An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Saturday, May 14, 2011

Doa Harian: Amal doa pagi, petang atasi masalah jiwa


Alhamdulillah wassolatuwassalam ‘ala rasulillah waba’d.

Imam Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi menjelaskan dalam kitab beliau Anta Tas’alu wa Islaamu Yujiibu seperti berikut: “Orang beriman menghadapi tiap persoalan kehidupan dunia dengan memohon pertolongan Allah dan bertawakal kepada-Nya. Apabila ia gagal mencapai apa yang dicita-cita, ia tidak susah hati dan bersedih meskipun ia sedar bahawa kegagalan itu adalah kerana persediaan yang kurang sempurna.

Orang yang tidak beriman bergantung nasib dalam usahanya kepada kesempurnaan persediaan. Apabila gagal, dia gelisah, fikirannya terganggu, hatinya risau, takut yang menyebabkan sakit jiwa dan akhirnya bunuh diri. Keadaan seperti ini banyak kita jumpa di negara maju bukan Islam. Negara seperti ini ramai rakyatnya terkena gangguan jiwa.

Lalu orang pun bertanya mengapakah di negara maju berlaku ramai yang menghidap gangguan jiwa? Bukankah yang sepatutnya kena adalah masyarakat di negara yang sedang berkembang atau negara yang mundur?

Mereka iaitu orang yang mengabdikan diri dengan ilmu pengetahuan dan membuang agama dari diri. Apabila keimanan lenyap dari jiwa manusia, akan lenyaplah ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan dan rasa reda.

Apabila jiwa kosong dari iman, lalu ia terjun ke dalam perjuangan hidup untuk memiliki kekuasaan dan ia gagal, maka mudah saja ia terkena gangguan jiwa dan menjadi gila. Seorang Muslim yang tidak memiliki iman yang kuat, mudah terkena penyakit itu. Dalam kesibukannya ia lupa kepada Allah SWT lalu Allah SWT pun melupakannya.

Yang dikerjakan dan diusahakannya hanyalah mengumpul harta dan hidup mewah. Apabila lupa itu dibiar berlarutan tanpa cuba diatasi, ia akan membawa kepada kufur akan nikmat Allah, lalu ia akan lupa diri, hilang kebahagiaan atau mudah sakit jiwa.

Nabi SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu:
“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal (yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang).”

Kedua, hendaklah mendekati al-Quran dengan membaca, memahami dan berusaha mengamalkannya dalam kehidupan nescaya anda akan menemui kebahagiaan bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat.

Al-Quran adalah penyembuh yang paling berkesan mengubat penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: “Wahai umat manusia!
Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”
Demikianlah, wallahua’lam.

Artikel dari Berita Harian: Persolan Agama (Ustaz Zahazan)

Champions: Manchester United have won a record 19th English league title.

Tahniah!

Mari mengaji: Surah Al-Qadr


[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kembara masjid: Masjid Putra, Putrajaya

Rindu Masjidil Haram dan Nabawi... Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 13, 2011

Smart Reader Kids Sports Day!

Siapalah dapat piala banyok ni?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 10, 2011

How to be a Productive Muslim?

Watch these video and you'll know...

Animation #1


Animation #2


Video by productivemuslim. Thanks Bro!!!

Ni lawan cakap ke lawan tangan?: Anak Sulung, 6

Lepas gi 'ngaji' kami lepak ngeteh sat kat mamak... Diorang pasang WWE la pulok! Tak sesuai langsung untuk kanak-kanak... Selepas 20 minit dok situ tiba-tiba anak aku bersuara, "Ni lawan cakap ke lawan tangan?"
Terkujat aku dan wife... Hehehe.. Nampak sangat aksi WWE ni membosankan.. Lebih cakap dari bergasak... Anak aku yang sulung pun pandai persoalankan...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, May 8, 2011

Solat Tahajjud - Datuk Hassan Din

Apakah yang dimaksudkan dengan solat Tahajud? Bagaimanakah cara pelaksanaannya dan bilakah waktu yang sesuai untuk melakukannya?


Tak cuba tak tahu keistimewaannya.. Macam beli baju, kalau tak test mana nak tahu padan or cantik pada kita... Jom tahajjud!

Saturday, May 7, 2011

Persoalan Agama: Berzikir tidak terbatas selepas solat

KITA sememangnya maklum zikir menjadi sebahagian proses memantapkan diri sebagai seorang Muslim. Persoalannya, apakah yang dinyatakan kitab suci al-Quran mengenai zikir ini.

Ibu Prihatin, Selangor.


FIRMAN Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat ke-35 , maksudnya: “Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah SWT banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah SWT banyak-banyak, Allah sudah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”

Berdasarkan ayat ini di kalangan ulama, contohnya Mulla 'Ali al-Qari muhaddith menjelaskan bahawa berdasarkan hadis, ibadat yang paling utama dilakukan selepas membaca al-Quran dan mempelajari hadis ialah berzikir.

Hebatnya kedudukan orang yang berzikir ini turut dinyatakan dalam firman Allah SWT menerusi surah al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud: “Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Aku sentiasa bersama hamba-Ku apabila dia mengingati-Ku dan selagi bibirnya menyebut-Ku”. Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah.

Dalam sebuah hadis sahih yang lain Nabi saw bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berhimpun sesuatu golongan itu untuk mengingati Allah SWT melainkan Allah SWT akan mengelilingi mereka dan rahmat menyelaputi mereka dan ketenangan turun kepada mereka dan disebut-sebut oleh Allah SWT pada setiap yang ada disisi-Nya”.

Muslim hendaklah menjadikan setiap kesempatan dilalui sebagai zikrullah. Tetapi soalan yang timbul ialah bagaimana boleh berlaku begitu? Al-Imam An-Nawawiy, seorang pakar fiqah bermazhab Syafie yang masyhur memperjelaskan dalam kitab al-Azkar, betapa mudahnya amalan zikir ini untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata, bahawa segala tindak tanduk yang berasaskan kepada keimanan kepada Allah SWT adalah zikir. Jika difahami perkara ini maka bukan saja pertuturan mempunyai nilai zikir, malah tidur, bersembang, ziarah menziarahi juga termasuk dalam zikir.

Penjelasan ini berteraskan kepada hadis dan al-Quran yang menjelaskan perkara berkenaan. Hal ini sekali gus menafikan tanggapan sempit masyarakat bahawa zikir hanya terbatas dalam persekitaran ibadat khusus seperti selepas solat atau pada waktu tertentu.

Al-Imam Al-Ghazali menyebut dalam Al-Ihya’, setiap episod yang dilalui dari pagi hingga malam hendaklah dipastikan menjadi ibadat kepada Allah SWT. Lantaran itu, agenda kehidupan itu mesti bermula dengan hubungan langsung dengan Allah SWT. Alangkah baiknya jika hari itu dimulakan solat tahajud diikuti sunat hajat.

Selesai solat Subuh, Muslim menuju ke tempat kerja dan kerja itu adalah peluang beribadat kepada Allah SWT dengan menepati syarat ditetapkan Islam. Pada waktu pagi, lebih kurang tiga jam selepas matahari terbit, Muslim jangan melepaskan peluang untuk beribadat dengan menunaikan solat duha atau menunaikan keperluan seseorang Muslim yang lain.

Pada hari bekerja pula, waktu ini digunakan untuk bekerja dalam erti kata yang sebenarnya.

Menjelang waktu Zuhur pula, seseorang hamba itu boleh meneruskan pekerjaannya sebaik tamat solat Zuhur. Sekiranya kerja sudah selesai maka dia boleh berehat iaitu tidur untuk membolehkannya Qiamullail. Apabila masuk waktu Asar, tugasnya ialah bersolat seperti biasa kemudian berzikir dan berwirid, seterusnya aktiviti berbentuk kekeluargaan bersama anak dan isteri menerusi aktiviti rekreasi, riadah dan kreativiti.

Waktu antara Maghrib dan Isyak hendaklah diisi dengan sebaiknya, sama ada untuk menghadiri majlis ilmu atau membaca al-Quran atau bertasbih, berzikir dan solat sunat.

Seterusnya selesai solat Isyak, eloklah kiranya diisi dengan program al-Quran seisi keluarga. Antara surah digalakkan untuk dibaca setiap malam adalah surah Al-Waqi’ah.

Sebelum tidur, alangkah baiknya jika dibacakan surah penyelamat dari seksa kubur, iaitu surah al-Mulk. Akhir sekali dikerjakan solat sunat witir sebagai penutup solat pada malam itu.

Nota: Al-Imam Al-Ghazali menyebut dalam Al-Ihya’, setiap episod yang dilalui dari pagi hingga malam hendaklah dipastikan menjadi ibadat kepada Allah SWT. Lantaran itu,Agenda kehidupan itu mesti bermula dengan hubungan langsung dengan Allah SWT. 

1) SEPERTIGA MALAM: Alangkah baiknya jika hari itu dimulakan Solat Tahajud diikuti Sunat Hajat.
2) FAJAR:  Solat Subuh
3) PAGI (lebih kurang tiga jam selepas matahari terbit) : Solat Dhuha
4) ZUHUR: Solat Zuhur, tidur seketika untuk Qiamullail.
5) ASAR: Solat Asar, berzikir dan berwirid, 
6) 5.30 hingga 6.45 petang: Berekreasi, Kreativiti bersama keluarga
7) MAGHRIB: Hadiri majlis ilmu atau membaca al-Quran atau bertasbih, berzikir dan solat sunat.
8) ISYAK: Program al-Quran seisi keluarga. Surah digalakkan untuk dibaca setiap malam adalah surah Al-Waqi’ah.
9)SEBELUM TIDUR: Bacakan surah penyelamat dari seksa kubur, iaitu surah al-Mulk. Solat sunat witir sebagai penutup solat pada malam itu.

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

From the inside...

Cuci kereta time!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

@ Desa Waterpark...

Selamat Hari Ibu to my lovely wife!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 6, 2011

Khutbah Jumaat: Air Mata Ibu...

Esok 8/5 kalau tak salah adalah Hari Ibu... Teringat saranan Khatib ketika menyampaikan khutbah berkenaan Air Mata Ibu...

Begitu besar pengorbanan dan jasa ibu... Tiada satu pun boleh dijadikan bandingan...
Seperti kisah yang terjadi pada zaman Rasullullah s.a.w yang disampaikan khatib dalam khutbahnya...

"Seorang mukmin bertanya pada Rasullullah s.a.w, Ya kekasih Allah! Aku sudah melakukan kebajikan dan berkorban tenaga untuk ibuku, yakni aku mendokong ibuku ketika mengerjakan Tawaf.. Adakah itu cukup untuk aku membalas jasa orang tua ku?

Lantas dijawab Rasullullah, Tidak! Tidak cukup! Pengorbanan mu itu tadi tidak setanding jika mahu dibandingkan dengan helaan senafas ketika ibumu bertarung nyawa pada masa mahu melahirkan kamu kedunia..."

Nyata kisah ini menunjukkan bahawa pengorbanan ibu tiada tolok bandingannya....

Mak, sesungguhnya anakmu ini memohon ampun dan maaf atas kesalahan dan keterlanjuran kata-kataku selama ini... Terima kasih atas curahan kasih sayangmu, didikanmu, ilmu yang bermanafaat dan nasihatmu, doa-doamu, pengorbananmu menjaga aku ketika aku sihat mahupun sakit dari sejak kecil hingga kini...

Ya Allah kau berilah keampunan kepada kedua orang tuaku... Maafkanlah mereka, limpahkanlah kasih sayangMu Ya Allah kepada mereka seperti mana mereka menyayangi aku ketika aku masih kecil... Kau berilah petunjuk dan hidayah kepada mereka, kau berikanlah kesihatan kepada mereka agar aku dapat menunaikan hajatku untuk membawa mereka mengerjakan Haji atau Umrah dalam keadaan sihat walafiah... Murahkan rezeki mereka, jadikanlah kesemua anak-anaknya menjadi anak yang soleh... Yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan keampunan untuk mereka... Sesungguhnya Ya Allah, engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui...

Amin!

Mak! Selamat hari ibu...
Ibu mertuaku, selamat hari ibu...
Isteriku, selamat hari ibu...
Makcikku, selamat hari ibu...

Semoga kalian semua mendapat keredhaan Allah s.w.t! Aku sayang kamu semua!

Ayah... Terima kasih! InsyaAllah doa ayah akan dimakbulkan suatu hari nanti...

Buat isteriku, Aku bangga dengan kamu! Kekalkanlah usahamu itu agar kamu tergolong dalam insan yang solehah!

Jom hayati lirik lagu ini, moga akan beri keinsafan pada kita semua...



Aeman - Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Steamboat Time...

Nyum... Nyum...

Thanks sahabat! Moga Allah membalas jasa korang dengan kemurahan rezeki dan kesihatan...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bulan Sabit @ S17...

Keindahan ciptaan tuhan...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 4, 2011

Bosan + perut lapar...

Bermesej dgn member sebelah..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

@JUPEM

Pegi beli peta di Jabatan Ukur & Pemetaan...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Restoran Darul Ehsan...

Belasah roti kosong + teh tarik...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 2, 2011

Betul ke Osama Bin Laden dah mati?

Macam gambar tipu je... Pandangan anda bagaimana?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone