An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Thursday, December 27, 2012

Hukum istimewa dalam al-Quran: Tashil


Alhamdulillah... Ilmu baru saya perolehi...
Ya Allah kau murahkan rezeki dan tinggikan darjat ustaz ini...

Apa itu 'Tashil'?
- Salah satu ilmu tajwid.
- Adalah bunyi bacaan diantara huruf 'hamzah' dan 'alif'.
- Hukum tajwid ini hanya ditemui sekali dalam al-Quran iaitu pada Surah Fussilat (41), ayat 44, muka surat 481.
- Jom belajar menerusi video rakaman 30 minit Ustaz Don @ tv alhijrah...


Surah Fussilat (41), ayat 44, muka surat 481.

Maksudnya: 
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".


* Untuk mendalami ilmu Quran perlukan guru.. Talaqi bersama-sama guru adalah yang terbaik... Wallahualam

Monday, December 10, 2012

Tanda-tanda Yakjud dan Makjud masuk dalam satu kampung: Ustaz Kazim Elias

Jom tonton video bertajuk Azan dan Iqamah ini.

Part 1

Part 2

Part 3


Pengisian:

- Hukum azan dan iqamah - Sunat
- Syarak azan dan iqamah untuk solat fardhu sahaja
- Selepas azan, sebelum iqamah - sunat berdoa kerana waktu mustajab berdoa.
- Makruh ketika azan berkumandang kita berbual, sangat-sangat dibenci.. Malah Nabi memberi peringatan kepada kita: "Di antara punca-punca orang yang tidak boleh mengucap ketika berlaku kematian ialah berbual-bual ketika bilal mengumandangkan azan."

- Tanda-tanda Yakjud dan Makjud masuk dalam satu kampung/kawasan:

1) Apabila azan sudah tidak ada, maknanya, sembahyang jemaah tak wujud dan masjid tak berfungsi itulah tanda-tanda maksiat banyak dalam kampung itu. Bila dah jadi macam itu halallah Allah turunkan bala.

Sunday, December 2, 2012

Jom amalkan doa ini...

Tahukah anda...
"Orang-orang beriman itu hati mereka tenteram dengan ingat (zikir) kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan ingat kepada Allah, maka hati tenteram." - Ar-Rad: 28
Jom amalkan doa ini..

Wednesday, October 17, 2012

Boleh jamak solat di rumah


Saya selalu berulang-alik dari Perak ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Biasanya saya menaiki bas di Pudu Raya ketika hampir Maghrib. Saya berniat untuk melakukan jamak ta’khir (menunaikan solat Maghrib dalam waktu Isyak) semasa bas berhenti di mana-mana hentian rehat dan rawat (R&R). Masalahnya, ada kala bas tidak berhenti sehingga sampai depan  rumah. Jadi bagaimana status solat jamak kerana saya bukan lagi seorang musafir.

Ahmad,
Ipoh.


Apa yang penting untuk diketahui adalah perbezaan sebab yang membolehkan jamak dan qasar. Jamak dan Qasar walaupun kedua-duanya adalah rukhsah (kemudahan) dalam solat,  tetapi sebab yang mengharuskan qasar dan jamak adalah berbeza.

  Faktor  membolehkan seseorang qasar adalah berada dalam keadaan musafir sedangkan faktor membolehkan jamak adalah kerana kesulitan yang dalam istilah fekah disebut sebagai ‘masyaqqah’.

  Jika berlaku kesulitan seperti yang dibenarkan syarak, maka seseorang boleh jamak solat walaupun tidak berada dalam keadaan musafir. Demikian juga sebaliknya, seseorang boleh qasar solat walaupun tidak mengalami apa-apa kesulitan asalkan dia berada dalam keadaan musafir.

  Oleh itu, ada sebahagian ulama menfatwakan bahawa apabila seseorang telah sampai ke sesuatu destinasi contohnya sampai di Kuala Lumpur untuk berkursus, maka sebaik saja sampai, hilanglah rukhsah jamak bagi dirinya kerana dia lagi tidak berada dalam kesulitan.

  Mungkin dia tinggal di hotel yang entah berapa bintang dan tempat kursus pun mungkin di hotel yang sama, serba-serbi mudah, tekan butang lif saja sudah sampai di pintu bilik. Walaupun begitu, rukhsah qasar tetap berlaku kerana dia dikira masih dalam musafir.

 Mazhab Syafie

  Tetapi Mazhab Syafie mengira selama seseorang berada dalam musafir dia tetap berada dalam kesulitan berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Musafir itu secebis dari azab (berada dalam kesukaran).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  Jadi, apabila seseorang sudah sampai ke destinasinya dan berada di situ tidak melebihi dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan hari berangkat pulang) dan dalam tempoh itu beliau tidak berniat untuk bermukim, maka beliau masih dikira berada dalam keadaan musafir.

  Dan selama mana berada dalam keadaan musafir, beliau dianggap masih mempunyai kesukaran tertentu seperti  dinyatakan dalam hadis.

  Imam Ibnu Hajar al Asqalani mentafsirkan azab dalam musafir itu sebagai rasa tidak selesa yang mungkin berlaku akibat daripada  perjalanan seperti lenguh-lenguh, sakit badan dan sebagainya.

  Pada hari ini, ada juga orang yang tidak tahan dengan penghawa dingin dalam bas mengakibatkan   selesema, batuk-batuk tidak dapat tidur dan pelbagai lagi, terutama kepada golongan  berumur.

