Tempat meluahkan rasa hati aku... Hanya Allah-lah penganugerah taufiq dan Dia-lah pembimbing kepada jalan yang benar. Ya Allah, terimalah dari kami amalan kami ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.
An-Nisa - Ayat 59
Topik hangat!
Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™
-
Saya selalu berulang-alik dari Perak ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Biasanya saya menaiki bas di Pudu Raya ketika hampir Maghrib. Say...
Thursday, November 17, 2011
Alhamdulillah.. Malaysia menang 1-0...
Malaysia ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 selepas menewaskan Myanmar 1-0.
Wednesday, November 16, 2011
Lamanya aku tak melukis...
Kelapangan masa yang aku miliki 2-3 hari ni, aku gunakan sedikit untuk mengimbau kembali zaman persekolahan dulu dengan hobi melukis... Lama rasanya tak buat aktiviti ni... Kali terakhir, pada awal kemasukan aku ke IPTA.... Pada masa tu, sudah pandai nak couple, macam rakan-rakan lain... So, melukis adalah cara nak impress dan beritahu rasa kasih dan sayang pada buah hati... hehe... Alhamdulillah, dari rakan, ke buah hati dan kini, bergelar isteri...
Bersyukur pada Allah, walaupun ranjau kehidupan terpaksa diharungi... Hidayah adalah pemberian yang terbesar berlaku dalam hidup kami suami isteri... Moga semuanya berkekalan abadi.. Amin!
Terima kasih Allah, Rasullullah, mak ayah, mak ayah mertua, adik beradik, keluarga, pakcik makcik, saudara mara, jiran dan rakan seperjuangan... Tidak lupa pada guru yang mendidik kami...
Monday, November 14, 2011
Saturday, November 12, 2011
Friday, November 11, 2011
Kualiti ibadat ditunjukkan jadi ukuran kedudukan haji seseorang
SYARIAT Nabi Ibrahim dalam ibadah haji adalah untuk merealisasikan kalimah tauhid dan takzim yang diucapkan ketika solat iaitu, “Sesungguhnya solatku, ibadatku serta seluruh kehidupanku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.”
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ingatlah ketika Kami tempatkan Ibrahim di Baitullah seraya menyeru, janganlah kamu menyengutukan Aku dengan apa juga sekalipun.” (Surah Al-Haj, ayat 26)
Semua sifat syirik, sikap melebihkan makhluk daripada pencipta dan menjauhi sifat dusta adalah antara matlamat ibadah haji.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka selepas kamu mengagungkan Allah dalam haji, jauhilah bentuk syirik dan penyembahan selain Allah dan janganlah kamu berdusta.” (Surah Al-Haj, ayat 30)
Begitu juga ibadah korban yang menyuburkan sifat takwa dalam jiwa hamba sesuai dengan kalimah suci yang menyebut: “Darah serta daging yang dikorbankan tidak akan sampai kepada Allah SWT tetapi yang sampai hanyalah takwa.” (Surah Al-Haj, ayat 37)
Di sinilah berdirinya Baginda Nabi SAW iaitu di bumi Arafah sambil menyeru: “Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya darah, kehormatan dan harta antara kamu adalah haram untuk dicemarkan seperti hari ini, di tempat ini dan bulan yang mulia ini.”
Ucapan yang keras ini diikuti dengan sabdanya: “Janganlah kamu kembali selepasku menjadi umat yang ingkar dan kufur lantaran berbunuhan antara satu sama lain.”
Di sini juga Rasul SAW menyuntik semangat untuk membangunkan ekonomi umat yang semakin menguncup dewasa ini. Mereka menerima ideologi dan fahaman kapitalis yang bermatlamatkan untung semata-mata.
Baginda SAW memberi nasihat dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya riba jahiliah itu adalah rekaan dan sia-sia semata-mata.”
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan keuntungan berganda.” (Surah Al-Imran, ayat 130)
Haji juga mendidik supaya umat sentiasa berdoa dan meletakkan pengharapan hanya kepada Allah SWT: Firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya masjid itu adalah rumah Allah, maka janganlah kamu menyembah dan berdoa selain Allah SWT.” (Surah Al-Jin, ayat 18)
Haji mengajar erti perjuangan bagi mencapai matlamat hidup kerana ada kesusahan dan rintangan yang perlu ditempuh untuk menyelesaikan ibadat ini. Kesabaran dan ketenangan menjadi peneraju kepada haji yang mabrur dan mendapat ganjaran tertinggi di dunia serta akhirat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan haji hendaklah menjaga kelakuan dan kata-kata mereka.” (Surah Al-Baqarah, ayat 197)
Kesempurnaan ibadat haji bergantung kepada perbuatan serta panduan yang ditunjukkan Baginda SAW. Oleh itu, ia mestilah dilakukan sehingga sempurna syarat dan rukun supaya kita kembali mendapat keampunan dari Allah SWT.
Sifat sabar yang dipelajari ketika haji akan mengukuhkan lagi ibadat dilakukan sehingga Allah mengkategorikan mereka sebagai insan yang telah sampai kepada peringkat ketakwaan sebenarnya seterusnya digandakan pahala kepada mereka.
Begitulah pelajaran diperoleh dalam ibadat haji dan kesinambungan sifat ini mesti wujud selepas kembali dari menunaikan ibadat haji. Bukan gelaran haji atau kebanggaan lain menjadi matlamat utama, tetapi keredaan dan kualiti ibadat ditunjukkan menjadi ukuran kedudukan haji seseorang.
Diriwayatkan oleh ‘Aisyah: “Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda Baginda: Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur).”
Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...
Penulis ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)
All for 1...
Alamak Toyol...
Thursday, November 10, 2011
Aku berhajat untuk tunai Haji ketika umur ku 36 tahun...
Musim Haji 2011 memberi inspirasi kepada aku... sehingga aku menitis air mata pabila melihat jemaah Haji berwukuf di Arafah sambil berdoa merintih dan memohon keampunan demi mendapat keredhaan Allah... walaupun ketika itu aku hanya duduk selesa bersama isteri di depan tv... Hati aku amat sayu.. sedih kerana musim Haji pada tahun ini sudah sampai ke penghujungnya...
Ya Allah jemputlah aku dan isteri... juga ibu bapa kami, adik beradik kami, saudara mara kami, jiran, rakan-rakan, umat Islam muslimin dan muslimat... berkunjung ke rumah Mu... mengerjakan rukun Islam ke-5, Mengerjakan Haji di Makkah bagi mereka yang mampu...
Hanya pada Mu aku berserah diri dan minta pertolongan...
Moga kau kabulkan permintaan ku ini...
Ya Allah, berilah ganjaran Haji Mabrur pada semua jemaah Haji seluruh dunia... Amin!
Artist: Irfan Makki
Songs: Waiting for the call
Miles away, oceans apart
never in my sight always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye
I am thiking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine
standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the Jali to Safa and Marwah
rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kaabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kaabah wall
I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running in my Veins
to see my muslim brothers, their purpose all the same
greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone’s a Muslim.
that they remember you in everything they say
standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
drinking blessings from your well
the Jali to Safa and Marwah
rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kaabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kaabah wall
Wednesday, November 9, 2011
Didik anak dekati agama tidak kira waktu susah, senang
Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan anak dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan mudah menjawab soalan. Hingga ada ibu bapa sanggup mengambil cuti menemani anak mengulangkaji pelajaran.
Sikap ini memang baik dan digalakkan kerana anak juga akan berasa gembira dengan perhatian diberikan ibu bapa. Malah, kesungguhan ibu bapa boleh menjadi pembakar semangat kepada anak melakukan yang terbaik.
Selain perhatian, ada ibu bapa yang tidak jemu memanjatkan doa kepada Allah demi kebaikan anak mereka termasuk menunaikan solat sunat hajat memohon dipermudahkan supaya anak mencapai kejayaan cemerlang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga jenis doa yang mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Bukhari-Muslim)
Ingatlah bahawa doa ibu bapa itu umpama doa nabi kepada umatnya. Begitulah hebat dan mulia kedudukan ibu bapa terhadap anaknya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya.” (Hadis riwayat al-Dailami)
Bagaimanapun, usaha itu sebaiknya dilakukan bersama oleh ibu bapa dan anak yang ingin menduduki peperiksaan supaya mereka juga dibimbing untuk menyerahkan segala pengorbanan dibuat kepada Yang Maha Berkuasa.
Adalah lebih baik bagi anak itu sendiri menunaikan solat sunat hajat dan menyampaikan hasrat mereka kepada Allah selepas segala usaha mengulangkaji serta membuat latihan dilakukan secara berterusan.
Imam al-Ghazali berkata: “Solat tahajud ataupun qiamullail adalah solat nabi dan rasul. Bangunlah pada malam yang terakhir dan gunakan waktumu untuk meminta hajatmu, nescaya akan segera ditunaikan Allah.”
Sepatutnya pesanan al-Ghazali ini mampu merangsang ibu bapa untuk bangun malam dan mengajak seisi keluarga bersama menunaikan solat tahajud serta menggunakan waktu afdal berkenaan untuk memohon doa buat kejayaan anak mereka.
Memberi penekanan kepada anak mengenai kepentingan solat wajib dan sunat membantu mereka membina ketenangan jiwa sekali gus memiliki perwatakan hati yang murni. Jiwa kental menghadapi cabaran peperiksaan juga berupaya digarap dengan baik.
Maka, didiklah anak supaya tidak cuai dalam solat fardu dan rajin melaksanakan solat sunat. Didik mereka supaya menjadikan pendekatan berdoa kepada Allah sebagai rutin harian hidup sama ada semasa berdepan situasi getir mahupun di kala kelapangan.
Percayalah, anak yang dibentuk dengan nilai agama yang utuh, akan melekat di jiwa perasaan cintakan agama dan bersahsiah terpuji. Cabaran zaman penuh dugaan ini akan mampu ditangani apabila mereka dewasa nanti.
Ada beranggapan waktu hampir peperiksaan bukan masa sesuai mengganggu anak. Pandangan ini tidak tepat kerana mendidik anak supaya dekat kepada Allah tidak mengira masa atau keadaan.
Jangan hanya ketika berdepan ujian kita mula mendekatkan diri kepada Allah kerana mengharapkan bantuan-Nya tetapi pada masa lain, perkara itu tidak dipandang berat. Tidak kira apa keadaan atau sebabnya, hubungan hamba dengan Allah tidak pernah putus.
Kesungguhan ibu bapa menerapkan elemen beragama yang mantap akan dibalas Allah dengan membuahkan kecemerlangan buat anak-anak. Allah melihat dan menilai apa saja perbuatan kita. Setiap perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan.
Artikel oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...
Tuesday, November 8, 2011
Bukan senang jadi tetamu Allah...
Terima kasih atas ingatan dan nasihat anda..
Jangan "Kembali Hina Selepas Suci"
Hargailah passport jadi tetamu Allah.. Mudah-mudahan kita memperoleh haji yang mabrur...
Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayat kepada mereka ke jalan yang benar."
137, Surah An-Nisa
Saturday, November 5, 2011
Tuesday, November 1, 2011
Emak ingin naik haji...
Monday, October 31, 2011
Peta kehidupan seorang hamba...
Semalam isteri aku baru cerita pasal topik yang dibincangkan di IKIM, iaitu berkenaan 6 Alam yang manusia akan tempuhi.
Kita hidup bermula dengan Alam Roh, kemudian Alam Rahim, seterusnya Dunia, Barzakh, Masyar, Syurga @ Neraka.
Bagai sudah diatur-aturkan, hari ini pula aku terima lakaran Peta Hidup dari Wall Facebook rakan-rakan... seperti diceritakan isteriku semalam...
Alhamdulillah...
Moga pengakhiran hidup kita dipermudahkan dan dihindari siksaan kubur serta dimasukkan ke Syurga tanpa hisab.. InsyaAllah...
Wednesday, October 26, 2011
Gaddafi dijulang dan dibuang...
Innalillahiwainnaillaihirojiun...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, October 24, 2011
Kepada mereka yang pernah menderita...
Diambil dari FB: Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
Terima kasih ustaz...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sunday, October 23, 2011
Moga Allah permudahkan segalanya...
Sesungguhnya engkau Maha mengetahui...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, October 21, 2011
Lupa selawat, abai ibu bapa termasuk dalam golongan rugi
Walaupun manusia tahu dunia yang sementara ini penuh dengan tipu daya syaitan, namun sudah menjadi kelaziman mereka cenderung kepada hal keduniaan dan berlumba memilikinya. Sebilangan kecil saja berjaya melawan godaan nafsu dan mengetepikan pujukan syaitan.
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad, dinyatakan ada tiga golongan manusia yang kecewa dan rugi ketika hidup di dunia, pertama, mereka yang apabila nama Baginda disebut tidak mengucap selawat.
Golongan kedua yang kecewa dan rugi apabila berkesempatan hidup bersama kedua-dua orang tuanya, tapi tidak sampai mampu masuk syurga dan ketiga, mereka yang berkesempatan hidup pada Ramadan tapi dosanya tidak terampunkan.
Begitu jadinya apabila kesempatan yang diberikan Allah kepada manusia semasa hidupnya tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Contohnya, golongan pertama, alangkah mudahnya untuk mendapat pahala tetapi kerana tidak tahu atau sengaja mengingkarinya, maka hidup kecewa dan rugi. Sukar sangatkah untuk berselawat kepada Rasulullah SAW.
Dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat saat disebut nama Nabi Muhammad, maka pahala dan syafaat daripadanya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang berilmu pasti tahu bahawa kelak nanti di akhirat ada suatu masa di mana semua manusia akan mencari syafaat Nabi Muhammad. Orang yang terbiasa membaca dan memperbanyak selawat kepada Rasulullah pada masa hidupnya tentu akan mendapat keutamaan atas syafaatnya. Orang yang tidak berilmu tidak memahami hal itu sehingga mereka lalai dan tidak melakukannya."
Berbakti kepada kedua-dua orang tua dengan menjaga makan minumnya, tidak menyakiti hatinya serta mengambil berat kebajikannya adalah peluang tidak harus dipersiakan anak kerana ganjaran yang dijanjikan Allah adalah syurga.
Akan tetapi masih ada anak yang tidak mengambil kesempatan berharga ini ketika kedua-dua orang tuanya masih ada. Banyak laporan mengenai ibu bapa yang disisih, ditinggal serta dihantar anak mereka ke rumah orang tua.
Bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa, ambillah peluang keemasan yang ada ini untuk berbakti kepada mereka. Lakukanlah seikhlas hati.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam peliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (Surah Al-Isra', ayat 23)
Dicatatkan dalam sejarah bahawa Allah berwasiat kepada Saad bin Abi Waqqash supaya berbuat baik kepada ibunya, meskipun ibunya kafir kepada-Nya. Firman-Nya yang bermaksud: "Dan Kami wajibkan kepada manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya." (Surah Al-Ankabut, ayat 8)
Golongan ketiga yang kecewa dan rugi ialah mereka yang tidak merebut peluang memohon keampunan Allah pada Ramadan yang Allah buka seluas-luasnya rahmat, keampunan serta terlepas dari api neraka.
Diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa berpuasa Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan pahala (keredaan) Allah, maka diampuni dosanya yang terdahulu."
Terserahlah kepada kita sama ada ingin memanfaatkan peluang yang dibuka oleh Allah ini ataupun mensia-siakannya.
*Artikel oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online.
Terima kasih...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, October 20, 2011
Solat Jumaat di 3rd floor, De Palma Hotel...
Sedih sebab ditengah2 bandar Ampang (berhampiran Ampang Point) tiada Masjid... Tapi syukur.. Masih ada yang berusaha wujudkan tempat musolah di dalam hotel... Kecil tapi ramai jemaah...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, October 19, 2011
Dah tinggi anak aku..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tazkirah Asar
"Sesiapa yang mendengar azan tetapi ia tidak hadir maka tidaklah sempurna solatnya kecuali disebabkan keuzuran,"
Hadis Riwayat Ibn Majah
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, October 17, 2011
Berjuanglah kamu baik dlm keadaan ringan atau berat...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone




