An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Wednesday, May 30, 2012

DiGi memang the smarter choice...

Hari ni nak kongsi pengalaman aku dengan telco ni.. Memang diketahui ramai line dia tak lah wide sgt berbanding pesaingnya.. Tapi aku tetap loyal dgnnya sebab:
1) Tiada hidden charge
2) Jimat
3) Customer Service TERBAIK! - mmg A class operatornya... siap call customer semula tanya masalah dah solve ke blum.. Sgt prihatin..
4) Tethering tak kena charge tambahan.
5) Full Unlimited Internet yang sebenar.. Tiada caj tambahan jika melepasi had kapasiti MB yang ditetapkan.. Hanya perlahankan speed.. Bermakna still ada internet..
6) Urusan tukar@downgrade Smart Plan sgt mudah.
7) Aku dah survey kat forum berkenaan telco lain.. Hanya Maxis yang setanding Customer service dia.. Tapi Maxis banyak hidden caj.. Kalau kita kurang ambil tahu pasal plan... Pasti terkena... Telco yang lagi satu, mmg banyak complaint dari user pasal CService nya...

So, berapa bintang aku beri: 9/10
Ini pandangan aku aja... Berdasarkan 10 tahun pengalaman dgn DiGi sejak 2002 kalau tak silap..
Wallahualam...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 29, 2012

10 pesanan jadi isteri solehah


  • Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  • Mendengar dan mentaati suami.
  • Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  • Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  • Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  • Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  • Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  • Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  • Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.

Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.
Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.
Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah.

Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”

Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga.
Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.

Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.”

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”

Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.”

Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.

Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.

Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”

Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur.

Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga.

Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.

Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.

Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.

Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.”

Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.

Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...

    Sunday, May 27, 2012

    Model replika Masjid al-Haram di Muzium Kesenian Islam Malaysia

    Model replika Masjid al-Haram, Makkah


    MINAT terhadap seni berciri Islam kini berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Berikutan itu, pada Disember 1998, Muzium Kesenian Islam Malaysia terbesar di rantau Asia Tenggara diwujudkan.

    Bangunan yang berkeluasan 30,000 meter persegi dan terletak bersebelahan Masjid Negara ini memiliki lebih 7,000 artifak, juga perpustakaan khas bagi peminat buku seni Islam.

    Dari sekecil-kecil artifak seni hingga sebesar-besar model replika Masjid al-Haram di Makkah ada dipamerkan. Antara hasil artifak seni yang sempat dirakam: Apa itu Hadis dan sifat-sifat Nabi? dan Masjid Imam (Masjid Shah) - Isfahan

    Jadi, bagi sesiapa yang berhajat untuk mengunjungi Makkah dan Madinah atau ingin mendapatkan aura Umrah dan Haji, apa kata kita lihat dulu keindahan senibina dua masjid suci ini.

    Bagi yang berkelapangan, tambahan pada musim cuti sekolah ini, jom  berkunjung ke Muzium Kesenian Islam Malaysia hari ini.


    INFO:  

    Waktu Operasi

    Galeri dan Kedai Cenderahati
    Isnin hingga Ahad: 10pagi-6petang
    Cuti Umum: 10pagi-6petang

    Bayaran masuk

    Dewasa - RM12
    Pelajar (dgn ID) - RM6
    Warga Emas - RM6
    Kanak-kanak - PERCUMA

    *Kamera boleh dibawa masuk.


    *Bagaimana ke sana?


    Maklumat lanjut berkenaan pameran layari lama web Muzium Kesenian Islam Malaysia.


    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Saturday, May 26, 2012

    Apa itu Hadis dan sifat-sifat Nabi?

    Hadis Al-Bukhari: Al-Jami' Al-Sahih

    Hadis merujuk kepada kata-kata, tindakan, persetujuan dan sifat-sifat fizikal dan akhlak Nabi Muhammad SAW.

    Hadis mempunyai kedudukan yang penting disisi al-Quran.

    Ini kerana Allah swt didalam beberapa ayat, telah memerintahkan orang-orang beriman untuk mengikut kedua-duanya sekaligus.

    Al-Quran biasanya menyampaikan ajaran Islam secara umum, manakala Hadis akan menerangkan dan menterjemahkannya kepada tindakan.

    Dengan demikian ia dianggap sumber undang-undang yang utama didlam juriprudens Islam disamping Al Quran.

    Org Islam diperintahkan utk memerhatikan akhlak dan tingkah laku Nabi serta mencontohinya didalam kehidupan.


    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Masjid Imam (Masjid Shah) - Isfahan

    Abad ke 17 M/ abad ke 11 H

    - dikenali Masjid Shah berabad lamanya.
    - kini dinamakan semula sbg Masjid Imam.
    - mula dibina pada 1611M tetapi x selesai sehingga 1630.
    - puncak pencapaian senibina Shah Abbas I.

    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Wednesday, May 16, 2012

    Cara urus uri mengikut garis panduan Islam...

    Dulu aku juga hampir-hampir terpengaruh mengenai cara pengurusan uri mengikut amalan turun temurun... Alhamdulillah... hati ini sangat kuat memberitahu ada yang tak kena dengan cara ni... Dengan paparan artikel yang diambil dari segmen Agama akhbar Berita Harian ini... moga-moga tidak ada lagi kepercayaan khurafat dalam hal pengurusan uri ini...

    Islam larang perkara khurafat dalam pengurusan uri

    SETIAP bayi yang dilahirkan keluar bersamanya uri atau dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai ‘kembar bayi’. Uri atau tembuni atau plasenta dalam Bahasa Arab dikenali sebagai al-mashimah.

    Uri, organ dalam rahim yang bersambung dengan janin melalui tali pusat berfungsi membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Namun, masih ada yang masih tidak tahu bagaimana pengurusan uri mengikut Islam sehingga mengundang perkara khurafat.
    Banyak faktor menyumbang berlakunya perkara itu antaranya kurang perhatian dan kesedaran. Kebiasaannya, bapa bayi hanya memikirkan keadaan bayi yang baru dilahirkan, seterusnya menyerahkan tugas menguruskan uri kepada orang tua mereka.
    Di samping itu, tidak dinafikan pendedahan maklumat yang jelas berkenaan pengurusan uri mengikut Islam sama ada melalui ceramah mahupun penulisan ilmiah yang mudah dicapai dan difahami masyarakat awam masih kurang.

    Ketua Program Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Malaysia (USIM), Dr Irwan Mohd Subri, berkata banyak perkara khurafat dilakukan umat Islam berhubung pengurusan uri.

    Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama paku dan benda-benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.

    Perkara ini amat membimbangkan kerana jika tidak diperbetulkan dengan memberikan panduan Islam sebenar, ia dapat merosakkan akidah seseorang Muslim.
    Irwan menjelaskan, adalah tidak benar dan berasas sebahagian masyarakat kita yang suka mengaitkan perkara berlaku terhadap kanak-kanak sama ada baik atau buruk dengan akibat terhadap pengurusan uri.

    Ini seperti mana larangan Rasulullah SAW ketika mana kematian anaknya, Ibrahim, dikaitkan dengan gerhana matahari dan bulan.

    Masyarakat di Kampung Ayer, Brunei, tidak menanam uri bayi sebaliknya hanya memasukkan uri dalam bungkusan plastik yang disangkut di dahan pokok di sebuah pulau tidak berpenghuni.

    Islam agama yang syumul meliputi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam konteks pengurusan uri ini, Islam menetapkan beberapa garis panduan seperti dijelaskan Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) bahawa hukum menanam uri bayi adalah harus.

    Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri untuk ditanam di tempat masing-masing.

    Berdasarkan keterangan itu, jelas menunjukkan uri bayi hendaklah ditanam selari dengan apa yang diperintahkan dalam hadis diriwayatkan Hakim daripada Aisyah yang mafhumnya, “Nabi SAW telah memerintahkan supaya ditanam tujuh perkara daripada manusia iaitu rambut, kuku, darah, haid, gigi,

    Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunah USIM, Dr Irsyadulhaq Abdullah, berkata hikmah Islam memerintahkan uri bayi ditanam adalah sebagai tanda penghormatan kepada uri itu kerana ia sebahagian anggota manusia dan manusia makhluk yang dimuliakan Penciptanya.

    Tuesday, May 15, 2012

    Jom sahut cabaran tuntut ilmu!


    InsyaAllah...
    Bekalan dunia dan akhirat..
    Selamatkan keluarga anda dari api neraka..
    Ya Allah pilihlah kami sebagai hambaMu yang soleh dan berakhlak mulia...
    Benarkanlah kami menghuni syurgaMu tanpa hisab... Amin!

    Tq Ustaz Don...
    Allahuakbar...
    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Sunday, May 13, 2012

    Bersabarlah sahabatku...

    Hatiku terusik dan fikiranku terganggu sikit minggu ni...
    Semasa pulang ke kampung halaman untuk ziarah parents.. Aku terserempak dengan sahabat lama aku... Dia baru pulang dari kedai fotostat sebagai persediaan memohon kerja baru... Yang sedihnya... Dia bukan seperti dulu.. Dia kini ditimpa musibah... Bahagian anklenya patah dan terpaksa pakai tongkat akibat dilanggar kereta ketika bertugas dan berada di ICU tanpa sedarkan diri selama dua hari.... Walaupun kecederaannya boleh dianggap tidak serius, tapi mengenangkan tanpa kerja tetap.. Anak yatim.. Dan Aku.. Dilimpahi nikmat... Sangat memberi kesan pada aku.. Insaf dan bersyukur adalah perkataan yang paling sesuai utk aku katakan... Alhamdulillah Allah beri aku kesempatan utk membuat kebaikan.. Sahabat... Ketahuilah.. Ujian Allah tanda sayangnya pada kamu... Bersabarlah..
    InsyaAllah ada kelapangan aku ziarah lagi.. Apa yang termampu akan aku bantu...

    Ya Allah permudahkanlah urusannya dan murahkanlah rezeki serta maafkanlah dia...
    Amin...

    Terima kasih Allah atas nikmat Mu pada ku...
    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Beli keperluan dapur..

    Alhamdulillah...
    Kali ni beli dgn berhemah.. Ikut senarai keperluan... Menabung utk perancangan masa depan... Moga Allah permudahkan...Amin!
    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Friday, May 11, 2012

    Aku terima nikahnya...

    Jom isi masa pi majlis ilmu bersama Ustaz Kazim Elias di Surau Al-Mustaqim di AU5C/8, pagi ini..

    Thanks Allah...
    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Jom muhasabah diri!

    Allah Maha Besar!

    Mari sama-sama kita merenung ke dalam mata hati... Cukupkah bekalan kita? Bersediakah kita? Sudah  terampunkah segala dosa-dosa kita?

    Jom muhasabah diri...


    Good job

    Kerdilnya kita di dunia ini...


    Mengapa kita terlalu angkuh untuk bersujud meminta ampun pada Allah?

    Ikuti video pengembaraan ke galaksi ciptaan Yang Maha Esa... Subhanallah...


    Semoga usaha pentadbir laman pengembaraanmencarituhan.blogspot.com diberkati Allah.. Amin!

    Thursday, May 10, 2012

    Rahsia Surah Al-Kahf


    Mengapa Rasulullah menyuruh kita membaca Surah Al-Kahf setiap Jumaat?
    Banyak kelebihan dan kebaikan untuk kita...

    Jom sama-sama kita mencari jawapannya...

    Tinggal kenangan...

    Sayu hati aku.. Banyak kenangan bersamanya.. Ada sebab kenapa kereta ini menjadi sebahagian perjalanan hidup aku... Walau ramai yang mengatakan rugi beli kereta ni dulu.. Terima kasih Allah atas nikmatMu...
    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Wednesday, May 9, 2012

    7 tips untuk terus BERJAGA selepas Subuh...


    Jom sama-sama perbaiki diri kerana Allah supaya kita menjadi insan yang terbaik setiap hari.. insyaAllah..

    Here are 7 ways to help you stay up after Fajr:
    1. Go to bed early and rest 
    2. Untie your three knots 
    3. Perform the prescribed dhikr after Fajr 
    4. Aim to pray Duha 
    5. Recite/reflect/memorize Quran
    6. Exercise
    7. Have a list of tasks ready

    Ketahui huraian lanjut tips berkenaan di http://www.productivemuslim.com/

    Amalan doa seharian...

    Berdoalah!

    Layari laman web Fortification of the Muslim (Hisnul Muslim) untuk dapatkan doa-doa amalan sepanjang hari...

    Ganjaran pahala berasaskan amalan, bukan angan-angan

    DARIPADA Abu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang nabi pun yang diutuskan Allah kepada umatnya sebelumku ia mempunyai penyokong daripada umatnya dan sahabat yang berpegang dengan sunnahnya dan mereka taat dengan perintahnya. Kemudian selepas mereka, muncullah beberapa penggantinya yang suka berkata, tetapi tidak melakukannya dan melakukannya sesuatu yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan tangannya maka dia adalah mukmin. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan lidahnya maka dia adalah mukmin dan sesiapa yang berjuang menentang dengan hatinya maka dia adalah mukmin, tetapi jika semua itu tiada maka sama sekali tiada keimanan walaupun sebesar biji sawi.” (Hadis riwayat Muslim)

      Menentang orang yang menyalahi syarak dengan perbuatan dan perkataan adalah dituntut. Ketiadaan penolakan kemungkaran dengan hati adalah tanda ketiadaan iman. Kata Abdullah ibn Mas'ud: “Binasalah orang yang tidak mengenal yang makruf dan mungkar dengan hatinya.”

      Benci kepada kemungkaran adalah dalil kuat iman dan tidak menghiraukan kemungkaran adalah dalil lemahnya iman. Setiap orang wajib menolak atau menghapuskan kemungkaran menurut kemampuannya.

      Jauhkan diri daripada tergolong dalam golongan orang yang derhaka terhadap Allah dan rasul-Nya. Kewajipan bagi mereka yang beriman dan mengetahui ialah memberi penjelasan kepada orang jahil dengan ajaran yang baik.

      Setiap orang digalakkan melakukan perkara baik dan dilarang melakukan perkara merosakkan iman.

     Reda dengan dosa adalah berdosa dan reda dengan kufur adalah kufur. Selemah-lemah iman seseorang itu ialah mengatasi kemungkaran hanya dengan berdoa saja dan tidak didapati darjat keimanan seseorang yang lebih lemah daripada itu.

      Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus, Nabi SAW bersabda: “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat mengenai dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredai.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

      Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong.

    Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...

    Tuesday, May 8, 2012

    Jom doakan anak-anak kita jadi insan soleh...

    Ya Allah,
     Pilihlah anak-anakku sebagai penghafaz kalimah-kalimah suciMu,
    Jadikanlah mereka insan soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan orang tua mereka,
    Redhailah dan berkati mereka supaya mereka menjauhi perkara tercela dan memiliki akhlak mulia,
    Terangkan hati mereka agar segala ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat sesama insan lain...
    Amin!

    Terima kasih Allah!

     Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Sunday, May 6, 2012

    Jom tonton LIVE TV Makkah dan Madinah...

    Alhamdulillah... Kerinduan pada kedua-dua tanah suci terubat selepas terjumpa laman web ini... Marilah sama-sama manfaatkan nikmat ini... Terima kasih pada pembangun laman web www.MakkahLive.Net.

    Tonton LIVE stream dari Makkah Al-Mukarramah. Dibawa oleh IHeartMakkah 24/7 insyaAllah...


    Tonton LIVE stream dari Madinah Al-Munawarroh. Dibawa oleh IHeartMakkah 24/7 insyaAllah...