An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Friday, May 31, 2013

Lima pesanan penting Rasulullah


Baginda SAW merumuskan peristiwa Israk dan Mikraj dengan beberapa pesanan penting dalam sabdanya: Pada waktu malam Israk dan Mikraj, Allah SWT telah memberikan lima pesanan berguna, antaranya:  

Janganlah engkau terlalu cenderungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
Jabir bin Abdullah berkata: Pada suatu hari sewaktu saya bersama Baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lantas dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata: Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu? Maka Rasulullah SAW berkata: Dunia itu adalah impian orang yang tidur. Bertanya orang itu lagi: Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah? Berkata Rasulullah SAW: Satu kumpulan manusia yang berada dalam syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam neraka Sair.  

Jadikan cintamu hanya kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
 Firman Allah SWT: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa kamu, dan anak kamu, dan saudara kamu, dan isteri (atau suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik (derhaka). (Surah at-Taubah, ayat 24)  

Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga kerana tiada istilah rehat semasa di dunia.
Imam Ahmad Bin Hambal apabila ditanya bilakah manusia akan merasakan kerehatan? Jawabnya: Manusia akan merasai kerehatan selepas kakinya melangkah ke syurga. Adapun sebelumnya tiada istilah yang bernama rehat.

Janganlah menaruh harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak berkuasa mengubah sesuatu pun.
Orang mukmin akan berputus asa dengan makhluk kerana makhluk tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kerana kekuatan sebenar adalah kekuatan Allah SWT. Dia bertawakal dan berserah diri hanya kepada Allah SWT.  

Galakan mengerjakan solat tahajud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. 
Ini adalah kerana malam mempunyai kelebihan tersendiri sehingga Allah SWT memilih peristiwa penting ini pada malam hari. Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu berqiamullail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan dan mengusir penyakit dari badan. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi)

Rujukan: Sudut Agama di BHOnline 

Monday, May 20, 2013

'Kuasa' Doa...

Salam,

Pagi tadi usai solat Subuh terus bermunajat dan berdoa pada Allah lebih skit daripada biasa... mohon perjalanan seharian dipermudahkan... moga isteri dan kandungan selamat dan sihat...

Pagi ni bawa wife temujanji di Hospital Putrajaya... sebelum ini, nak dapat parking kereta sangat susah kalau sampai di hospital jam 9pagi... hari ni... datang terus ada... sampai aje, ada kereta hamba Allah nak keluar...  Nombor giliran pun cepat dipanggil... hmmm... kebetulan? aku yakin itu bantuan daripada Allah... kalau kita tak minta, macam mana Dia nak beri... Alhamdulillah permintaan pagi tadi diperkenankan... 'kecil tapi signifikan'...


Thanks Allah!

Saturday, May 11, 2013

Tanggungjawab seorang Muslim

Anda Muslim?

Tidak kira anda adalah golongan pendidik (guru atau ustaz), ibu atau ayah, tanggungjawab memperkenalkan perkataan akhlak kepada anak dan murid adalah sangat digalakkan. Tujuannya, tidak lain hanyalah agar mereka terdidik dengan didikan akhlak yang baik.

Namun, apabila pendidikan akhlak diabaikan, kepincangan moral pasti berlaku tambahan dalam generasi baru ini. Maka, ketika itu, kita akan lihat bukan kata guru,  ibu bapa sendiri pun mereka lawan. Malah, lebih membimbangkan lagi apabila ada yang sanggup bertindak lebih ganas sehingga mencederakan.

Kita bertanya mengapa semua ini terjadi? Jawapannya adalah kerana mereka merasakan bahawa guru bukanlah orang yang sepatutnya dihormati.  Sedangkan hormat menghormati ini hadirnya daripada pelajaran akhlak. Tidak diajarkan kepada mereka, maka mereka akan jahil.

Akhlak yang terpuji, mulia, hina dan akhlak rendah adalah antara pelajaran yang terdapat dalam pendidikan akhlak. Jadi, jika perkara ini tidak ditekankan, maka janganlah kita salahkan mereka andai tidak berakhlak baik dan menghancurkan hati kita suatu hari kelak.

Buat rakan yang bergelar guru... laksanakan amanah dengan sabar... Lahirkan semula generasi berakhlak yang semakin pudar dewasa ini.

Jom sama-sama kita laksanakan Tanggungjawab seorang Muslim sebaik mungkin dengan disertai hati yang ikhlas hanya kerana Allah mulai hari ini...

"Solat kita, Akhlak kita"

Sunday, April 28, 2013

Maafkan aku tuan guru...

Dulu... aku sukar mempercayai kata-katamu... seringkali aku dimomokkan dgn kata-kata kasar mu di dada akhbar dan kaca tv...

Aku bersyukur... dgn nikmat hidayah dari Allah s.w.t ini.. memberikan aku kekuatan untuk berlapang dada dan berbaik sangka pada mu..

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." - An-Nisa 4:17

Tersentuh hati ini bila mula membaca bait-bait introduksi pada kitab ilmu milikmu...

"Bukan mudah untukku berbicara. Pasti ada yang terluka, meski bicaraku ini bukan untuk menunding sesiapa. Namun, demi ummah, aku pedulikan kata nista. Demi agama, aku redah lautan gelora. Kerana aku yakin , DIA akan mengadiliku di sana..." - Bicara Ini Demi Ilahi (Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)

Terima kasih Allah...

Wednesday, April 3, 2013

Kuliah Asar: Golongan yang kadang-kadang solat

Faktor penyebab termasuk golongan yang kadang-kadang solat:

1) Rakan
2) Alasan

Ikuti video Kuliah Asar @ TV AlHijrah ini untuk penjelasan lanjut.

* Maaf atas gangguan audio..

Friday, March 22, 2013

Bagaimana cara sebut kalimah 'Majreehaa' dalam Surah Hud dan kalimah 'La takmanna' dalam Surah Yusuf

Video diambil dari siaran 30 Minit Ustaz Don:





Pengisian video: (Rujuk video di atas)

Surah Hud, ayat 41

1) Bagaimana baca kalimah 'Majreehaa', ayat 41 dalam Surah Hud. (hanya sekali saja dijumpai dalam al-Quran. Dikenali sebagai 'Imalah'.

Dua cara nak praktikkan bunyinya..
a) Sebut 'Togey'
b) Sebut 'X-ray'

Untuk rujukan tambahan layari http://untuknaily2.blogspot.com/2010/05/imalah.html




Surah Yusuf, ayat 11

2) Bagaimana baca kalimah 'La takmanna', ayat 11 dalam Surah Yusuf. Dikenali sebagai 'Isymam'.

Untuk rujukan tambahan layari http://syathibie.blogspot.com/2009/12/persoalan-mad-wal-qasr-4.html

Info lain: Wikipedia - Tanda imalah dan tanda isymam
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda_imalah_dan_tanda_isymam

Aktiviti pelajar B.E.S.T selain menghafaz al-Quran







Thursday, January 3, 2013

Roh orang berhutang, tergantung antara langit dan bumi

Nabi Muhammad SAW yang mengasihi umatnya mengajar doa supaya umatnya tidak berhutang. Doanya bermaksud:

"Ya Allah, ya Tuhanku, aku berlindung dgnMu drpda bebanan hutang yg berat dan kekerasan org yg kejam (zalim)"

Thursday, December 27, 2012

Hukum istimewa dalam al-Quran: Tashil


Alhamdulillah... Ilmu baru saya perolehi...
Ya Allah kau murahkan rezeki dan tinggikan darjat ustaz ini...

Apa itu 'Tashil'?
- Salah satu ilmu tajwid.
- Adalah bunyi bacaan diantara huruf 'hamzah' dan 'alif'.
- Hukum tajwid ini hanya ditemui sekali dalam al-Quran iaitu pada Surah Fussilat (41), ayat 44, muka surat 481.
- Jom belajar menerusi video rakaman 30 minit Ustaz Don @ tv alhijrah...


Surah Fussilat (41), ayat 44, muka surat 481.

Maksudnya: 
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".


* Untuk mendalami ilmu Quran perlukan guru.. Talaqi bersama-sama guru adalah yang terbaik... Wallahualam

Monday, December 10, 2012

Tanda-tanda Yakjud dan Makjud masuk dalam satu kampung: Ustaz Kazim Elias

Jom tonton video bertajuk Azan dan Iqamah ini.

Part 1

Part 2

Part 3


Pengisian:

- Hukum azan dan iqamah - Sunat
- Syarak azan dan iqamah untuk solat fardhu sahaja
- Selepas azan, sebelum iqamah - sunat berdoa kerana waktu mustajab berdoa.
- Makruh ketika azan berkumandang kita berbual, sangat-sangat dibenci.. Malah Nabi memberi peringatan kepada kita: "Di antara punca-punca orang yang tidak boleh mengucap ketika berlaku kematian ialah berbual-bual ketika bilal mengumandangkan azan."

- Tanda-tanda Yakjud dan Makjud masuk dalam satu kampung/kawasan:

1) Apabila azan sudah tidak ada, maknanya, sembahyang jemaah tak wujud dan masjid tak berfungsi itulah tanda-tanda maksiat banyak dalam kampung itu. Bila dah jadi macam itu halallah Allah turunkan bala.

Sunday, December 2, 2012

Jom amalkan doa ini...

Tahukah anda...
"Orang-orang beriman itu hati mereka tenteram dengan ingat (zikir) kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan ingat kepada Allah, maka hati tenteram." - Ar-Rad: 28
Jom amalkan doa ini..

Wednesday, October 17, 2012

Boleh jamak solat di rumah


Saya selalu berulang-alik dari Perak ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Biasanya saya menaiki bas di Pudu Raya ketika hampir Maghrib. Saya berniat untuk melakukan jamak ta’khir (menunaikan solat Maghrib dalam waktu Isyak) semasa bas berhenti di mana-mana hentian rehat dan rawat (R&R). Masalahnya, ada kala bas tidak berhenti sehingga sampai depan  rumah. Jadi bagaimana status solat jamak kerana saya bukan lagi seorang musafir.

Ahmad,
Ipoh.


Apa yang penting untuk diketahui adalah perbezaan sebab yang membolehkan jamak dan qasar. Jamak dan Qasar walaupun kedua-duanya adalah rukhsah (kemudahan) dalam solat,  tetapi sebab yang mengharuskan qasar dan jamak adalah berbeza.

  Faktor  membolehkan seseorang qasar adalah berada dalam keadaan musafir sedangkan faktor membolehkan jamak adalah kerana kesulitan yang dalam istilah fekah disebut sebagai ‘masyaqqah’.

  Jika berlaku kesulitan seperti yang dibenarkan syarak, maka seseorang boleh jamak solat walaupun tidak berada dalam keadaan musafir. Demikian juga sebaliknya, seseorang boleh qasar solat walaupun tidak mengalami apa-apa kesulitan asalkan dia berada dalam keadaan musafir.

  Oleh itu, ada sebahagian ulama menfatwakan bahawa apabila seseorang telah sampai ke sesuatu destinasi contohnya sampai di Kuala Lumpur untuk berkursus, maka sebaik saja sampai, hilanglah rukhsah jamak bagi dirinya kerana dia lagi tidak berada dalam kesulitan.

  Mungkin dia tinggal di hotel yang entah berapa bintang dan tempat kursus pun mungkin di hotel yang sama, serba-serbi mudah, tekan butang lif saja sudah sampai di pintu bilik. Walaupun begitu, rukhsah qasar tetap berlaku kerana dia dikira masih dalam musafir.

 Mazhab Syafie

  Tetapi Mazhab Syafie mengira selama seseorang berada dalam musafir dia tetap berada dalam kesulitan berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Musafir itu secebis dari azab (berada dalam kesukaran).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  Jadi, apabila seseorang sudah sampai ke destinasinya dan berada di situ tidak melebihi dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan hari berangkat pulang) dan dalam tempoh itu beliau tidak berniat untuk bermukim, maka beliau masih dikira berada dalam keadaan musafir.

  Dan selama mana berada dalam keadaan musafir, beliau dianggap masih mempunyai kesukaran tertentu seperti  dinyatakan dalam hadis.

  Imam Ibnu Hajar al Asqalani mentafsirkan azab dalam musafir itu sebagai rasa tidak selesa yang mungkin berlaku akibat daripada  perjalanan seperti lenguh-lenguh, sakit badan dan sebagainya.

  Pada hari ini, ada juga orang yang tidak tahan dengan penghawa dingin dalam bas mengakibatkan   selesema, batuk-batuk tidak dapat tidur dan pelbagai lagi, terutama kepada golongan  berumur.

 Oleh itu, kesukaran yang mendapat pertimbangan syarak dan kerana itu walaupun sudah sampai ke destinasi, rukhsah untuk jamak masih ada kerana kesukarannya masih belum hilang sepenuhnya.

Dibolehkan jamak

   Bagi menjawab soalan tuan, tiada masalah untuk jamak solat kerana jamak memang disyariatkan dan urusan bas adalah di luar kawalan kita. Ada pemandu bas yang memang tidak ambil berat soal ini walaupun sudah diingatkan.

  Jika anda tidak sempat jamak solat semasa dalam perjalanan dan sampai ke destinasi seperti rumah sendiri, kolej penginapan bagi pelajar atau seseorang berniat untuk mukim di tempat itu empat hari atau lebih, maka dibolehkan jamak secara tertib, solat Maghrib dulu kemudian Isyak secara berturut-turut.

Jamak, qasar berturut-turut
 
Jika destinasi itu bukan tempat bermukim atau tiada niat untuk tingga lebih dari empat hari, maka dia dianggap dalam musafir, dibolehkan jamak dan qasar secara berturut-turut.


Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian muka 33 (18 Oktober 2012) oleh Azhar Abdul Wahab. Terima kasih... 

Tuesday, October 16, 2012

Jom mula kitar semula...

Salam,

Have you read verse 56 of chapter 7. الأعراف in the Holy Quran?

وَلا تُفسِدوا فِى الأَرضِ بَعدَ إِصلٰحِها وَادعوهُ خَوفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحمَتَ اللَّهِ قَريبٌ مِنَ المُحسِنينَ

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 5, 2012

Intai catan sahabat 'Sublime Images' di Arti Gallery

Jumaat lalu sempat meluangkan masa hadir ke pameran solo sahabat di Arti Gallery... Perkara pertama yang berlegar dikepala... Dia berjaya menjadi dirinya... Syukur Alhamdulillah... Tahniah bro!

Seperti tersurat pada halaman 10, Arif, Pernyataan Diri dan Yang Tersembunyi (2012):

"Ketika usia yang masih tengah-tengah, membikin satu pameran solo adalah sejenis kekuatan. Lebih-lebih lagi, ketika kawan-kawan seangkatan ada yang sedang mewah-mewah tidur selesa dalam kamar berhawa dingin, atau tiap hari ulang-alik bekerja di kantor besar dengan jawatan berjela-jela. Arif tidak.

Dia tidak memilih itu semua. Dia telah membuat pilihan. Bila? Saya tak tahu. Kecuali pesan kecil agama kami, "suatu itu bermula dengan niat", dan pesan kecil ramai cikgu-cikgu agama, "kita dapat apa yang kita niatkan", dan pesan kecil mak-abah kita, "buat baik balas baik, buat jahat balas jahat". Semua itu, dekat-dekat"

Memang kamu kuat... Kamu miliki keistimewaan tersendiri...

Moga Allah murahkan rezeki kamu... Berikan kesihatan dan dikurniakan cetusan idea kreatif yang melimpah ruah...

Siapa dia?
Arif Fauzan Othman
Rakan SMZ R1 Wangsa Maju

Ingin tinjau catan miliknya?

Venue: ARTI Gallery, 23-2A, 2nd floor, Jln 2/4C, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Tel: 03-41613969 (Hafiz) or 019-2664486 (Yusri).

*tak pasti pameran sampai bila, sebarang info hubungi nombor telefon tertera...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 3, 2012

Pesanan Ustaz Azhar Idrus untuk suami/isteri


"Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka." - Hadis dari Abu Sa'id

Saturday, September 29, 2012

Tweets by Wardina Safiyyah

Setuju...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Mempermudah Ibadah Haji

Alhamdulillah...

Antara inti pati pembentangan Bajet 2013:

143. Sekali lagi kita memasuki musim panggilan Haji menuju Baitullah. Dalam Bajet 2012, saya telah mengumumkan pencarum KWSP boleh membuat pendaftaran awal menunaikan rukun ke 5 ini melalui penghadangan Akaun 2 sebanyak 1,300 ringgit. Alhamdulillah, setakat ini, seramai 51,528 pencarum telah menggunakan inisiatif ini. Sebagai langkah tambahan untuk membantu bakal-bakal haji, saya ingin mengumumkan bahawa bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga 3 ribu ringgit.

 Lihat Teks Ucapan Bajet 2013