 Oleh itu, kesukaran yang mendapat pertimbangan syarak dan kerana itu walaupun sudah sampai ke destinasi, rukhsah untuk jamak masih ada kerana kesukarannya masih belum hilang sepenuhnya.

Dibolehkan jamak

   Bagi menjawab soalan tuan, tiada masalah untuk jamak solat kerana jamak memang disyariatkan dan urusan bas adalah di luar kawalan kita. Ada pemandu bas yang memang tidak ambil berat soal ini walaupun sudah diingatkan.

  Jika anda tidak sempat jamak solat semasa dalam perjalanan dan sampai ke destinasi seperti rumah sendiri, kolej penginapan bagi pelajar atau seseorang berniat untuk mukim di tempat itu empat hari atau lebih, maka dibolehkan jamak secara tertib, solat Maghrib dulu kemudian Isyak secara berturut-turut.

Jamak, qasar berturut-turut
 
Jika destinasi itu bukan tempat bermukim atau tiada niat untuk tingga lebih dari empat hari, maka dia dianggap dalam musafir, dibolehkan jamak dan qasar secara berturut-turut.


Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian muka 33 (18 Oktober 2012) oleh Azhar Abdul Wahab. Terima kasih... 

Tuesday, October 16, 2012

Jom mula kitar semula...

Salam,

Have you read verse 56 of chapter 7. الأعراف in the Holy Quran?

وَلا تُفسِدوا فِى الأَرضِ بَعدَ إِصلٰحِها وَادعوهُ خَوفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحمَتَ اللَّهِ قَريبٌ مِنَ المُحسِنينَ

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 5, 2012

Intai catan sahabat 'Sublime Images' di Arti Gallery

Jumaat lalu sempat meluangkan masa hadir ke pameran solo sahabat di Arti Gallery... Perkara pertama yang berlegar dikepala... Dia berjaya menjadi dirinya... Syukur Alhamdulillah... Tahniah bro!

Seperti tersurat pada halaman 10, Arif, Pernyataan Diri dan Yang Tersembunyi (2012):

"Ketika usia yang masih tengah-tengah, membikin satu pameran solo adalah sejenis kekuatan. Lebih-lebih lagi, ketika kawan-kawan seangkatan ada yang sedang mewah-mewah tidur selesa dalam kamar berhawa dingin, atau tiap hari ulang-alik bekerja di kantor besar dengan jawatan berjela-jela. Arif tidak.

Dia tidak memilih itu semua. Dia telah membuat pilihan. Bila? Saya tak tahu. Kecuali pesan kecil agama kami, "suatu itu bermula dengan niat", dan pesan kecil ramai cikgu-cikgu agama, "kita dapat apa yang kita niatkan", dan pesan kecil mak-abah kita, "buat baik balas baik, buat jahat balas jahat". Semua itu, dekat-dekat"

Memang kamu kuat... Kamu miliki keistimewaan tersendiri...

Moga Allah murahkan rezeki kamu... Berikan kesihatan dan dikurniakan cetusan idea kreatif yang melimpah ruah...

Siapa dia?
Arif Fauzan Othman
Rakan SMZ R1 Wangsa Maju

Ingin tinjau catan miliknya?

Venue: ARTI Gallery, 23-2A, 2nd floor, Jln 2/4C, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Tel: 03-41613969 (Hafiz) or 019-2664486 (Yusri).

*tak pasti pameran sampai bila, sebarang info hubungi nombor telefon tertera...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 3, 2012

Pesanan Ustaz Azhar Idrus untuk suami/isteri


"Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka." - Hadis dari Abu Sa'id

Saturday, September 29, 2012

Tweets by Wardina Safiyyah

Setuju...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Mempermudah Ibadah Haji

Alhamdulillah...

Antara inti pati pembentangan Bajet 2013:

143. Sekali lagi kita memasuki musim panggilan Haji menuju Baitullah. Dalam Bajet 2012, saya telah mengumumkan pencarum KWSP boleh membuat pendaftaran awal menunaikan rukun ke 5 ini melalui penghadangan Akaun 2 sebanyak 1,300 ringgit. Alhamdulillah, setakat ini, seramai 51,528 pencarum telah menggunakan inisiatif ini. Sebagai langkah tambahan untuk membantu bakal-bakal haji, saya ingin mengumumkan bahawa bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga 3 ribu ringgit.

 Lihat Teks Ucapan Bajet 2013

Monday, September 24, 2012

Bagaimana cara perbetul solat jika tertinggal rukun solat selagi belum beri salam...

Rukun Solat: Tertib (Bahagian 2)

Tertib - Ikut susunan
Jika ada kesilapan, kekurangan atau kelompangan dalam solat bagaimana cara kita memperbetulkannya?
Sebenarnya, jika tertinggal rukun solat dan kita tak bagi salam lagi, solat tak batal kecuali terkentut..

Ketahui cara membetulkan solat  jika berlaku kejadian tertinggal rukun solat dan kita masih belum beri salam... Jom tonton video di bawah..


Terima kasih Ustaz Don!

Sunday, September 23, 2012

Nabi sedih umat cuai solat

Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya.

Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah SWT meninggikan darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang. Ibadah solat adalah cara ibadah seluruh penghuni langit dan bumi.

Cuai kerana urusan dunia

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri (solat) kepada Allah Azzawajalla." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).

Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang yang beriman."(An-Nisa : 103).

Abu Hurairah RA meriwayatkan: "Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap: “Ah...andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah...aku sungguh menyesali umatku."

Rasulullah menangis

“Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “Siapa?" tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.”

“Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?”

“Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah.” “Apa yang harus kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam : 59).

“Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?”
“Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).

Abu Darda' berkata: “Hamba Allah yang terbaik adalah yang memperhatikan matahari, bulan dan awan untuk berzikir kepada Allah, yakni untuk mengerjakan solat.” Diriwatkan pula bahawa amal yang pertama kali diperhatikan oleh Allah ialah solat. Jika solat seseorang cacat, maka semua amalnya akan ditolak.

Perintah ahli keluarga bersolat

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”

“Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir." (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda'). Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).

Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online oleh Ibrahim Abdullah. Terima kasih... 

Thursday, September 20, 2012

Berbakti kepada ibu

Yang utama didahulukan... InsyaAllah...

Imam Daud meriwayatkan dari Kulaib bin Manfaah dari datuknya bahawa dia pernah menghadap Rasulullah seraya berkata: "Ya Rasulullah, kepada siapa aku harus berbakti?"
Baginda menjawab: "Ibumu,ayahmu,saudara perempuanmu,saudara lelakimu dan pemimpinmu. Itu merupakan hak yang wajib engkau tunaikan."

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 19, 2012

Dengan siapa kamu duduk?

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara) akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan (bukan mahram) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.

5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat pada Allah.

8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

Wallahua'lam.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, September 17, 2012

Maksud hadis riwayat Abu Dawud & AnNasa'ie

Sabda Rasulullah s.a.w.: Hai Mu'adz, demi Allah, sesungguhnya aku amat sayang kepadamu, oleh itu janganlah engkau lupa membaca pada penghujung setiap solat(mu):
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 13, 2012

Isi khutbah Jumaat 14 Sept 2012

Antaranya,

Hadis riwayat Tirmizi:
Kata Rasullullah, org yang paling baik adalah orang yang panjang umurnya dan baik pula akhlaknya.. Begitu juga sebaliknya..

Siapa org paling muflis: Orang yang membawa bekalan solat, puasa dan zakat tapi banyak menganiaya orang ketika di dunia..

Marilah menjadi hamba yang berakhlak mulia, bergaullah dengan rakan yang baik-baik..dan kasihilah sesama manusia.. Moga Allah dan malaikat mengasihi kita... Amin!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 12, 2012

Melukis bersama anak-anak...

Kesian pada anak-anak... Selalu aku balik kerja lambat... Sesekali luang masa bersama mereka macam ni best juga...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, September 10, 2012

Masjid Khalid Al Walid

Alhamdulillah sangat tenang bersolat di sini...

Saturday, September 8, 2012

Mari menderma...

Alhamdulillah tahun ni dapat menderma darah... Tahun lepas tidak dibenarkan menderma sebab tidur kurang dari 5 jam...

Sebenarnya banyak kriteria untuk kita jadi penderma darah ni... Antaranya:

1) Sihat pada hari pendermaan
2) Umur 18-60 tahun
3) Berat > 45kg
4) Tidur > 5 jam
5) Tidak ambil ubatan dalam tempoh 4eminggu sebelum hari pendermaan
6) Sudah makan sebelum menderma

Jom jadi penderma...Moga amalan kita diterima Allah dan diberi ganjaran pahala bagi bekalan kita di sana nanti...

Makluman:

Bermula 2012, Pusat Darah Negara akan di BUKA pada setiap Sabtu dan Ahad.

Masa pendermaan darah:
Sabtu: 8 pagi hingga 4 petang
Ahad: 8 pagi hingga 4 petang
Hari Cuti Kelepasan Am: 8 pagi hingga 4 petang

Sebarang pertanyaan hubungi: 03-26955557/5599/5590

Maklumat lanjut layari: www.pdn.gov.my

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, September 7, 2012

Silverlit: Kereta kawalan jauh comel, hadiah buat anak

Aku dan isteri bercadang untuk memberi hadiah kepada anak-anak.. Selepas berbincang, kami buat keputusan untuk menghadiahkan mereka Playstation 2 atau PS3...

Keputusan ini dibuat sebab lihat anak sepupu seronok meluangkan masa bermain video game itu ketika kami hadir ke rumah mereka...

Walaubagaimanapun, selepas berfikir panjang, banyak kesan buruk jangka panjang akan timbul dan mungkin mempengaruhi akhlak anak..

So, kami membuat keputusan meraikan mereka dengan sebuah kereta kawalan jauh..

Alhamdulillah memang anak-anak seronok!
Banyak aspek yg kami pertimbangkan bagi mencari kereta kawalan jauh yang VALUE for money, antaranya:

1) Penggunaan jumlah bateri paling minimum
2) Bersaiz kecil supaya menjimatkan pengunaan kuas bateri
3) Mudah di kawal
4) Ada ciri tambahan menarik: boleh on dan off lampu

Thursday, September 6, 2012

Program selawat dan ziarah Syawal 2012

Alhamdulillah.. Tahun kedua sertai program ini.. Kali ini bawa dua askar untuk pendedahan awal..
Program macam ni mmg baik utk rapatkan silaturahim antara jiran...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 5, 2012

Wanita solehah permata suami

Bijak tangani masalah, sedar tanggungjawab didik keluarga

Allah SWT mengurniakan keupayaan intelektual dan kognitif untuk berfikir kepada makhluk-Nya bergelar manusia. Dengan kemampuan itu, manusia diberikan kebebasan membuat pilihan, mahu taat dan patuh secara sukarela, atau mengingkari seruan mentauhidkan Allah serta tahu akibatnya.

Kapasiti menggunakan akal dianugerahkan Allah yang akan membezakan manusia dengan makhluk lain. Malaikat dikurniakan akal tanpa nafsu, menjadikan mereka makhluk paling taat serta tidak langsung membantah segala ketetapan dan perintah Allah.
Sementara haiwan melata diberikan nafsu tanpa keupayaan akal sofistikated, sehingga mereka hanya mampu bertindak menuruti keperluan nafsu syahwat semata-mata.

Individu yang memilih jalan ketakwaan, ketaatan dan keimanan akan mendapat kemenangan serta kejayaan besar. Sementara mereka yang memilih dengan penuh sedar jalan kefasikan, kemungkaran dan kemunafikan, akan menempa azab sengsara yang berkekalan.

Firman Allah SWT: “Demi jiwa (manusia) dan penyempurnaan (kejadiannya). Maka (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawa kepada ketakwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya; dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya.” (Surah Asy-Syams, ayat 7-10)

Peluang manusia buat pilihan

Dengan penuh kasih sayang Allah SWT, diberikan petunjuk kepada manusia melalui perutusan para Rasul dan Nabi yang membawa kitab petunjuk, panduan menerangi jalan kehidupan. Maha adil Allah yang memberikan peluang terbuka seluas-luasnya untuk manusia membuat pilihan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa memaksa kita menyembah zat-Nya yang Maha Tinggi dan Mulia, namun Dia lebih suka hamba-Nya menyerahkan diri mereka serta kembali kepada-Nya dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.

Suntikan capai status soleh, solehah

Tiada bezanya jalan ketaatan seorang wanita dan seorang lelaki yang mahu mencapai status soleh dan solehah di sisi Allah SWT. Mereka mestilah memastikan dua suntikan ini mampu dilaksanakan terlebih dulu.

Pertama, menyuntik akal dengan ilmu pengetahuan yang sahih dan benar, manakala yang kedua, menyuntik hati dengan iman serta takwa kepada Allah SWT.

Seorang wanita mestilah mencapai tahap kecerdasan dan kecerdikan yang tinggi untuk meraih gelaran solehah. Dia akan mencari-cari dan mengutip semua permata ilmu berharga di mana saja dia menemuinya.

Motivasi tinggi mendorong wanita solehah menggunakan potensi akal yang luar biasa dalam menentukan keputusan kritikal. Wanita solehah bukan seorang yang sekadar menurut membabi buta, perempuan biasa yang tiada minat kepada ilmu pengetahuan dan penambahbaikan diri.

Dia tidak boleh menumpang tuah suami atau bapanya yang tersohor dengan perilaku dan amalan soleh selama ini. Belum tentu dia boleh diterima secara automatik masuk ke Jannah Allah kerana sudah puluhan tahun menjadi isteri mithali kepada suami yang terkenal soleh dan warak.

Wanita harus mampu menggerakkan akalnya dengan berfikiran kritis dan sentiasa menagih penjelasan bagi setiap yang kabur dan belum difahaminya. Akalnya tajam, pemerhatiannya mendalam dan kesimpulannya mengagumkan.

Tak dipengaruhi emosi dangkal

Penuh keyakinan diri, wanita cerdik yang solehah mampu menganalisa situasi dengan objektif dan tidak semata-mata dipengaruhi emosi yang dangkal.

Dia menyedari tugas dan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini memerlukannya keluar dari zon selesa, menjalankan fungsinya dengan efektif di samping memberi manfaat sebanyak mungkin kepada orang lain.

Kepintaran wanita solehah menguruskan kehidupannya dan keluarga memberi nilai tambah yang tiada bandingannya kepada suami, anak serta keluarganya. Dia bijak membahagikan masa, ruang dan peluang 24 jam sehari semalam yang dikurniakan Allah untuk kebajikan manusia yang lain.

Ayuh, tingkatkan keazaman di hati untuk menjadi wanita cerdik yang solehah, yang akan menjadi obor penerang kemajuan wanita Muslim, di mana juga mereka berada.



Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online oleh Harlina Halijah Siraj. Terima kasih... 

*Moga saya menjadi suami soleh agar menjadi permata pada isteri, anak-anak dan keluarga...

Monday, September 3, 2012

Fikiran bercelaru...

Ya Allah maafkan aku..
Ampunkanlah segala dosa-dosa ku...
Hamba Mu ini dalam kegelisahan..
Kurniakanlah ketenangan pada jiwaku..
Apa yang berlaku adalah kehendakMu...
Jika malam ini adalah yang terakhir bagiku...
Aku pohon padaMu...
Jauhilah siksa kubur pada ku...
Sesungguhnya aku tidak layak ke syurga Mu...
Tapi aku tak sanggup ke neraka Mu...
Ya Allah...
Janganlah kau ambil nyawa ku selagi dosa-dosa ku belum terampun...
Terima kasih Allah..
Terima kasih Rasul...
Terima kasih atas hidayah ini...
Terima kasih keluarga ku...
Maafkanlah semua kesilapan aku..
Sesungguhnya maut pasti menjemputku...
Mak, ayah, isteri, adik beradik, anak-anak ku..
Terima kasih menjadi peneman hidup duniaku...
InsyaAllah diakhirat kita kekal bersama...
Amin!

