An-Nisa - Ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Topik hangat!

Sharing is caring... (76) anak (30) umrah (22) isteri (10) Mari mengaji (9) Tanya ustaz (9) Ramadan (8) solat (8) Kembara masjid (7) Doa (6) Hadith (6) al-Quran (6) breakfast (6) Abdul Rahman Assudais (5) Kuching (5) Makkah (5) Masjid (5) haji (5) syukur (5) Ibadat (4) Madinah (4) Maher Zain (4) Tahfiz (4) Ustaz Don (4) al-Fatihah (4) dugaan (4) Allah (3) Blackberry (3) Facebook (3) KLCC (3) Lee Chong Wei (3) Lin Dan (3) Masjid Nabawi (3) Sejarah Al-Quran (3) Solat Hajat (3) Solat Subuh (3) bongsu (3) ilmu (3) kesihatan (3) wife (3) All England (2) Anniversary (2) Cuti-cuti (2) Imam (2) Islam (2) Manchester United (2) Oldtown White Coffee (2) Rasulullah SAW (2) Raudhah (2) Solat Jumaat (2) Tragedi (2) YouTube (2) al-Baqarah (2) arwah (2) badminton (2) hajat (2) home work (2) insurans (2) kuliah (2) poklong (2) radiasi (2) rindu (2) roadtax (2) rumah sewa (2) sakit (2) supper (2) ziarah (2) 2010 (1) Asb (1) Bacalah... (1) Berita Harian (1) Biodata (1) Bulan (1) Canterbury (1) Durian (1) FOS (1) Gigi (1) Hari Istiwa (1) Hari Pekerja (1) Holiday Villa a.k.a Grand Margarita (1) Hotel (1) Ikan Terubuk Masin Satok (1) Impiana KLCC (1) Innalillah (1) InsyaAllah (1) KL Twin Towers (1) Khairat (1) Lailatul qadar (1) Lelah (1) Livina (1) Malaysia (1) Male or female? (1) Menara Berkembar Petronas (1) Modal insan (1) Nasyid (1) Negaraku (1) Osama Bin Laden (1) PappaRich (1) Pusat Sains Negara (1) Qiamullail (1) Renew (1) Restoran Mahbub (1) Siapa aku (1) Solat Tahajjud (1) Streamyx (1) Sujud Sahwi (1) Swatch (1) TM (1) Tahlil (1) Tartil (1) Tawaf Wida (1) Twin Towers (1) Ulang Tahun (1) Waterfront (1) Yee Mee Claypot (1) adab (1) air auam (1) alpha (1) atok (1) atuk (1) belanja (1) bonus (1) botak (1) cekodok (1) cucu (1) cukai (1) dance (1) delicious (1) demam (1) dhuha (1) didik (1) discaj (1) fitness (1) gunting (1) guru (1) hijjaz (1) hutang (1) iblis (1) ibu (1) iftar (1) income tax (1) internet (1) joging (1) kabus (1) kerja (1) khemah (1) khutbah (1) kipas (1) lapar (1) lega (1) lembaga hasil (1) lesen (1) modem (1) muntah (1) muslim (1) naik kapal (1) nenek (1) penawar penyakit (1) petunjuk (1) pindah (1) piramid makanan (1) polis (1) rambut (1) renggang (1) setan (1) suami (1) syaitan (1) tahajud (1) teh o suam (1) tudung (1) upin ipin (1) uri (1) vaccin (1) vaksin (1) warded (1) wuduk (1) zakat fitrah (1) zikir (1)

Artikel #1 carta kedudukan paling popular di Cerita Pendek Aku™

Saturday, April 30, 2011

3 Mei Hari Asma Sedunia...

Jom baca artikel berkenaan Lelah ni...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Menu pagi 1 Mei: Teh Tarik + Roti Canai...


Makan tanpa teman... Why? Sebab semua orang hari ini cuti Hari Pekerja... Aku?
Macam biasa selagi belum tutup mata... kerja, kerja, kerja!..
Sabar bro... kerja itu ibadah... ;)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kaki lenguh.. Impit atas impit..

Angkara penat berjalan di Pusat Sains Negara... Minta tolong anak duduk atas kaki.. pastu pandai pulak dia sodok kaki dia sekali...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 29, 2011

Pusat Sains Negara...


Agak-agak korang berapa jumlah segitiga dalam gambar ni? Pening aku kira, dari tadi gagal!
FYI, gambar atas ni adalah bumbung Pusat Sains Negara (PSN)...

Info: PSN

Peta lokasi:





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Layan Tanya Ustaz...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Riadah Malam Sabtu..

Sambil tu dapat bayar duit 'perlindungan' kepada ketua lorong... :) Payoh nak jupo..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Funtime @ Kids Park

Luangkan masa bersama anak di Taman Kanak-Kanak...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 27, 2011

Jaminan syurga bagi umat seimbangkan tuntutan dunia, akhirat

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kamu, (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah kamu (kepada orang lain) seperti mana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Kehidupan dunia pada kaca mata Islam bukanlah satu matlamat yang dicari-cari dan dikejar oleh insan yang mengaku dirinya beriman kepada Allah. Sebaliknya, dunia hanyalah wasilah atau wadah menuju ke arah kehidupan lebih abadi yang diredai Allah iaitu kehidupan akhirat.

Seseorang yang bertakwa menjadikan dunia persinggahan sementara untuk dia membuat persediaan menghadap Allah sesuai sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bandingan aku dengan dunia adalah seumpama seorang pengembara yang singgah beristirehat di bawah teduhan sepohon pokok, kemudian setelah bersiap sedia dia pun beredar dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dunia menurut kaca mata Islam bukanlah satu perkara yang terlarang kepada umatnya untuk mencari dan merebutnya kerana cintakan kepada dunia adalah sifat semula jadi yang sememangnya ada pada semua manusia.

Cinta dunia yang dilarang Islam ialah cinta keterlaluan dan berlebihan sehingga meminggirkan ajaran Islam. Islam adalah agama seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Barangkali inilah amaran Allah kepada umat Islam mengenai hakikat dunia.

Firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), dan (juga hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.” (Surah al-Hadid, ayat 20)
Islam daripada awal lagi memperingatkan umatnya supaya jangan terlalu mementingkan kehidupan dunia sehingga melupakan kehidupan akhirat. Begitu juga, Islam melarang umatnya hanya menumpukan akhirat dan meminggirkan dunia yang menjadi jambatan menuju akhirat yang abadi.

Sejarah silam merakamkan detik-detik kebinasaan kaum Bani Israil akibat terpesona kepada dunia iaitu wanita seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud:
“Dunia ini penuh pesona lagi mengasyikkan dan Allah mengamanahkan kepada kamu untuk mengimarahkan dunia. Allah akan melihat dan memerhati terhadap apa yang telah kamu kerjakan di dunia. Maka hendaklah kamu takutkan dunia dan takutkan juga wanita. Sesungguhnya fitnah besar yang pertama menimpa kepada kaum Bani Israil ialah kerana wanita.” (Hadis riwayat Ahmad)

Maka, tidak hairanlah Rasulullah SAW sering mengingatkan umatnya sentiasa berhati-hati dengan kehidupan dunia dan jangan mudah terpedaya pesona indah digembar-gemburkan oleh dunia. Syaitan tidak ketinggalan menjadikan dunia perangkap untuk menyesatkan umat manusia.

Orang yang cintakan dunia digambarkan sebagai orang yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju kehidupan. Rasulullah SAW membuat perumpamaan orang yang cintakan dunia seperti buih di lautan, mudah dibawa arus tanpa arah tujuan dan matlamat untuk menghempas di tepian pantai.

Sebenarnya tidak salah jika seseorang itu ingin mencari kekayaan dan harta benda melimpah ruah di dunia ini, tetapi alangkah baiknya segala kekayaan dan harta benda itu digunakan sebagai jalan atau tiket untuk menempah tempat di syurga nanti.

Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Dinner with my syg!

Village view Bangi...

Terima kasih ya isteri... Perbualan yang amat menghiburkan...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 26, 2011

Breakfast with wife @ PappaRich

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Glory! Glory! Glory!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Teman anak buat Math...

Banyaknya homework dia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Anak layan nasyid Turkey di Youtube...

Minik Dualar Grubu..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Prosedur Khairat Kematian...

Sila ambil perhatian!

Apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian?

1) Sila hubungi AJK di atas, ATAU AJK Surau ATAU mana-mana sahabat yang mengenali mereka. Sila nyatakan:

a) NAMA pemanggil (terang & jelas)
b) SIAPA yang meninggal (Suami/isteri/anak-anak/dll)
c) BILA dan DI MANA meninggal
d) ALAMAT rumah & NO TELEFON yang mudah dihubungi
e) TEMPAT pengebumian (di Kampung/BBBangi/tempat lain)
f) PERLU atau tidak pengurusan oleh Khairat ATAU terus membawa jenazah ke Kampung/tempat lain
g) AHLI Khairat atau tidak (ibu bapa, saudara mara yang ziarah ke rumah)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 25, 2011

Tahsin Al-Quran Training Centre..

Mari memperbaiki bacaan!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, April 24, 2011

Abdul Rahman Assudais galak umat Islam Malaysia pelajari bahasa Arab

Al-Syeikh As-Sudais mahu umat kuasai ilmu, bahasa Arab untuk kejayaan


BERDEGUP jantung mendengar ceramah ringkas Imam Besar Masjidil Haram, Al-Syeikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Walaupun disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Arab, hadirin menerima mesejnya melalui terjemahan. Cukup menusuk hati terutama ketika ulama agung itu membacakan doa memohon keberkatan umat manusia.

Keindahan bacaan ayat suci al-Quran, ketenangan pada wajahnya mengiyakan semua cerita yang didengar sebelumnya kerana ulama ini cukup dikenali dan dikagumi selaku imam satu Masjidil Haram yang sering mengimamkan solat Tarawih.

Beliau menyeru umat Islam supaya kembali bangkit membina tamadun agung Islam seperti yang pernah dikecapi sebelum ini dengan syarat semuanya mesti berlandaskan ajaran Islam sejati.

“Pelaksanaan Islam berasaskan pengetahuan Islam yang betul akan menghasilkan tamadun yang agung. Jika umat dulu mampu melakukannya, umat masa kini juga mampu. Misalnya Malaysia mengorak langkah ke arah yang perlu dicapai umat,” katanya.

Apa yang perlu dilakukan ialah umat Islam mesti sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah kerana syukur itu adalah separuh daripada iman, separuh lagi adalah sabar.

“Antara nikmat besar yang dianugerahkan Allah ialah nikmat Islam, maka kita wajib bersyukur. Syukur itu ada tiga kategori, iaitu syukur dengan hati, dengan lidah dan syukur dengan amalan serta pekerjaan yang dilakukan.

“Marilah kita tingkatkan akidah keimanan kerana semua itu bertujuan ke arah mencapai kebenaran dan pengukuhan keimanan,” katanya.

Bagi mencapai kesempurnaan hidup, Al-Syeikh Dr Abdul Rahman turut menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan, iaitu beriman, menterjemahkan iman kepada amalan salih, saling menasihati atas dasar kebenaran dan nasihat untuk bersabar menghadapi ujian, cabaran hidup ke arah merealisasikan keIslaman diri.

Ketika banyak negara lain kacau-bilau, bergolak dan tidak tenteram, katanya, umat Islam di Malaysia cukup beruntung kerana hidup dengan aman.

“Ujian itu datangnya dalam pelbagai corak. Kami di (Arab) Saudi, anda di Malaysia, kita dapat nikmat hidup dalam aspek keselamatan, keamanan, kesihatan dan sebagainya. Sebab itu kita perlu tingkatkan kesyukuran, akidah dan mendidik masyarakat,” katanya.

Satu daripada rahsia mencapai kejayaan yang ditekankan beliau ialah menyeru umat Islam menguasai ilmu, terutama menguasai bahasa Arab ke tahap maksimum.

Baginya, bahasa Arab adalah bahasa orang Islam, bukannya bahasa orang Arab kerana jika mampu menguasai bahasa itu, ia akan meningkatkan personaliti Islam itu sendiri.

“Saya ajak anda fahami Islam sebenarnya, bukannya Islam yang ditafsir dengan pelbagai tafsiran. Apabila menguasai Islam sebenar, kita mampu hadapi cabaran dengan baik dan akhirnya mampu mewujudkan tuntutan akidah iaitu kesatuan Islam.

“Jika kita gagal mantapkan perkara tadi, kita tidak akan mencapai kesepaduan Islam,” katanya sambil menambah umat Islam mempunyai tanggungjawab menyebarkan agama Islam tetapi pada masa sama bersikap toleransi kepada bukan Islam.

“Kita diwajibkan menyeru orang bukan Islam supaya memeluk Islam tetapi jika mereka menolak, tanggungjawab itu dianggap selesai tetapi hidup toleransi mesti dikekalkan,” katanya sebelum mengakhiri ceramah dengan bacaan doa.

Tidak hairanlah, penterjemah ceramah itu sendiri mengakui, sukar baginya menterjemah secara sepenuhnya apa yang disampaikan kerana baginya, amanat ringkas yang disampaikan ulama besar itu semuanya mempunyai ‘isi’ dan mesej penuh makna.

Sikap rendah diri itu juga jelas apabila sendiri memohon kerjasama supaya gambarnya tidak dirakam ketika sedang menikmati jamuan makan tengah hari di Masjid Assyakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Di celah hadirin yang mendengar amanatnya, terdengar bisik-bisik ‘tengok wajahnya, bersih dan tenang. Tidak hairanlah jika dia langsung tidak menonton televisyen.’

Jika apa yang diperkatakan itu benar, jelas sekali ulama besar itu memilih untuk tidak lalai dengan apa saja yang berunsur hiburan dan melalaikan

Terima kasih kepada penulis, Mohd Azis Ngah kerana berkongsi cerita...

Menarik untuk dibaca: Evolusi Makkah

KESEMPATAN menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, pasti menjadi antara detik paling manis dan berharga dalam diri mereka yang bergelar jemaah umrah atau haji. Siapa yang tidak mahu menjadi tetamu Allah, beribadat sambil menyelami keistimewaan destinasi idaman umat Islam ini. Sudah pasti, pengalaman mereka yang mengunjungi sebelum Makkah dibangunkan, dengan tetamu sekarang amat jauh berbeza. Itulah dirasai wartawan Berita Minggu, NORAINI ISMAIL, yang menjejakkan kaki di Makkah 24 tahun lalu dan terbaru, awal bulan ini. Apa bezanya Makkah dulu dan sekarang? Ikuti catatan menariknya.

Lautan manusia penuhi Tanah Suci tidak kira musim

BANYAK perubahan berlaku di Makkah kini berbanding 24 tahun lalu ketika kali pertama saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada 1987 dan terbaru, awal bulan ini. Makkah ketika itu masih di kelilingi bukit berbatu. Di sebelah rumah kelahiran Rasulullah masih ada Jabal Kubis. Rumah penduduk Makkah berselerakan di atas bukit berbatu di sekitar Masjidilharam.



Malah, kedai emas dan pelbagai barangan cenderamata memenuhi setiap ruang di sekeliling Masjidilharam.

Setiap lorongnya berbukit dan bertangga. Peniaganya sama ada di kedai kecil atau di kaki lima, tidak jemu-jemu menggamit jemaah yang berpeluang membeli-belah selepas solat. Jemaah pula tidak sukar mencari makanan Asia kerana ada pendatang dari Thailand dan Indonesia yang menjual makanan tradisional seperti nasi lemak. Kebanyakan kedai dibuka lewat petang dan keadaan sebegitu meriah pada sebelah malam. Aktiviti jual beli ini tiada sama sekali ketika waktu solat. Pemilik kedai membiarkan kedai terdedah tanpa sekelumit perasaan ia akan diceroboh pencuri ketika menunaikan solat fardu.

Pada masa itu juga, tiada peraturan ketat mensyaratkan jemaah mengikut muassasah ke Tanah Suci. Semua urusan daripada permohonan visa dan mendapat surat mahram daripada majlis agama diurus sendiri, menjadikan pembiayaan ke Tanah Suci teramat murah biarpun ia belum berupaya menggamit jemaah seperti sekarang.

Pemergian saya ke sana pada 1987, kebetulan pada 10 hari terakhir Ramadan. Suasana di Makkah sesak dengan jemaah dan kenderaan awam yang masih boleh melewati jalan raya di sekitar Masjidilharam.
Air dalam plastik bertulis sumbangan Raja Arab Saudi, dicampakkan kepada orang ramai yang berulang-alik ke masjid. Jemaah turut mengerumuni lori membawa roti untuk mendapat bekalan yang diberikan percuma.

Ramai jemaah umrah berkampung di sekitar kawasan Masjidilharam. Ada juga yang membawa dapur sendiri untuk memasak. Banyak beg dilihat dirantai pada pagar masjid menandakan ada pemilik yang bermusafir di situ. Itulah senario dan fenomena pada 24 tahun lalu.

Namun, ketika menyertai rombongan umrah pertama anjuran The News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), baru-baru ini, saya dapat saksikan banyak perubahan besar berlaku di Tanah Suci Makkah.

Penempatan murah seperti apartmen, rumah penduduk Makkah termasuk pendatang di bukit-bukit sekitarnya sudah dirobohkan yang digantikan bangunan penginapan bertaraf hotel kepada jemaah yang pastinya memerlukan perbelanjaan yang lebih besar.

Selain istana Raja Arab Saudi yang tersergam indah, kini sudah ada mercu tanda baru iaitu menara jam tertinggi di dunia yang terletak di ZamZam Tower. Di situ juga terletak Kompleks Abraj Al Bait yang menempatkan Hotel Makkah Raffles Centre, kompleks beli-belah, medan selera yang hanya kira-kira 50 meter dari Masjidilharam. Tidak ramai yang tahu, pembinaan menara jam ini turut membabitkan rakyat Malaysia.

Penempatan murah yang ada dan itu pun terpaksa bersaing ketika ini, hanya ada di belakang Hotel Hilton yang menunggu masa untuk dirobohkan. Bagi jemaah menginap di situ, peluang mendengar azan agak tipis kerana dihalang oleh bangunan tinggi. Bagi mereka yang tinggal di ZamZam Tower pula, suara azan disambung terus ke dalam bilik hotel.

Masjid Kuching yang terletak di sebelah Gaza dan Samiyah sudah pun diruntuhkan bagi projek pembangunan dan pelebaran Masjidilharam. Bagi memberikan laluan pembangunan, kerajaan melaksanakan penempatan semula penduduk Makkah di luar kota mengikut pelan perumahan yang lebih terancang. Mereka diberikan imbuhan besar menggantikan tanah diambil demi pembangunan sekitar Masjidilharam.

Kemasukan jemaah ke Tanah Suci dikawal menerusi sistem muassasah dalam usaha membendung kebanjiran pendatang tanpa izin. Projek pembangunan dan pelebaran Masjidilharam dilaksanakan secara berperingkat bagi menampung kemasukan jemaah umrah dan haji yang terus bertambah.

Bagi Kerajaan Arab Saudi yang berpegang kepada mazhab Wahabi, keutamaan lebih kepada kemudahan ibadat yang dituntut kepada umat Islam. Warisan sejarah yang berkait dengan perkembangan Islam dan kehidupan Rasulullah banyak dimusnahkan kerana perbuatan memuja tempat bersejarah itu dianggap bidaah. Demi tuntutan pelebaran Masjidilharam, rumah Siti Khatijah yang juga tempat tinggal Rasulullah diruntuhkan dan dibina tandas wanita. Pasar Zin yang dulu sibuk dengan kegiatan membeli-belah dan di situ ada satu tempat dikenal pasti sebagai tempat turunnya surah Al-Fatihah, juga lenyap tanpa kesan.

Masjid Jin dan Masjid Kuching yang boleh dijadikan tarikan sejarah juga sudah menyembah bumi. Hanya rumah kelahiran Rasulullah saja yang masih utuh dan ada ura-ura juga akan dirobohkan. Telaga ZamZam yang terletak di kawasan Kaabah dan mempunyai ruang untuk jemaah menikmati airnya juga ditutup dalam usaha melebarkan ruang tawaf. Air ZamZam kini dialirkan menerusi paip khas ke luar kota Makkah. Di situlah air ZamZam dikumpulkan untuk dibekalkan kepada orang ramai.

Banyak terowong baru dan jalan bawah tanah dibina untuk mengatasi kesesakan di Masjidilharam. Perubahan ini memudahkan orang ramai berjalan ke Masjidilharam tanpa dihalang kenderaan. Kawasan dataran di Masjidilharam masih menjadi tumpuan penduduk Arab di luar kota berkampung. Di tempat umum itu adaotis yang meminta orang ramai menyimpan barangan sendiri jika tidak mahu ia dialihkan oleh pihak berkuasa ketika membuat kerja pembersihan.

Selain mempunyai ruang tawaf yang luas dan boleh dilakukan di tingkat atas, jemaah juga menikmati kemudahan yang selesa mengerjakan sai dari Safar ke Marwah dengan ruang yang luas dan dibina tiga tingkat.

Bagaimanapun, dalam pesat membangun itu, ada beberapa perkara yang terlepas pandang iaitu kekurangan tandas untuk jemaah melepas hajat dan mengambil wuduk. Ada jemaah terpaksa menggunakan air ZamZam untuk berwuduk. Ada sesetengahnya mengambil tindakan pulang ke hotel bagi urusan itu kerana tidak sanggup berdepan kesesakan dalam tandas yang terhad.

Dulu musim umrah jemaah tidaklah seramai sekarang. Kini antara musim umrah dan haji tiada banyak bezanya kerana tumpuan umat Islam ke Tanah Suci semakin bertambah. Perubahan bukan saja meliputi pembangunan fizikal tetapi juga dari segi moral yang mana pengemis tidak lagi dibiarkan berkeliaran dalam masjid. Dulu memang ketara sekali budak-budak yang cacat anggota meminta sedekah dalam masjid. Keadaan ini tidak lagi berlaku, Bagaimanapun masih ada yang meminta sedekah di sepanjang jalan ke hotel.

Terima kasih kepada penulis Noraini Ismail kerana berkongsi cerita...

Saturday, April 23, 2011

253 x tinggi aku = tinggi KL Twin Towers

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Lawatan Jejantas Udara Menara Kembar PETRONAS

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Quality time @ Impiana KLCC

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kembara Masjid KLCC

Kami sekeluarga jemaah Maghrib & Isyak
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 22, 2011

Abdul Rahman Assudais di Masjid Wilayah Persekutuan...

Alhamdulillah atas peluang ini... Terima kasih Allah kerana mengubat rinduku pada Masjidil Haram...

Susunan foto ketika Imam Besar Makkah tiba di Masjid Wilayah untuk mengimamkan Solat Jumaat dan menyampaikan khutbah...
Antara kandungan khutbahnya, PELAJARILAH BAHASA ARAB kerana Rasullullah turut diperintahkan untuk menuntut ilmu seperti yang dinyatakan dalam surah Iqra'.. InsyaAllah...

Tetapi sedikit mengecewakan apabila pihak pengiring Imam memulakan adegan tolak menolak ketika jemaah mahu bersalaman dan menatap wajah Imam berkenaan dari dekat.. Walhal... sejak awal lagi kami tenang menunggu diluar masjid berhampiran tangga bergerak... Jemaah bukan taksub seperti kebanyakan orang yang jumpa artis... Kami tahu adab sopan... Harap perkara sebegini tidak berulang lagi...

Bersatulah umat Islam!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 21, 2011

Langkah pertama tunai Haji...

Sudah mendaftar di Tabung Haji dan diberi Peruntukan Tunai Haji pada 1460 Hijrah/ 2039 Masihi bersamaan umur aku dan isteri 60 tahun...

Moga Allah izinkan aku pergi di usia muda.. Amin!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 20, 2011

Imam Besar Makkah, Abdul Rahman Assudais

Beliau dijadual menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 22 April 2011...

Jom ke masjid!

INFO: Siapa Abdul Rahman Assudais?


  • Al-Sudais comes from the Anza clan. He had memorized the Quran by the age of 12.
  • Growing up in Riyadh, Al-Sudais studied at the Al Muthana Bin Harith Elementary School, and afterwards the Riyadh Scientific Institution from which he graduated in 1979 with a grade of excellent.
  • He obtained a degree in Sharia from Riyadh University in 1983, his Master's in Islamic fundamentals from the Sharia College of Imam Muhammad bin Saud Islamic University in 1987 and received his Ph.D. in Islamic Sharia from Umm al-Qura University in 1995 while working there as an assistant professor after serving at Riyadh University.
  • Career - Abdul Rahman As-Sudais is respected for his precise, controlled, and particularly emotional recitation of the Qur'an in accordance with Tajweed, the rules of beautiful recitation.[citation needed] He is also known for his frequent sermons calling on believers to help other Muslims in war-torn regions, especially Palestine and Iraq.
  • In 2005 Al-Sudais was named by the Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) Organising Committee as its 9th annual "Islamic Personality Of the Year" in recognition for his devotion to the Quran and Islam. When accepting his award in Dubai, he said: "The message of Islam and Muslims is modesty, fairness, security, stability, sympathy, harmony and kindness."
Mari perdengar sedikit sedutan bacaannya ketika mengimamkan solat Maghrib di Masjidil Haram!




Thanks to HAJIX3 for the information..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 18, 2011

Hadiah utk wife!

;)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Solat lebih baik daripada tidur!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, April 17, 2011

Saturday, April 16, 2011

Factory Outlet Store, Kuching

Murah! Murah! Murah!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 13, 2011

Merindui Kota Suci Al-Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah

Foto "Print Screen" ini diambil dari perkhidmatan Satelit Google Maps.. Canggih!

Dilarang rakam gambar selepas tawaf wida (Berita Harian - 2011/04/14)

Dianggap melengahkan perjalanan pulang

KUALA LUMPUR: Jemaah haji dan umrah di negara ini dilarang mengambil gambar di sekitar Tanah Haram, Makkah selepas melakukan tawaf wida kerana ia boleh membatalkan tawaf itu dan menyebabkan ibadat yang dilakukan tidak sempurna.

Persoalan berhubung perbuatan mengambil gambar selepas tawaf wida itu dikemukakan pembimbing ibadat haji pada Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-27 kerana ada jemaah yang musykil sama ada perbuatan itu boleh memberi kesan kepada ibadat mereka atau sebaliknya.

Susulan itu, larangan terbabit disenaraikan antara 11 resolusi pada muzakarah yang dihadiri ulama, tokoh agama dan pembimbing ibadat haji di Pulau Pinang, Februari lalu.

Pembimbing Ibadat Haji, Sapawi Che Mat, berkata larangan itu sememangnya wajar kerana tindakan mengambil gambar selepas tawaf wida tiada kaitan dengan urusan ibadat.

"Malah, jemaah juga dianggap melengahkan perjalanan pulang," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau yang juga penceramah bebas, berkata resolusi yang disenaraikan itu wajar disebarkan untuk manfaat jemaah haji dan umrah negara ini bagi mengelak melakukan perbuatan yang dilarang hukum syarak.
Malah, beliau juga mengambil inisiatif menyediakan bahan yang sesuai berkaitannya untuk kursus haji yang sedang berjalan sekarang, selain untuk makluman jemaah umrah.

Sementara itu, bekas Pengurus Besar Bimbingan Haji Tabung Haji, Datuk Daud Che Ngah, berkata mengikut hukum, tawaf wida adalah langkah terakhir bagi jemaah untuk meninggalkan Masjidil Haram.

"Selepas tawaf wida, jemaah hanya boleh melakukan solat sunat, mengucup Hajar Aswad dan berdoa, jadi mengambil gambar boleh menyebabkan tawaf wida jemaah terbatal dan wajib melakukannya semula atau membayar dam," katanya.

Daud yang juga Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd, berkata walaupun ibadat sah, jemaah berdosa kerana melanggar hukum syarak.

Beliau berkata, syarikatnya yang menjalankan kursus haji dan umrah turut mencatatkan perkara itu dalam buku peraturan ibadat berkenaan, serta menjelaskan secara terperinci kepada semua jemaah yang menghadiri kursus anjuran syarikat terbabit.

"Menjadi tanggungjawab untuk memaklumkan mengenai larangan ini bagi mengelak jemaah melanggar hukum syarak hingga wajib melakukan tawaf wida semula," katanya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Nasi Kukus Ayam Dara Manis @ Waterfront, Kuching

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hadiah ulang tahun perkahwinan ke-6 untuk kami...

Alhamdulillah...

Syukur... Pada tahun 2011 ini dengan izinNya kami berpeluang menyambut ulang tahun perkahwinan kami di Tanah Suci Makkah...
Moga Allah kekalkan hubungan kami, sihatkan tubuh badan kami, murahkan rezeki kami, jadikan kami insan yang soleh dan solehah agar kami taat pada perintahNya...
Sesungguhnya Kau mengetahui apa yang terbaik untuk kami...
Terima kasih Allah...
Untuk itu kami hadiahkan diri kami sepasang jam tangan sebagai tanda ingatan untuk saat istimewa ini...

Moga Allah merahmati kami berdua...
Isteriku...  moga Allah temukan kita semula di syurga... Amin!

Tuesday, April 12, 2011

Editing Studio...

Bilik tidur dan tempat bekerja untuk urusan editing video... Nyaman!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Meowwww! @ Kuching, Sarawak

Ya Allah! Aku mohon perlindunganMu daripada syaitan dan perkara-perkara yng membawa kejahatan dan kemaksiatan... Amin!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 8, 2011

Antara mukjizat Nabi Isa A.S, Surah Al-Maidah : ayat 110

Dan ingatlah, ketika Allah berfirman, "Wahai Isa putra Maryam! Ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu sewaktu Aku menguatkanmu dengan Rohulkudus. Engkau dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan setelah dewasa. Dan ingatlah ketika Aku mengajarkan menulis kepadamu, (juga) hikmah, Taurat, dan Injil. Dan ingatlah ketika engkau membentuk dari tanah berupa burung dengan seizin-Ku, kemudian engkau meniupnya, lalu menjadi seekor burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan ingatlah, ketika engkau menyembuhkan orang yang buta sejak lahir dan orang yang berpenyakit kusta dengan seizin-Ku. Dan ingatlah ketika engkau mengeluarkan orang mati (dari kubur menjadi hidup) dengan seizin-Ku. Dan ingatlah ketika Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuhmu) di kala engkau mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir ada di antara mereka berkata, "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata."
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ladang Unta di Hudaibiayah

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pusat Percetakan al-Quran di Madinah

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sempadan Raudhah...

Karpet hijau adalah kawasan dalam Raudhah..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Raudah Masjid Nabawi...

Syukur atas peluang ini... Terima kasih Ya Allah!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone