An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Tuesday, February 28, 2012

Sepuluh pintu beri ruang syaitan menguasai manusia

ALLAH SWT berfirman bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (Surah an-Nisa, ayat 120-121).

Ayat ini jelas menerangkan kepada manusia antara sikap jahat syaitan terhadap manusia iaitu membisik ke dalam hati kita angan-angan kosong seperti menyangka sudah memiliki pahala yang banyak menerusi amalan yang dilakukan lalu manusia pun berfikir ‘aku layak mendiami syurga’ tanpa perlu meningkatkan lagi amalan.

Punca mengapa manusia mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan ini ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada ketika kita sedar atau tidak, sebenarnya ia menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah menjadi raja di dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan merayap menguasai tunjang di dalam badan manusia.

Pada ketika itu, syaitan berlumba-lumba untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati itu dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.
Namun, beruntunglah manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu iaitu:
  • Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia. Ia berpunca sikap ego manusia yang mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
  • Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah. Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak (benar).
  • Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan nikmat yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (Surah an-Nahl, ayat 23)
  • Keempat – sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
  • Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Junjungan Rasulullah selalu menasihati sahabat menjauhkan diri daripada menjadi golongan keempat ini kerana ia dibenci Allah
  • Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu yang kering.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua, orang yang berilmu dan imam (pemimpin) yang adil.” (Riwayat Muslim).
  • Kelapan – melalui sifat ‘ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
  • Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam agama yang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
  • Ke-10 - melalui sifat buruk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)


Oleh Wan Marzuki Wan Ramli | Artikel diambil dari segmen Agama, Berita Harian Online. Terima kasih...

Rezeki 2012...

Alhamdulillah... Syukur pada Allah SWT..
Walaupun hajat tak kesampaian... mungkin ada hikmah disebaliknya... Allah merancang yang terbaik untuk kami sekeluarga... Terima kasih Allah..

Sunday, February 26, 2012

Saturday, February 25, 2012

Motivasi PAGI 2012

Bersama Ustaz Zawawi di TV3...

Tip Belajar dan Beramal:

1) Belajar dan buat segala keutamaan dalam ibadah
2) Jangan berhenti untuk terus belajar
3) Belajar dan biar ilmu itu berkat dan diredhai
4) Belajar untuk kebaikan dan bukan untuk membangga diri
5) Perlu tahu tujuan belajar dan berikrar untuk mengamalkannya
6) Sesiapa yang belajar dengan mudah dan lancar, nescaya mudah dan lancarlah ia berjalan di titian sirat kerana: Mudah Belajar, Mudah Faham, Mudah Amalkan
7) Perlu membuat amalan secara berperingkat dan berterusan
8) Tanamkan niat menimba ilmu hanya kerana Allah SWT

Wallahualam...

Friday, February 24, 2012

Cerita burung singgah di depan rumah...

Kuasa Allah SWT, dengan izinnya.. Ketika aku dan ayahku sedang sibuk bercucuk tanam di depan rumah kira-kira jam lima petang, tiba-tiba seekor burung kecil berwarna hijau (aku kurang pasti jenisnya...) singgah betul-betul di depan aku... Pelik tapi benar...

Keadaan burung tu seperti keletihan dan tak bermaya... Aku cuba mengangkatnya dan meneliti jika ada kecederaan pada anggota badannya... Semuanya kelihatan sempurna pada mata kasar aku... Lalu aku tanpa berfikir panjang meminta ibu ku membawa secawan air untuk diberikan kepada burung itu... Dengan harapan bantuan kecil itu dapat menghilangkan dahaganya dan memberikan sedikit tenaga kepadanya..

Alhamdulillah, burung itu menikmati air tanpa perisa itu sehingga puas... Dalam pada itu, aku memanggil anak-anak supaya melihat dan menyentuh sendiri makhluk Allah yang sangat cantik itu... Dan aku sempat merakam gambar burung itu bersama anak- anak..

Selepas itu, aku bawa burung itu ke kawasan lapang di depan rumah supaya ia terbang semula... Syukur, ia kembali bebas terbang bagi menerokai bumi Allah yang indah ini...

Kejadian ini pertama kali aku alami.. Alhamdulillah, Allah memberi aku kesempatan untuk berbakti...

Menjelang senja, kami bersiap-siap ke surau bagi menunaikan solat Maghrib... Selepas pulang ke rumah, ibu ku tergesa-gesa mendapatkan aku untuk memberitahu bahawa adik arwah atuk aku meninggal dunia kira-kira jam 7 petang tadi... Innalillahiwainnaillahirojiun...

Aku terus teringat peristiwa burung tadi... Mungkin Allah ingin memberitahu sesuatu... Atau petanda... Wallahualam.. Hanya Allah yang maha mengetahui...

Takziah buat saudaraku... Al-Fatihah buat arwah... Moga ditempatkan bersama orang yang beriman... Selamat dari seksa kubur dan dipilih masuk ke Syurga... Amin!

Isnin, 13 Februari 2012...
(kebetulan hari yang sama isteriku bertolak menunaikan umrah)

Wednesday, February 22, 2012

Madrasah Syariah: Mukadimah perkahwinan...

Mencari sifat-sifat yang dituntut berdasarkan syarak...

Tuesday, February 21, 2012

Filem, drama tahyul beri kesan -ve

Aku bersetuju dgn kenyataan Mufti Perlis ni..
Berita diambil pada bahagian Nasional akhbar Berita Harian bertarikh 22 Februari 2012..

Monday, February 20, 2012

Bersedia untuk di Tasmi'

Moga Allah memilih kamu menjadi hufaz al-Quran... Amin!

Jom menuju kejayaan...

Masjid UKM... Alhamdulillah...

Saturday, February 18, 2012

Tuesday, February 14, 2012

Register Haji for my umi and walid...

Alhamdulillah..
Dengan izin Allah semuanya berjalan lancar...

Monday, February 13, 2012

Merindui...

Salam,
Malam ni rasa sangat sunyi, terkenang saat duka dan ria bersama isteri...
Isteriku, semoga Allah meredhai apa yang kita usahakan... Alhamdulillah Allah sudah memperkenan doa mu...
Moga doa ku juga akan dikabulkan Allah suatu masa nanti...insyaAllah..

Ya Allah lindungilah isteriku dan ahli keluarganya daripada perkara buruk dan yang mendukacitakan... Ya Allah, sambutlah mereka sebagai tetamuMu yang paling istimewa...

Isteriku, Aku sayang kamu!

Thursday, February 9, 2012

Kasih ibu & ayah - Ustaz Kazim Elias

Assalamualaikum,

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, Murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa" - Hadith Riwayat al-Hakim


Jom layan video Ustaz Mohd Kazim Elias dan jangan lupa 'LIKE' page beliau di Facebook


Wednesday, February 8, 2012

Cara baca Al-Fatihah dengan baik


5 langkah penting ketika baca al-Fatihah

  1. Jaga huruf jangan tukar
  2. Jaga baris
  3. Jaga berhenti
  4. Ingat Basmallah
  5. Jangan lupa bacaan yang dihujung biar seirama


Jom ikuti video bacaan oleh Ustaz Don dalam rancangan 30 minit bersama beliau...






Ikhsan Tv Alhijrah...

Tuesday, February 7, 2012

Jom bersahabat dengan al-Quran...

"Orang yang berada dengan al-Quran sentiasa kaya, tiada kefakiran bersamanya" - Tan Sri Sheikh Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara

Mari hayati video ini... Halaqah 2012 - Lirik Cinta Siapa



Ibu bapa yang selayaknya mendorong dan membimbing anak-anak menceburi ilmu agama... Sesungguh al-Quran itu memberi petunjuk dan hidayah untuk jalan yang benar... InsyaAllah...