Wassalam...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, September 2, 2012

Tanda-tanda takabur...

Wallahualam...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, August 23, 2012

Amalan ziarah.. (Isi khutbah Jumaat)

Tetamu:

1) Minta izin tuan rumah..
2) Tidak dianjurkan untuk ziarah pada waktu pagi, tengahari dan tengah malam kerana pada waktu itu kebiasaanya tuan rumah sedang beristirehat.
3) Memberi salam dan berjabat tangan.
4) Jaga adab dan hormati tuan rumah.

Tuan rumah:

1) Menghormati dan memuliakan tetamu.
2) Jamu mengikut kemampuan bukan hendak menunjuk-nunjuk.


Selain itu, jangan lupa untuk menunaikan puasa sunat 6 hari pada Syawal... Sesiapa yang melaksanakannya seumpama mereka berpuasa sepanjang tahun...

Selamat Hari Raya!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Takbir raya selepas solat Isyak di Masjid Hasanah Bangi, pada hari terakhir Ramadan tahun ini...

Maaf zahir dan batin pada semua...

Ucapan raya daripada isteri: Taqaballahuminnawaminkum. minal aidil walfaizin  - tq isteri till jannah

Friday, August 17, 2012

Iftar di Masjid Usamah bin Zaid 27 Ramadan

Alhamdulillah.. Hari-hari terakhir sebelum Ramadan untuk tahun ini meninggalkan kita... Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa kami. Berkatilah dan rahmati kami dunia dan akhirat... Berilah kami kesihatan agar dpt bertemu Ramadan tahun hadapan... Amin!

Wednesday, August 15, 2012

Sunday, August 12, 2012

Malam tadi Lailatul Qadr?

Tazkirah selepas tarawih semalam membincangkan mengenai malam Lailatul Qadr... Kata ustaz, janganlah kita fokuskan inbadah hanya pada malam-malam ganjil saja.. Sebab tarikh 1 Ramadan berbeza mengikut kedudukan negara... Boleh jadi malam genap juga tergolong sebagai malam yang dimaksudkan "malam yang lebih baik daripada seribu bulan" itu...

Sebaiknya kita berjuang setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan.. Dengan ini insyaAllah kita tidak terlepas malam yang penuh barakah itu...

Doa dan pintalah apa kemahuan kita.. Sebaik-baik doa adalah doa memohon keampunan Allah... Terlalu banyak dosa yang kita sudah lakukan sama ada sedar atau tidak, kita manusia normal yang pasti tidak terlepas daripada melakukan kesalahan...

Ustaz kata, tanda-tanda yg dapat dilihat jika malam tadi adalah malam Laulatul Qadr, bintang-bintang tidak kelihatan kerana terlalu banyak malaikat yang turun ke bumi hingga sayapnya menutupi bintang dilangit... Selain itu, menjelang terbit fajar, matahari akan kelihatan jelas bulat dan dapat dilihat tanpa menggunakan kaca mata hitam.. Wallahualam...

Saturday, August 11, 2012

Tahukah anda hanya 14.7% penduduk Islam di Malaysia yang membayar fitrah

Sangat terkejut dengan fakta jumlah pembayar zakat fitrah di negara kita...

Daripada 17 juta penduduk beragama Islam di Malaysia hanya 2.5 juta yang membayar zakat fitrah (termasuk warga asing)

Masyaallah... Semoga Allah masukkan dlm hati mereka yg lalai dlm menunaikan ibadah zakat ini petunjuk dan hidayah...

Jom tunaikan kewajiban kita...


Sent from my iPhone

Wednesday, August 8, 2012

Tips menghafaz Al-Quran

Salam, jom kita mulakan dari hari ini...

Oleh : Syaikh Wahid Abdussalam Bali

Tuesday, August 7, 2012

Zakat Fitrah: Siapa yang wajib bayar?



Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Siapa yang wajib bayar?

Golongan yang wajib membayar zakat fitrah adalah seperti berikut:

Pertama:

Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar:  

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka sama ada lelaki mahu pun wanita, anak kecil mahu pun dewasa dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri). [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1503 (Kitab al-Zakat, Bab kewajipan sedekah fitrah)]

Kedua:
      
Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri.
      Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan.

Ketiga:

Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan  hadis berikut:

Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, dari orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya. [Hasan: Dikeluarkan oleh al-Daraquthni dalam Sunannya, hadis no: 2052 (Kitab Zakat al-Fitri) dan dengan sanad yang memiliki perbincangan. al-Albani menilainya hasan berdasarkan jalan periwayatan lain yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi. Rujuk Irwa’ al-Ghalil fi Takhrij Ahadits Manar al-Sabil (al-Maktab al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 835]



CONTOH: 

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim


Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Kadar fitrah bagi Wilayah Persekutuan tahun 1433H/2012M adalah sebanyak RM7.00 iaitu bersamaan 2.7kg beras atau satu gantang Baghdad.


Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.



Sumber: Lembaga Zakat Selangor dan Iluvislam.org

Sunday, August 5, 2012

Majlis berbuka puasa, kutipan dan agihan dana di Kelab Golf Danau, UKM

Majlis berbuka puasa, kutipan dan agihan dana:

1) Anak yatim
2) Pelajar tahfiz
3) Warga emas
4) Mualaf
5) Ibu tunggal
6) Pembinaan surau dan masjid

4 Ogos 2012/ 15 Ramadan 1433H
Kelab Golf Danau, UKM

SRIAS-Part 1



SRIAS-Part 2

Saturday, August 4, 2012

3 waktu makbul doa..

1) Lailatulqadar
2) Antara dua khutbah Jumaat
3) Sejam sebelum berbuka puasa

Wallahualam...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, July 30, 2012

Ya Allah redhakan aku, dan hindarkanlah aku dari neraka Mu

Jom menjiwai lirik lagu ini...




Maher Zain - Guide Me All The Way | Official Lyrics Video

I know that You could easily
Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me
Chorus:
Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way
I know that sometime I do
I do forget that my last breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
Somy my last wish is for You to be pleased with me
CHORUS
Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my hear
‘Cause soon I’ll have to leave it [X2]
CHORUS [X3]
Guide me all the way
Don’t let me go astray
Lyrics, Melody & Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti

Friday, July 27, 2012

Sahur, Tamar dan doa jangan diabaikan pada Ramadan

Alhamdulillah... terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk aku berada dalam majlis ilmu pagi tadi... Pengisiannya sangat banyak antaranya...

- Jom amalkan sekecil-kecil ibadah sunat pada Ramadan...

- contohnya sebaik-baik berbuka puasa adalah dengan tamar... memang sudah menjadi kebiasaan dunia moden, manusia sering bergantung kepada fakta bagi menyokong sebarang pendapat... Manusia akan melakukan penyelidikan sains... sebagai contoh, kenapa Rasulullah SAW makan tamar ketika berbuka? Selepas dapat dibuktikan khasiat tamar oleh pakar sains, barulah masing-masing akan meyakininya...  Pada dasarnya, kata-kata 'Tamar adalah juadah terbaik ketika berbuka puasa' datangnya dari baginda Rasulullah SAW... bukankah itu sudah menunjukkan bukti yang kukuh bagi orang Islam... jangan berlengah lagi, jom kita laksanakan sunnah Rasulluah SAW..

Antara amalan sunat yang selalu kita ambil ringan pada Ramadan:

a) kebiasaannya apabila kita terlalu kenyang atau mengantuk kita akan malas bersahur... kita juga biasa dengar kenyataan 'aku tak sahur pun boleh puasa'... isunya di sini adalah Sahur itu adalah IBADAH... dan ibadah ini adalah amalan Rasulullah SAW..
b) ketika berbuka, kebiasaannya kita akan berdoa 'Allahumalakasumna...' dan 'Allahumabariklana...'
Ketahuiah bahawa pada waktu berbuka itu, waktu paling afdhal berdoa... pohon dan mintalah pada Allah... apa jua kemahuan... jom kita tambah doa-doa lain, untuk ibu bapa, keluarga, keampunan.. dll..
c) nikmati tamar terlebih dulu ketika berbuka...

Moga kita sama-sama dapat manfaatnya... Rebutlah pahala Ramadan mulai hari ini... dan berdoalah supaya kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan tahun depan...

Kesempurnaan itu milik Allah, yang kurang itu adalah atas kekhilafan saya sendiri

Wallahualam..

Iftar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Alhamdulillah... Sgt ramai jemaah di sini berbuka puasa... Terima kasih Allah atas nikmatMu ini...

Tuesday, July 24, 2012

Terima kasih isteri..

Allah ingin memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda padamu..

Saluran getah ke coolant bocor rupanya.. Syukur, masalah motor dah selesai..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ujian 5 Ramadan 1433H

Motor tersadai tepi jalan sebab temperature naik dan motor berasap.. Alhamdulillah tak terbakar.. Tunggu bekalan air dari isteri tercinta.. Nak top up tangki coolant dah kering..

Sesungguhnya ujian Allah mengikut kemampuan hambanya...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Puasa tetapi tidak solat




Ibadah jadi adat, ikutan hanya dapat lapar dan dahaga

Amalan puasa orang yang tidak solat, rosak dan tidak diterima Allah kerana ibadah lain hanya akan dilihat Allah selepas ibadah solat. Bagaimanapun, jangan terkejut kerana ramai hari ini yang berpuasa tetapi meninggalkan kewajipan solat.

Pakar motivasi, Halim Din, berkata 80 hingga 85 peratus mereka yang berpuasa tidak menunaikan solat kerana berasakan kewajipan lima kali sehari itu payah untuk dilaksanakan. Sedangkan katanya, nilai ketinggian seorang hamba di sisi Allah dinilai daripada kesempurnaan solat mereka.


Untuk melihat ibadah lain, Allah akan lihat solat dulu. Jika tidak solat, ibadah lain Allah tidak akan lihat. Malangnya, umat hari ini beriya-iya berpuasa, tetapi tidak solat. Mereka hanya dapat lapar dan dahaga saja, katanya pada majlis Ihya Ramadan di surau The New Straits Times Press (NSTP).

Katanya, soalan berkaitan berpuasa, tetapi tidak solat sering ditanyakan selain beberapa perkara yang dilihat sebagai remeh membabitkan ibadah puasa seperti adakah kentut atau mengorek telinga membatalkan puasa.


Orang Islam kian jahil

Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan orang Islam kian jahil perihal agama dan puncanya ialah sikap ambil mudah selain malas belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang akan mengeluarkan diri daripada kegelapan.

Halim berkata, sepatutnya sebelum kedatangan Ramadan, umat Islam sudah bersedia menelaah bab puasa termasuk perkara membatalkan puasa dan lebih penting, perkara membatalkan pahala puasa seperti digariskan Al-Ghazali dalam kitab tasaufnya.
Disebabkan malas belajar, nilai ibadah kini dilihat lebih sebagai adat atau amalan ikut-ikutan bukan ibadah sebenarnya yang mempunyai hikmah serta matlamat menunaikannya iaitu mendapatkan keredaan Allah.

Beliau memberi contoh jemaah solat tarawih yang jumlahnya ramai pada 10 malam pertama, tetapi kian berkurangan minggu berikutnya dan keadaan bertambah menyedihkan malam-malam terakhir Ramadan.

Satu minggu pertama masjid meriah dengan jemaah, tetapi masuk minggu kedua, kita jadi hairan ke mana perginya yang ramai itu. Cuba kita renungkan kerana inilah yang dilihat apabila amalan hanya ikut-ikutan.

Lebih menyedihkan ketika akhir Ramadan bunyi mercun dan lagu raya lebih kuat hingga sudah tidak mempedulikan tarawih atau tazkirah. Apabila kita langsung tidak ambil peduli ilmu inilah yang berlaku, katanya.

Ilmu pacu umat ke depan

Beliau berkata, jika umat Islam mempelajari asas difardukan ibadat, mereka akan melakukan ibadat puasa dalam keadaan mengetahui dan tidak kira apa yang datang, ia sedikit pun tidak akan menggugat puasa mereka.

Katanya, ilmu akan memacu umat Islam ke depan dan dalam aspek ibadat mereka boleh melihat peningkatan dari sudut kualiti puasa serta sentiasa berusaha memastikan ibadat itu diterima Allah.

Halim turut berkongsi pengalaman ketika di Pusat Zakat Selangor, berdepan isu bayaran kafarah oleh suami yang bersetubuh dengan isteri pada siang hari Ramadan kerana tidak menyangka masih berlaku perkara seperti itu.

Syor umat timba ilmu agama

Saya ingat sudah tiada kes bersetubuh pada siang Ramadan, tetapi masih berlaku. Jika orang ada ilmu mereka akan faham tetapi disebabkan tidak mempunyai ilmu dan tidak mahu belajar, itu yang hancur, katanya.

Kafarah bagi suami yang bersetubuh dengan isteri pada siang Ramadan ialah memerdekakan hamba, jika tidak mampu puasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.

Justeru, beliau menasihatkan umat Islam supaya menggunakan akal, iman dan hati untuk menimba ilmu supaya mereka tahu tujuan amal ibadat yang dilakukan, bukan beramal kerana terikut-ikut atau sekadar meneruskan budaya.

Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online


Menarik artikel ni... 'Puasa tetapi tidak solat'

Dulu aku pun dalam golongan yang sama, alpa dalam mengerjakan solat...
Tetapi alhamdulillah kini semua berbeza... Percaya dan yakinlah bahawa hidayah itu milik Allah...
Ya Allah janganlah bolak-balikkan hatiku selepas kau kurniaankan hidayah pertunjuk ini...
Terima kasih Allah...

Iftar di Masjid Hasanah, Bangi

Alhamdulillah...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, July 21, 2012

Iftar di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju

Selamat berbuka puasa...

Jom kita berjemaah di masjid dari Maghrib hingga Isyak dan terus bertarawih.. Perbanyakkan amal ibadah moga segala dosa2 kecil kita diampuni dan hidup kita diberkati Allah... Amin!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, July 20, 2012

Ramadan yang dirindui

Sahur pertama bersama isteri sambil menonton Madrasah Syariah.

Kata ustaz, jika tidur pun dapat pahala bagi orang yang berpuasa... Apatah lagi jika kita perbanyakkanlah ibadah dan amalan sunat sempena bulan yang mulia ini...

Jom bersama-sama rebut peluang selagi hayat dikandung badan...

"Kurangkan juadah, tingkatkan ibadah"

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadan 1433H


Lama sudah tak berkongsi cerita... agak sibuk kebelakangan ini...
Memandangkan 1 Ramadan jatuh pada Sabtu ini (21 Julai 2012), saya mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Ramadan pada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia...
Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya..
Jom kita sama-sama usaha perbanyakkan ibadah..
Moga Allah terima segala usaha kita... Amin!

Surah Al-Baqara

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)

Monday, July 2, 2012

Ibu bapa miliki kasih sayang yang paling ikhlas..

Alhamdulillah atas kurniaan memiliki ibu bapa dan ibu bapa mertua yang sangat baik, memahami dan penyayang.

Sebenarnya tiada kata yang paling sesuai atau setanding yang boleh digunakan bagi mengambarkan kasih sayang mereka..

Janganlah kita menderhaka kepada mereka. Tanpa mereka siapalah kita. Berkat doa mereka kita berjaya hari ini... Berjaya bukanlah sekadar dikira dari segi akademik tetapi jika akhlak kita mulia dan jadi anak yang soleh...itulah kejayaan paling bermakna buat mereka...

Kerana doa anak yang soleh adalah bekalan terbaik buat mereka apabila mereka sudah tiada..

Jom kita jadi anak soleh...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, July 1, 2012

Al-Madrasah As-Saadah W.Maju

Cantik pemandangan langit di luar tingkap ketika menunggu azan Maghrib berkumandang...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kaedah merapatkan Saf Solat Jemaah

Caranya lihat gambar dibawah:
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, June 27, 2012

Dua kali alami kemalangan kecil bulan ini...

Tiada kata-kata dapat dinyatakan melainkan rasa syukur Alhamdulillah kerana Allah panjangkan umur aku selepas terbabit dalam kemalangan kecil dua kali bulan ini...

Kejadian pertama, awal bulan manakala yang terbaru hari ini...

Allah beri peluang pada aku untuk memohon ampun dan menginsafi diri..

Ya Allah jangan Kau cabut nyawaku selagi dosa-dosaku belum diampunkan..

Ya Allah maafkanlah atas kekhilafan, keterlanjuran perbuatan dan kata-kata ku juga kelalaianku dalam menunaikan suruhanMu..

Pimpinlah aku, jangan kau bolak-balikkan hati ini selepas kurniaan nikmat petunjuk hidayah pada ku..

Terima kasih Allah atas peringatan ini..

*Aku berhajat untuk menyegerakan urusan penama kedua kepada isteriku.. Moga aku tidak membebankan seluruh keluargaku selepas ketiadaanku nanti... InsyaAllah...

Ya Allah hanya padaMu aku bertawakal dan berserah diri...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, June 25, 2012

Tatatertib perlu diamal dalam masjid



Jemaah dilarang ganggu jemaah solat dengan kelakuan tidak sopan

IMAM masjid perlu menegur atau memberi pengajaran kepada jemaah yang berkelakuan tidak sopan di masjid seperti berbisik, mengganggu orang solat, melintas orang yang sedang solat, saf tidak lurus, berzikir dengan suara keras hingga mengganggu orang sedang solat serta belajar.

Daripada Abu Qatadah, katanya: “Tatkala kami sedang solat bersama Nabi SAW, tiba­tiba Baginda mendengar suara berbisik orang (yang datang). Maka ketika Nabi sudah selesai solat,ia bertanya: Ada apa urusan kamu tadi (berbisik)? Mereka menjawab: Kami terburu­buru untuk turut (jemaah). Nabi SAW berkata: Janganlah kamu berbuat begitu. Apabila kamu mendatangi solat, hendaklah kamu berlaku tenang. Apa yang kamu dapatkan (dari solatnya imam), maka solatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Bukhari)

Diriwayatkan Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu mendengar iqamat, maka pergilah kamu ke tempat solat itu, dan kamu haruslah berlaku tenang dan bersikap sopan dan terhormat, dan janganlah kamu tergesa­gesa, apa yang kamu dapatkan (dari solatnya imam), maka solatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan sempurnakanlah.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

Hadis ini mengandungi beberapa hukum iaitu kita diperintah berlaku tenang dan bersikap sopan apabila mendatangi tempat solat atau masjid. Kita dilarang tergesa­gesa apabila mendatangi tempat solat seperti berlari­lari, meskipun iqamat telah dikumandangkan.

Kita dilarang berbisik apabila sampai di tempat solat, sedang solat jemaah sedang didirikan. Ini akan mengganggu orang yang sedang solat berjemaah.

Bagi mereka yang lambat berjemaah setelah imam selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, barulah disempurnakan apa­apa yang ketinggalan.

Hikmah diperintahkan tenang dan sopan serta tidak boleh tergesa­gesa, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya salah seorang di antara kamu, apabila menuju solat, maka bererti dia sudah dianggap dalam solat.” (Hadis riwayat Muslim)

Kita digalakkan membaca doa seperti dibacakan Nabi SAW yang bermaksud: “Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dan dalam ucapanku cahaya, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, dan jadikanlah pada penglihatanku cahaya, dan jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya, dan jadikanlah dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya, ya Allah berikanlah kepadaku cahaya.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Dawud)

Diriwayatkan dari jalan Ibnu Abbas yang menerangkan solat Nabi SAW di waktu malam. Hadis ini menyatakan: “Kita akan disukai apabila mengucapkan doa di atas di waktu pergi ke Masjid.”

Daripada Abi Humaid atau Abi Usaid, ia berkata: “Bersabda Rasulullah SAW: Apabila salah seorang kamu masuk masjid, maka ucapkanlah: Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu­pintu rahmat­Mu). Dan apabila keluar (dari masjid), maka ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada­Mu dari kurnia­Mu.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Nasa’i)

Abdullah bin Amr bin Ash, Nabi SAW, apabila masuk masjid beliau mengucapkan: “Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan dengan wajah­Nya yang mulia serta kekuasaan­Nya yang tidak mendahuluinya, dari (gangguan) syaitan yang terkutuk. Nabi SAW berkata: Apabila ia mengucapkan demikian (doa di atas), syaitan pun berkata: Dipeliharalah ia daripadaku sisa harinya.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hadis ini menyatakan kita disunatkan membaca doa mohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan apabila memasuki masjid.

Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online oleh Hizbur Rahman. Terima kasih...