Tempat meluahkan rasa hati aku... Hanya Allah-lah penganugerah taufiq dan Dia-lah pembimbing kepada jalan yang benar. Ya Allah, terimalah dari kami amalan kami ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.
An-Nisa - Ayat 59
Topik hangat!
Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™
-
Saya selalu berulang-alik dari Perak ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Biasanya saya menaiki bas di Pudu Raya ketika hampir Maghrib. Say...
Tuesday, February 14, 2012
Monday, February 13, 2012
Merindui...
Malam ni rasa sangat sunyi, terkenang saat duka dan ria bersama isteri...
Isteriku, semoga Allah meredhai apa yang kita usahakan... Alhamdulillah Allah sudah memperkenan doa mu...
Moga doa ku juga akan dikabulkan Allah suatu masa nanti...insyaAllah..
Ya Allah lindungilah isteriku dan ahli keluarganya daripada perkara buruk dan yang mendukacitakan... Ya Allah, sambutlah mereka sebagai tetamuMu yang paling istimewa...
Isteriku, Aku sayang kamu!
Thursday, February 9, 2012
Kasih ibu & ayah - Ustaz Kazim Elias
Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, Murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa" - Hadith Riwayat al-Hakim
Jom layan video Ustaz Mohd Kazim Elias dan jangan lupa 'LIKE' page beliau di Facebook
Wednesday, February 8, 2012
Cara baca Al-Fatihah dengan baik
5 langkah penting ketika baca al-Fatihah
- Jaga huruf jangan tukar
- Jaga baris
- Jaga berhenti
- Ingat Basmallah
- Jangan lupa bacaan yang dihujung biar seirama
Jom ikuti video bacaan oleh Ustaz Don dalam rancangan 30 minit bersama beliau...
Tuesday, February 7, 2012
Jom bersahabat dengan al-Quran...
Mari hayati video ini... Halaqah 2012 - Lirik Cinta Siapa
Ibu bapa yang selayaknya mendorong dan membimbing anak-anak menceburi ilmu agama... Sesungguh al-Quran itu memberi petunjuk dan hidayah untuk jalan yang benar... InsyaAllah...
Monday, January 30, 2012
Menjelang Maulidur Rasul 2012M bersamaan 12 Rabiulawal 1433H
Maksudnya:
Assalamualaikum to all brothers and sisters in Islam...
Marilah kita sama-sama menghayati video detik-detik pemergian Baginda Rasulullah SAW seperti yang diceritakan Ustaz Hasrizal Abd Jamil sempena sambutan Maulidur Rasul SAW pada 5 Februari ini dan bersamaan 12 Rabiulawal 1433 Hijrah.
Dan ketahuilah bahawa...
"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)." - Surah Al-Imran, 144
Moga usaha yang sedikit ini, memberi keinsafan dan menyedarkan kita bersama. Sesungguhnya Allah SWT Maha pengampun dan penyayang, janganlah kita berhenti memohon kemaafan daripadaNya... Laksanakanlah segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya...
Ya Allah, bahawasanya telah aku terima risalahMu daripada kekasihMu, Nabi Muhammad SAW..
MasyaALLAH.. lihatlah betapa Baginda Rasulullah SAW menyayangi kita dengan berpesan-pesan...semoga khutbah terakhir ini menjadi panduan dan peringatan kepada kita semua... InsyaAllah...
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
- Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/
Terima kasih Ya Rasulullah SAW, akan aku sampaikan pesananMu itu sedaya upayaku... insyaAllah.
Tuesday, January 24, 2012
SRIASTE kini dikenali Bangi Elementary School of Tahfiz (B.E.S.T)
Anda mencari sekolah tahfiz untuk anak anda? Cubalah di
dan Moto: al-Quran, As-Sunnah, Akhlak dengan menyediakan ruang dan peluang kepada Banin wa Banat agar dapat menghafaz 30 Juzu' al-Quran dalam tempoh tiga tahun pembelajaran yang bermula seawal usia enam tahun.
INFO:
1) Pamplet SRIASTE
2) Untuk pertanyaan, hubungi: 03-89274243 / 013-9464541 / 017-3630704
Sabtu, 21 Muharram 1433 bersamaan 17 Disember 2011 – Pada hari ini satu lagi lembaran baru sejarah gemilang Yayasan Sofa dibuka dengan perasmian Sekolah Rendah Islam As-Sofa: Tahsin Elementary (SRIASTE) - (...lihat foto majlis perasmian). Majlis yang diadakan di premis sementara SRIASTE di Sg. Merab Dalam itu telah dihadiri sekitar 700 orang. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan berakhir sekitar jam 10.00 malam. Para hadirin telah diperdengarkan dengan persembahan qasidah pimpinan Ustaz Mohd. Najib Zakaria, serta persembahan multimedia dan montaj rasmi Yayasan Sofa. Kemuncak majlis adalah tazkirah dan ucapan perasmian oleh al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin al-Maliki. - ...berita lanjut
Jika masih berkeinginan untuk mendapatkan pendidikan sekular sama seperti sekolah biasa yang berorientasikan peperiksaan untuk anak anda, tempat ini bukanlah pilihan sesuai... Tetapi jika sebaliknya, jangan menoleh kebelakang lagi... teruskan perjuangan anda dalam menegakkan syiar Islam...
Untuk renungan kita bersama..insyaAllah..
"Hai Ibu bapa,
Kalau hari ini anak-anak nampak agama itu kecil...
Itu adalah tanggungjawab ibu bapa bagi nampak dia besar...
Maknanya BESAR sungguh tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan anaknya SYURGA atau tidak.."
Wahai rakan taulan... luahan hati Ustaz Don...
Kalaulah tanya semua yang ada anak...
Adakah anak yang ada hari ini mereka yang akan beratur berbaris memandikan, mengkafankan dan mengimamkan jenazah kita?
Ataupun jika kita masih memiliki ibu dan bapa, sudahkah kita bersedia menjalankan tanggungjawab seperti mana kita harapkan daripada anak-anak kita?
Ya Allah, aku memohon agar kau berikan aku kekuatan untuk menempuhi hari yang bakal tiba nanti.... pada saat itu kau bantulah aku agar aku tergolong dalam anak-anak yang akan beratur berbaris memandikan, mengkafankan dan mengimamkan jenazah ibu bapa ku...
Terima kasih isteri kerana berkongsi ilmu...
Filem Ombak Rindu vs Drama 100 hari...
Salam semua,
Pasti ramai yang sudah menonton filem Ombak Rindu yang mencatat kutipan Box Office. Elemen romantik diiringi lagu mendayu-dayu mengoncang naluri hati hingga membuatkan penonton menangis teresak-esak hingga ada yang menontonnya berulang kali. Populariti filem ini boleh dikatakan setanding filem 'Kuch Kuch Hota Hai' yang dibintangi aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan... hingga ada yang sanggup memindah naik filem ini ke YouTube...
Manakala, drama 100 hari, pasti ramai yang terlepas pandang, termasuk saya... Alhamdulillah, isteri sempat menontonnya, dan semalam rezeki saya menontonnya menerusi YouTube.. Apa yang boleh saya rumuskan, walaupun dramanya agak ringan, penyampaiannya lebih jujur dan penuh pengajaran... sangat berbaloi jika kita menangis ketika menonton drama ini berbanding filem Ombak Rindu.. Pengisian ilmu dunia dan akhirat cukup sempurna...
Saya sebenarnya bukan menolak seratus peratus filem Ombak Rindu, cuma bagi pendapat saya, filem ini wajar diisi sebaiknya elemen keagamaan... dan menerusi pengamatan saya, filem ini menyamai filem Ibu Mertuaku lakonan arwah seniman tersohor negara P Ramlee ketika babak-babak akhir filem berkenaan... Mungkin secara tidak sengaja... Maaf jika ada yang tersinggung...
Mengapa saya berkata demikian? Lakonan Haris = Sarimah, Ibu Haris = Mak Dara dan Iza = P Ramlee.. Ibu Haris bertindak melarang Iza menemui suaminya dan membohongi Haris... Kemudian menangis teresak-esak di kaki Haris... Maaf jika saya silap...
Ok... bagi siapa yang tidak sempat menonton drama Tanda-tanda 100 hari sebelum hari kematian... cuba ambil masa anda untuk menyelami elemen baik dalam drama berkenaan...
Wallahualam...
MATI itu pasti! Peringatlah tanda-tanda sebelum kematian...
Thursday, January 19, 2012
Kasut badminton pertama aku beli seumur hidup aku...
Rege: RM29 aja...
Kedai: Tak ingat nama kedai, tapi sebelah Plaza Imbi...
Objektif pembelian: Nak jaga lutut dan tapak kaki... Sudah tua, minyak pelincir semua sudah habis... Moga-moga dengan izin Allah dapat membantu lindung daripada kecederaan... Amin..
Esok mau rasmi... Yeah!
Wednesday, January 18, 2012
Menunggu Mama habis belajar di School Mama...
