
(1)
nenek
(1)
penawar penyakit
(1)
petunjuk
(1)
pindah
(1)
piramid makanan
(1)
polis
(1)
rambut
(1)
renggang
(1)
setan
(1)
suami
(1)
syaitan
(1)
tahajud
(1)
teh o suam
(1)
tudung
(1)
upin ipin
(1)
uri
(1)
vaccin
(1)
vaksin
(1)
warded
(1)
wuduk
(1)
zakat fitrah
(1)
zikir
(1)
Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™
-
Saya selalu berulang-alik dari Perak ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Biasanya saya menaiki bas di Pudu Raya ketika hampir Maghrib. Say...
Friday, May 31, 2013
Lima pesanan penting Rasulullah
Baginda SAW merumuskan peristiwa Israk dan Mikraj dengan beberapa pesanan penting dalam sabdanya: Pada waktu malam Israk dan Mikraj, Allah SWT telah memberikan lima pesanan berguna, antaranya:
Janganlah engkau terlalu cenderungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
Jabir bin Abdullah berkata: Pada suatu hari sewaktu saya bersama Baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lantas dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata: Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu? Maka Rasulullah SAW berkata: Dunia itu adalah impian orang yang tidur. Bertanya orang itu lagi: Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah? Berkata Rasulullah SAW: Satu kumpulan manusia yang berada dalam syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam neraka Sair.
Jadikan cintamu hanya kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
Firman Allah SWT: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa kamu, dan anak kamu, dan saudara kamu, dan isteri (atau suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik (derhaka). (Surah at-Taubah, ayat 24)
Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga kerana tiada istilah rehat semasa di dunia.
Imam Ahmad Bin Hambal apabila ditanya bilakah manusia akan merasakan kerehatan? Jawabnya: Manusia akan merasai kerehatan selepas kakinya melangkah ke syurga. Adapun sebelumnya tiada istilah yang bernama rehat.
Janganlah menaruh harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak berkuasa mengubah sesuatu pun.
Orang mukmin akan berputus asa dengan makhluk kerana makhluk tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kerana kekuatan sebenar adalah kekuatan Allah SWT. Dia bertawakal dan berserah diri hanya kepada Allah SWT.
Galakan mengerjakan solat tahajud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ini adalah kerana malam mempunyai kelebihan tersendiri sehingga Allah SWT memilih peristiwa penting ini pada malam hari. Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu berqiamullail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan dan mengusir penyakit dari badan. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi)
Rujukan: Sudut Agama di BHOnline
Labels:
Rasulullah SAW
Monday, May 20, 2013
'Kuasa' Doa...
Salam,
Pagi tadi usai solat Subuh terus bermunajat dan berdoa pada Allah lebih skit daripada biasa... mohon perjalanan seharian dipermudahkan... moga isteri dan kandungan selamat dan sihat...
Pagi ni bawa wife temujanji di Hospital Putrajaya... sebelum ini, nak dapat parking kereta sangat susah kalau sampai di hospital jam 9pagi... hari ni... datang terus ada... sampai aje, ada kereta hamba Allah nak keluar... Nombor giliran pun cepat dipanggil... hmmm... kebetulan? aku yakin itu bantuan daripada Allah... kalau kita tak minta, macam mana Dia nak beri... Alhamdulillah permintaan pagi tadi diperkenankan... 'kecil tapi signifikan'...
Thanks Allah!

Saturday, May 11, 2013
Tanggungjawab seorang Muslim
Anda Muslim?
Tidak kira anda adalah golongan pendidik (guru atau ustaz), ibu atau ayah, tanggungjawab memperkenalkan perkataan akhlak kepada anak dan murid adalah sangat digalakkan. Tujuannya, tidak lain hanyalah agar mereka terdidik dengan didikan akhlak yang baik.
Namun, apabila pendidikan akhlak diabaikan, kepincangan moral pasti berlaku tambahan dalam generasi baru ini. Maka, ketika itu, kita akan lihat bukan kata guru, ibu bapa sendiri pun mereka lawan. Malah, lebih membimbangkan lagi apabila ada yang sanggup bertindak lebih ganas sehingga mencederakan.
Kita bertanya mengapa semua ini terjadi? Jawapannya adalah kerana mereka merasakan bahawa guru bukanlah orang yang sepatutnya dihormati. Sedangkan hormat menghormati ini hadirnya daripada pelajaran akhlak. Tidak diajarkan kepada mereka, maka mereka akan jahil.
Akhlak yang terpuji, mulia, hina dan akhlak rendah adalah antara pelajaran yang terdapat dalam pendidikan akhlak. Jadi, jika perkara ini tidak ditekankan, maka janganlah kita salahkan mereka andai tidak berakhlak baik dan menghancurkan hati kita suatu hari kelak.
Buat rakan yang bergelar guru... laksanakan amanah dengan sabar... Lahirkan semula generasi berakhlak yang semakin pudar dewasa ini.
Jom sama-sama kita laksanakan Tanggungjawab seorang Muslim sebaik mungkin dengan disertai hati yang ikhlas hanya kerana Allah mulai hari ini...
"Solat kita, Akhlak kita"

Subscribe to:
Posts (Atom)