An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Thursday, May 26, 2011

Lamban look a like Pulut Panggang...

From Sabah... Correct me if I'm wrong...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Duit, duit, duit...

Salam,

Bulan Mei ini, aku dan isteri diberi sedikit ujian kecil agar kami bermuhasabah diri serta terus istiqamah dalam memperkukuhkan iman dan taqwa. Sabar dan tawakal pada Allah adalah ubat terbaik menghadapi situasi getir ketika ini...

Barangkali, bagi mereka yang berkemampuan di luar sana, masalah kewangan yang kami hadapi ini umpama luka kecil dihujung jari... Tapi tidak untuk kami. Jika kami biarkan tanpa rawatan, masalah ini akan melarat seterusnya parah dan sukar untuk diubati... Kesedaran peringkat awal dan terus bertindak tanpa berlengah jadi pedoman kami untuk selesaikan permasalahan ini...

Mungkin Allah ingin menasihati kami agar lebih berjimat cermat dalam perbelanjaan dan menjauhkan sifat boros dalam urusan seharian kami... Sifat boros itu bukankah kesukaan Syaitan? Sebenarnya bukan tak tahu... Memang sifat manusia saja buat-buat tak tahu..

Alhamdulillah, ujian kecil kami ini tidak lama... Tidak sempat sehari pun... Tiba-tiba kami dapat kiriman surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)... Rupa-rupanya, kami dapat cek cukai terlebih bayar untuk tahun taksiran 2010... Siapa sangka? Allah itu Maha mengetahui akan kemampuan hambanya... Syukur Ya Allah atas limpahan rezeki dariMu... Terima kasih Allah... Inilah keberkatan menginfakkan harta ke jalan Allah (zakat) dan mengambil insurans untuk keluarga... So, aku nasihatkan buat korang semua, mulakan sekarang juga.. Wallahualam!

Buat isteriku, terima kasih kerana kamu orang yang mula-mula menyedarkan aku!
Aku cinta kamu!

Wednesday, May 25, 2011

Antara mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat

Semoga Allah tempatkan mereka bersama-sama golongan beriman lagi dimuliakan... Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita pasti kembali... Jadikan kejadian ini iktibar buat kita... Dirikanlah solat, tunaikan zakat, berpuasalah, tunaikan haji & umrah bagi yang mampu... Perbanyakkan ibadah anda sebelum anda dijemputNya...

Berbaik-baiklah sesama kita.. Walau pandangan jauh berbeza, Tak bermakna ada salah, ada benar, Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu kiblat yang sama... Al-Fatihah buat Ustaz Asri (Rabani)...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tajwid time! Pergh...

Idgham, Ihfa', Izhar, Mad Asli, Mad Far'I... dan macam-macam lagi...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 23, 2011

"Jin dok kencing dalam makanan": Ustaz Kazim Elias



Pesanan Ustaz Kazim Elias bila nak masuk kedai, restoran, pasar.. baca doa..

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan zalambur dan tentera-tenteranya...

Saturday, May 21, 2011

Tragedi tanah runtuh Hulu Langat

Setiap musibah adalah ketentuanNya... Al-Fatihah buat mangsa tanah runtuh Hulu Langat...

Gambar 'screen capture" daripada laman Galeri Foto - Berita Harian Online


Video daripada BHtv - Berita Harian Online


Antara Status rakan Facebook berkenaan tragedi ini:

"Setiap kali tanah runtuh n ada nyawa terkorban, mulalah ramai yg sibuk bersuara..kena kaji pembinaan di tepi lereng etc etc..tapi setakat cakap je la, tiada larangan sampailah tanah runtuh lg n ramai yg terkorban lg"

"Sayu hati ni mengenangkan anak2 yg tertimbus dalam land slide tu...Allah Lebih Mengetahui akan perancanganNya...Mereka dipelihara dari dosa2 masa depan. Kenapa x dijatuhkan bala kat tempat2 maksiat, tempat judi, markas dadah semua? Mungkin sbb nak beri peluang utk mereka bertaubat...juga untuk pengajaran kita menginsafi diri sbb ketidaksempurnaan kita sbg hambaNya. Al Fatihah..."

Sesungguhnya Allah Mengetahui apa yang kita tidak ketahui... Wallahualam...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, May 19, 2011

Niat I'tikaf...


( Nawaitul i'tikaafa fii haazalmasjidi sunnatalillahita'ala )


I'tikaf, seperti dijelaskan didalam Alquran Surat Al-Baqarah ayat 187, adalah berdiam diri di masjid melakukan kegiatan ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Selain itu, dalam beri'tikaf, kita diharapkan melakukan kegiatan muhasabah terhadap hal-hal yang lalu, melihat kekurangan dan kelemahan diri, untuk kemudian berusaha memperbaiki diri, meningkatkan kualiti keimanan dan ketakwaan, memperbaiki hubungan dengan Allah S.W.T mahupun dengan sesama manusia.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Modal insan: Menjelang Kemerdekaan Malaysia Ke-54

"Ngah Ibrahim tidak pernah meminta rakyatnya jadi hisap dadah... Datuk Bahaman tidak pernah minta orang Melayu makan rasuah... Mat Kilau tidak pernah mengharap orang Melayu jual tanah dia pada bangsa asing... Dol Said tidak pernah mengharapkan orang Melayu mengkhianati orang Melayu... Tok Janggut tidak pernah bercita-cita nak tengok Islam ni dipandang rendah oleh masyarakat lain... Abdul Rahman Limbung tidak pernah pun bercita-cita dalam hati, dalam jiwa sanubari dia nak tengok orang Melayu sama Melayu bergaduh..."


"Sekarang kita dah Merdeka, adakah kita menilai kepada Islam dan bangsa sekarang? Kita bukan lagi menilai kepada bangsa, kita menilai hang belah mana? hang belah mana? Lupakah kita dia belah mana pun dia Melayu, orang ni belah mana pun dia Islam, sama bangsa, sama agama. Kenapa kita tanya dia belah mana? Bukankah itu sudah jadi macam penjajah, yang tidak mahu memberi kepada masyarakat pribumi, masyarakat asal negara itu, yang hanya mengutamakan bangsa mereka. Kalau penjajah dah balik ke negara asal mereka, tetapi kita masih mewarisi sikap dan perangai mereka.. Apakah makna kemerdekaan kepada kita? - Ustaz Kazim Elias


Di mana matlamat perjuangan kita sekarang?

Dinner time...

Alhamdulillah atas rezeki ini.. Hujan lebat + makan sup memang terbaik!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 18, 2011

Teka mana tisu?

Tekaan aku betul 8/10..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 17, 2011

Sunday, May 15, 2011

Panduan mematikan telefon bimbit ketika solat

Moga kita sama-sama dapat manfaatnya...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selamat Hari Guru!


Antara ramai guru yang pernah mendidik aku... Cikgu ni yang paling aku ingat..
Garang, Tegas, Sportsman, Baik Hati, Taiko... Thanks cikgu Rashid! Moga Allah memuliakanmu...

Dah Check Up!

Alhamdulillah.. doktor kata bukan jantung...
Otot kejang aja... Dapatlah ubat ni haaa...


Ya Allah pada Mu aku berserah diri..

Mari mengaji: Surah Thaahaa baik untuk anak

Baca surah Thaahaa, ayat 1-5 dan hembuskan @ tiup pada ubun-ubun mereka... InsyaAllah mujarab untuk perbaiki akhlak anak...

Sukan laman rumah..

Gaya tendang, arah, kekuatan dah nampak.. Mungkin ahli sukan juga anak #2 aku nih...
Cuba tgk tapak kaki, bapok hitamnya...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Awan dah golap!

Sediakan payung sebelum hujan...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, May 14, 2011

Hanya untuk rekod... Kenapa agaknya?


Dikesan kali pertama pada 13 Mei 2011.

Kali ke-2 pada 15 Mei 2011, selepas breakfast...

Mahu buat check up esok...

Lapar; Tiada teman... Celebrations!

Alhamdulillah...
Tosai 2 pinggan, Teh tarik 2 cawan...
Lepas ni baru semangat sambung koje..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bagaimana nak buat Sujud Sahwi?

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.