Monday, January 16, 2012
Mohon perlindungan azab kubur antara tasyahud, salam
Aisyah berkata: Maka aku bertanya kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda: Ya, azab kubur adalah benar. Aisyah berkata: Maka setelah itu aku tidak melihat Rasulullah SAW mengerjakan sesuatu solat melainkan Baginda memohon perlindungan daripada azab kubur.”
Hadis ini juga mengandungi anjuran berlindung daripada azab kubur dalam solat dan tempat memohon perlindungan antara tasyahud dan salam.
Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu berada dalam keadaan tasyahud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksaan neraka jahanam, daripada seksa kubur, daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati serta daripada kejahatan fitnah Almasih Ad-Dajjal.”
Pensyarah kitab At-Tahawiyah, berkata khabar daripada Rasulullah SAW mengenai azab kubur dan nikmatnya, soalan dua malaikat, maka wajib mempercayai serta beriman dengannya.
Perkara yang menyelamatkan daripada azab kubur ialah syahid di medan perang. Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang mati syahid beroleh enam perkara di sisi Allah: Diampunkan dosa pada darah yang mula-mula keluar, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, diselamatkan dari azab kubur, aman pada hari kebangkitan dari kubur, diletakkan mahkota kebesaran atas kepala dibuat dari yaqut yang lebih baik dari dunia dan isinya, dikahwinkan dengan tujuh puluh dua bidadari, dan diizinkan memberi syafaat kepada tujuh puluh orang dari kaum kerabatnya.”
Berjihad di jalan Allah hingga mati. Daripada Fudhalah bin ‘Ubaid, dari Rasulullah SAW sabdanya: “Setiap mayat ditutup amalannya melainkan orang yang mati berjuang di jalan Allah, maka sesungguhnya amalannya tetap diterima pahalanya hingga hari kiamat dan aman dari fitnah kubur.”
Mati pada hari Jumaat dan malamnya. Daripada Abdullah bin ‘Amru, daripada Nabi SAW sabdanya: “Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat melainkan Allah melindunginya dari fitnah kubur.”
Mati dengan sebab penyakit perut. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dibunuh oleh perutnya maka dia tidak akan diseksa dalam kuburnya.”
Amal salih lain seperti dijelaskan dalam hadis masyhur yang diriwayatkan oleh Abu Hatim dan ‘Sahihnya’ dari Abu Hurairah daripada Nabi SAW sabdanya: “Sesungguhnya mayat mendengar bunyi hentakan tapak kasut orang yang menghantarnya ketika mereka meninggalkan kuburnya, jika dia seorang mukmin, solat berada di sisi kepalanya, puasa berada di sebelah kanannya, zakat berada di sebelah kirinya, amalan kebajikan dari sedekah, silaturahim, kebaikan dan ihsan kepada manusia berada di sisi kakinya, lalu malaikat mendatangi dari sisi kepalanya, maka solat berkata tidak ada di sisiku pintu masuk, kemudian kebajikan dari sedekah, silaturahim, kebaikan dan ihsan kepada manusia berkata: tidak ada di sisi pintu masuk...”
Telah jelas bagimu jalan keselamatan maka berpegang teguhlah dengannya, berjalanlah atas hidayatnya, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk mengerjakan amal soleh.
Petikan buku 101 Nasihat Rasulullah SAW Untuk Menjadi Muslimah Paling Bahagia
Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...
Sunday, January 15, 2012
Solat berkesan bentuk akhlak anak
ANAK ialah aset ibu bapa yang sangat bernilai. Mereka diibaratkan permata berharga dianugerahkan Allah SWT. Anak juga menjadi faktor pendorong bagi ibu bapa untuk masuk ke syurga.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak salih yang mendoakan untuknya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Anak juga ujian dan mendidik mereka menjadi tanda pengabdian kita kepada Allah SWT seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah SWT dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah SWT di sisi-Nya pahala besar.” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)
Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan penting memastikan anak dididik dengan ajaran Islam lebih-lebih lagi pada zaman penuh dengan cabaran. Ibu bapa perlu melaksanakan amanah sebaiknya, walaupun sukar melaksanakan proses mendidik anak patuh dan tunduk kepada Allah SWT.
Oleh itu, ibu bapa perlu menyiapkan bekalan ilmu agama yang secukupnya kepada anak. Mereka perlu sedar semua yang dilakukan itu dikira ibadat dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menuntut ilmu (agama) adalah fardu ke atas setiap orang Islam.” (Hadis riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani)
Kita melihat ramai ibu bapa hari ini mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak. Mereka sanggup menghabiskan wang bagi memastikan anak cemerlang dalam akademik yang bersifat duniawi tetapi tidak risau anak jahil ilmu ukhrawi.
Mereka menyangka ilmu dunia yang membantu anak untuk hidup di dunia ini sedangkan ilmu agama yang sebenarnya memandu kehidupan anak di dunia mahupun di akhirat. Ilmu agama yang membimbing anak mempelajari ilmu dunia serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Akibat kecuaian ibu bapa, tidak hairanlah jika kita lihat hari ini ramai anak orang Islam semakin liar, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dalam maksiat serta kemungkaran lantas menggembirakan musuh Islam kerana umat Islam semakin lemah dan lalai akibat kebejatan sosial semakin parah.
Sememangnya itu yang diimpikan musuh seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju kepadamu (Muhammad) sebelum engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah SWT itu petunjuk yang benar. Jika engkau mengikuti keinginan mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah SWT (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan anak sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadat wajib yang lain. Rasulullah SAW berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila dia berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat, sedangkan mereka telah berumur 10 tahun.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)
Di samping mendidik anak sentiasa ingat kepada Allah SWT, solat menjadi benteng daripada keruntuhan akhlak dan gejala sosial. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia melakukan dosa dan kemungkaran.
Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak ke mana saja mereka pergi tetapi jika kita berjaya mendidik anak, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat mencegah daripada melakukan kejahatan serta maksiat.
Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan penting mendidik anak yang diibarat kain putih dan ibu bapa bertanggungjawab mencorakkannya berpaksikan ajaran agama.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua-dua orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, setiap ibu bapa perlu sedar peranan dan tanggungjawab supaya generasi muda masa kini sentiasa hidup dalam keadaan tunduk dan patuh kepada pencipta-Nya, serta tidak melanggar syariat ditetapkan untuk melahirkan masyarakat Muslim seterusnya terbina negara yang mendapat keredaan dan perlindungan Allah SWT.
Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...
Thursday, January 12, 2012
Sukar gambarkan perhimpunan di padang Mahsyar
Setiap amalan di dunia dihisab
MAKHLUK dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras berkarat dan menjadi reput, makanan segar menjadi basi, manusia dimamah usia, akhirnya menemui ajal.
Dunia yang kita duduki dan diami hari ini pun semakin tua. Suasana yang berlaku bukan terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda awal bahawa seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik dinamakan kiamat.
Tiupan sangka kala pertama tanda bermulanya kiamat, manakala tiupan sangka kala kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat.
Roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan.
Dahsyatnya kiamat dijelaskan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang gugur berselerak dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (selepas dihancurkan menjadi debu).” (Surah at-Takwir, ayat 1-3)
Kebangkitan semula manusia selepas kiamat akan dihimpunkan di padang Mahsyar untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan di dunia. Setiap sudut padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama mengharungi hari hisab.
Menurut Imam Ghazali, padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang luas, saujana mata memandang tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh.
Pada dataran putih itulah manusia yang baru dibangkitkan semula dihalau ke sana seperti binatang ternakan keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak baru lahir, dengan keadaan berkaki ayam dan bertelanjang bulat tanpa pakaian.
Dalam keadaan terlalu gawat menghadapi cabaran Mahsyar itu manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing.
Abu Hurairah berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW berpidato di hadapan sahabat bahawa manusia di padang Mahsyar akan dibangkitkan kelak dalam tiga bentuk. Pertama, dibangkitkan dengan keadaan kenderaan sudah tersedia untuk membawa mereka.
Kedua, manusia yang berjalan kaki dan ketiga, manusia yang berjalan dengan mukanya tertungging ke tanah. Digambarkan juga suasana hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia kerana masing-masing sibuk dengan hal tersendiri.
Ada yang berjalan, merangkak dan bermacam lagi dalam suasana panas cahaya matahari berada hanya sejengkal di atas kepala. Ada sesetengah manusia ditenggelami dengan peluh yang banyak dan berbau busuk bergantung kepada tahap amalan semasa di dunia.
Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk ahli Mahsyar. Pada mulanya ahli Mahsyar amat gembira, malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air didekatkan ke bibir, maka daging bibir luruh berguguran kerana air terlalu panas.
Persoalan besar timbul dalam kalangan ahli di padang Mahsyar ialah berapa lama mereka mesti berada di dataran itu? Ada pendapat mengatakan selama 300 tahun mengikut tahun akhirat.
Walaupun tidak ada pohon untuk memberi perlindungan dari bahan panas terik, tetapi Allah SWT menyediakan bayang Arasy yang redup. Mereka yang mendapat naungan Arasy antaranya ialah golongan al-Muqarrabun iaitu orang yang dekat dengan Allah SWT.
Golongan al- Muqarrabun merujuk kepada mereka ketika hidupnya di dunia sentiasa patuh arahan Allah SWT serta meninggalkan perkara yang dilarang sama ada dalam soal akidah atau syariah.
Yakinlah bahawa setiap manusia di padang Mahsyar nanti akan melalui perbicaraannya, disoal dan diperiksa satu persatu, tidak akan terkecuali sesuatu pun dari hidupnya di dunia sekalipun yang sulit dan tersembunyi. Bahkan semua anggota dan bahagian kecil tubuh pun ditanya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal empat perkara; umurnya pada perkara apakah ia habiskan; masa mudanya untuk apa digunakan; harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan amalan dilakukan sesuai dengan apa yang telah diketahuinya?” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Insaflah dan sedarlah bahawa kegawatan dan kesengsaraan di padang Mahsyar yang memakan masa ratusan tahun itu amat dahsyat. Marilah kita semasa masih sihat, bertenaga dan ada peluang melakukan muhasabah diri serta sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.
Muhasabah penting supaya buku rekod catatan amalan menunjukkan amalan yang cemerlang dan digolongkan sebagai kumpulan al-Muqarabbun.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka. Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat kerana bingung dan cemas.” (Surah Ibrahim, ayat 42-43)
Oleh Hizbur Rahman
Penulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis
Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...
Tuesday, January 10, 2012
Tukar Tahsin ke Tahsin Pre-Elementary
Syukur pada Allah atas izinnya..
Sebak mendengar cerita ustaz yang mengajar di Tahsin lama anak aku...
Rupanya... Saban hari dia menangis di sekolah dan sering bertanyakan ibu bapanya...
Tapi bila pulang dari sekolah tiada satu rungutan pun diluahkan pada kami...
Memang tabah dia harungi pembelajaran di situ...
Naluri ibu dapat merasai sesuatu..
Melihat keadaannya yang tidak seceria ketika zaman tadika dulu...
Puncanya? kerana tiada rakan sebaya yang boleh berkongsi cerita dan berjenaka...
Anakku.. Maafkan kami kerana meragut kegembiraan zaman kanak-kanak mu...
Niat kami hanya mahu yang terbaik untukmu...
Sesungguhnya Allah maha mengetahui...
Alhamdulillah.. berkat usaha dan doa isteri tercinta...
Kini dia tersenyum dan gembira bersama kawan baru di tempat baru...
Terima kasih Allah...
InsyaAllah... kejayaan pasti akan menyusul suatu hari nanti...
Aduyai... si kecik dah naik pentas pulak!
Macam-macam dah berubah... Nak naik LRT sekarang dah guna coin plastik, tak macam dulu tiket daripada kertas keras...
Aku dan keluarga sempat meluangkan masa ke Pameran StreetSmart @ Petrosains... demi memenuhi hasrat si sulung yang beriya-iya nak ke sana.. Alhamdulillah rezeki dari Allah dapat hadiah saguhati sebab masuk pertandingan buat 'bumper' kereta...
Walaupun inovasi 'bumper' kami gagal... tapi puas hati.. :p
Kelas malam 30 minit bersama ayah... hehehe..
Berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada anak sebelum tidur...
Melabur sikit beli keperluan bantuan belajar demi menjamin keseronokan anak menuntut ilmu...
First day to Tahsin...
Anakku... pengorbananmu amat besar... ayah sangat bersyukur memilikimu... Semoga kau tabah dan berusaha bersungguh-sungguh menjadi anak yang soleh, berlimu bermanfaat dan berahklak mulia...
Moga suatu hari nanti, pabila tiba masa kami pergi... mandi, kafan dan sembahyangkanlah kami...
Anak-anakku... hanya doa anak-anaklah jadi bekalan kami...
Saturday, January 7, 2012
Mandikan kereta di Double Six Speed Auto Detailer...
Alamat: No 8, Jalan 2A/27A Seksyen 1, Wangsa Maju 53300, Kuala Lumpur...
Manager: Hang Jebat (0102622508)
*kalau tak silap tokei dia anak pelakon terkenal Datuk Jins...
Thursday, January 5, 2012
Pesanan dari isteriku...
Solat jadi lebih sempurna bila kita dengar azan dan kita jawab azan. Sebab tu ada kes tidak khusyuk bila solat kerana tak dengar dan hormat laungan azan. - IKIM.
Jom usahakan supaya dengar dan jawab azan setiap waktu, doa selepas azan diikuti solat. insyaAllah...
Terima kasih isteriku kerana berkongsi ilmu bermanfaat...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone











